Ramai sudah sedia maklum tentang kepentingan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat serta kuat. Pun begitu, mungkin masih ada yang belum sedar jika nutrien ini lebih mustahak di saat kehamilan.
Kenapa? Adakah ia akan mempengaruhi kesihatan ibu hamil dan kandungan? Jom baca artikel untuk tahu!
Kalsium, apa yang anda mesti tahu tentangnya?
Untuk pengetahuan anda semua, kalsium merupakan sejenis mineral yang paling banyak terkandung di dalam tubuh badan manusia, kebanyakannya tersimpan di dalam tulang dan gigi.1
Fungsi paling utama nutrien ini adalah untuk membina, mengekalkan serta menguatkan tulang dan gigi!1
Dalam pada itu, kita semua juga memerlukan kalsium bagi fungsi metabolik seperti pengaturcaraan degupan jantung, penghantaran saraf, penghasilan hormon, pembinaan otot dan fungsi lain-lain.2
Nutrien ini sangat diperlukan oleh individu lebih-lebih lagi buat kanak-kanak. Alasannya, mereka harus mendapatkan cukup kalsium untuk tulang dan gigi ketika di peringkat awal tumbesaran lagi.2
Bahkan, pengambilan nutrien ini daripada makanan dan minuman mesti bermula di saat si ibu sedang hamil! Namun, masih ramai wanita mengandung kurang memberi perhatian terhadap pengambilan kalsium.
Kalsium, mineral penting ketika hamil?
Sebenarnya, kalsium merupakan salah satu nutrien yang mesti wanita ambil di saat kehamilan bagi membina, mengekalkan serta menguatkan tulang mereka dan kandungan di dalam perut.3
Kandungan anda memerlukan kalsium terutama ketika trimester terakhir tempoh kehamilan kerana pada waktu ini juga pertumbuhan dan perkembangan tulang paling banyak berlaku.3
Bukan hanya untuk kandungan, pengambilan kalsium pada tahap ideal juga dipercayai bagus untuk si ibu!
Ini kerana pengambilan kalsium yang cukup dikaitkan dengan penurunan risiko kondisi praeklampsia dalam kalangan wanita hamil, sekali gus melancarkan lagi proses tumbesaran kandungan mereka.4
Apa yang lebih penting, kepentingan kalsium untuk tulang dan gigi ini juga mustahak buat wanita yang sedang hamil bagi mengurangkan risiko masalah seperti osteoporosis atau osteoartritis kelak.3
Berapa banyak kalsium yang ibu hamil perlukan?
Walaupun nutrien ini kurang popular seperti asid folik, zat besi atau lain-lain, namun kalsium seharusnya menjadi sebahagian daripada diet seharian anda sebelum dan semasa kehamilan, serta selepas kelahiran juga.5
Bagi ibu mengandung, anda perlu mendapatkan kalsium sekitar 1 gram setiap hari dan ia meningkat kepada 1.2 gram di saat trimester terakhir kehamilan seperti mana dinyatakan di atas.6
Pun begitu, jumlah ini mungkin akan menurun sedikit atau menaik kepada 1.5 ke 2.0 gram kalsium bergantung kepada faktor-faktor kesihatan si ibu dan kandungan itu sendiri, menurut saranan doktor.6
Dalam erti kata lebih mudah, pengambilan kalsium yang ideal itu tidak sama bagi semua orang. Ada individu mungkin memerlukan penambahan atau pengurangan nutrien ini dalam diet dan suplemen.5
Tujuannya adalah demi memastikan anda dan kandungan mendapatkan cukup kalsium untuk tulang dan gigi!
Bagaimana ibu hamil boleh dapat nutrien ini?
Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu kepentingan kalsium untuk tulang dan gigi buat individu terutama di saat kehamilan. Persoalannya, bagaimana pula si ibu hamil boleh mendapatkan nutrien penting ini?
Memenuhi keperluan harian kalsium itu amat mudah, walaupun bagi mereka yang mempunyai diet pemakanan agak terhad atau jika menghidap alahan seperti masalah intoleransi terhadap laktosa.7
Berita baik buat para ibu hamil, anda tidak perlu pening kepala memikirkan dari mana kalsium itu boleh ditemui dan didapati kerana terdapat banyak jenis makanan tinggi kalsium dalam diet harian.7
Sebagai contoh mudah, berikut adalah antara senarai makanan tinggi kalsium yang kalian boleh cuba ambil:8
-
Produk tenusu - susu, keju dan yogurt
-
Sayur-sayuran - bayam, brokoli dan pak choy
-
Buah-buahan - oren, kiwi dan buah tin
-
Bijirin - nasi, roti, pasta dan oat
-
Kekacang - kacang putih, kacang merah, kacang kuda dan kacang soya
-
Sumber laut - sardin, tuna dan makerel
Sekiranya anda masih bimbang jika belum cukup kalsium untuk tulang dan gigi, pengambilan suplemen kalsium juga boleh dipertimbangkan, namun perlulah mengikut saranan dan panduan daripada doktor atau pakar diet.7
Pengambilan susu tinggi kalsium untuk ibu hamil
Tidak dinafikan, memang ada banyak makanan tinggi kalsium berserta suplemen yang anda boleh ambil untuk mencukupkan pengambilan nutrien ini di dalam diet harian ibu hamil.9
Sebagai makanan atau minuman tambahan, anda juga boleh mengambil susu khas untuk ibu mengandung!9
Sebagai contoh, Susu Enfamama A+ dengan kandungan yang tinggi kalsium untuk tulang dan gigi lebih sihat serta kuat. Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada ibu, malah kandungan di dalam rahim juga.
Susu ini turut diperkaya dengan pelbagai nutrien yang ibu hamil perlukan termasuk DHA, asid folik, kolina, inulin, zat besi dan vitamin D khusus untuk tumbesaran kandungan anda.
Dalam senarai nutrien di atas, vitamin D dilihat paling penting untuk kesihatan tulang dan gigi kerana ia membantu tubuh badan menyerap lebih banyak kalsium yang telah diambil oleh si ibu.9
Dipasarkan dengan perisa coklat dan vanila, ia bukan lagi satu masalah buat anda yang mengalami loya atau muntah akibat morning sickness.
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
Rujukan:
- What is Calcium?, https://foodinsight.org/what-is-calcium/, Accessed Sep 7 2023.
- Calcium: What You Need to Know, https://familydoctor.org/calcium-what-you-need-to-know/, Accessed Sep 7 2023.
- Calcium in Pregnancy, https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/calcium-in-pregnancy/, Accessed Sep 7 2023.
- Calcium Supplementation for Preventing Hypertensive Disorders in Pregnancy, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2015/1001/p570.html, Accessed Sep 7 2023.
- Nutrition During Pregnancy, https://www.acog.org/womens-health/faqs/nutrition-during-pregnancy, Accessed Sep 7 2023.
- Vitamins and other nutrients during pregnancy, https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/vitamins-and-other-nutrients-during-pregnancy, Accessed Sep 7 2023.
- Calcium and calcium supplements: Achieving the right balance, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097, Accessed Sep 7 2023.
- Calcium Content of Foods, https://www.ucsfhealth.org/education/calcium-content-of-foods, Accessed Sep 7 2023.
- 4 Tips for Getting Enough Calcium During Pregnancy, https://www.milkmeansmore.org/4-tips-for-getting-enough-calcium-during-pregnancy/, Accessed Sep 7 2023.