Skip to main content

Simptom-simptom Masalah Pencernaan Yang Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Dan 5 Kaedah Untuk Atasinya!

Ibu mana yang tidak risau jika anak selalu mengadu sakit perut disebabkan masalah sistem penghadaman. Masalah sistem pencernaan manusia merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan kanak-kanak. Namun, bagaimanakah ibu dapat membezakan antara sakit perut biasa dan sesuatu yang lebih serius?

Tidak dinafikan, kanak-kanak tidak dapat lari daripada masalah sakit perut, bergas, menangis atau muntah.

Besar kemungkinan, mereka mengalami masalah penghadaman disebabkan diet yang tidak seimbang seperti kurang makan sayur, tidak minum air dan sebagainya.

Untuk membantu ibu mengenal pasti masalah sistem pencernaan manusia dalam kalangan kanak-kanak, kami senaraikan empat simptom lazim masalah penghadaman supaya ibu lebih peka dan tahu bila perlu membawa si manja berjumpa doktor.

4 Simptom lazim masalah sistem penghadaman dalam kalangan kanak-kanak

Tahukah anda, masalah sistem pencernaan manusia boleh merencatkan tumbesaran anak?

Bukan itu sahaja, masalah ini juga boleh membuatkan si manja tidak selesa dan sukar untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Dengan mengenal pasti simptom-simptomnya, ibu dapat melakukan keputusan yang lebih bijak bagi menangani masalah sakit perut dalam kalangan kanak-kanak.

Ingin tahu empat simptom masalah pencernaan yang lazim dalam kalangan kanak-kanak? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah:

1. Kembung perut dan kerap sendawa

Masalah kembung perut, kerap buang angin dan sendawa merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan kanak-kanak. Namun, ia bukanlah satu masalah besar yang menunjukkan adanya isu pada sistem pencernaan manusia atau kanak-kanak.

Malah, ia boleh berlaku jika anak tersalah makan. Sebagai contoh, perut anak akan jadi berangin jika mereka mengambil terlalu banyak makanan berserat atau minuman berkarbonat1.

Anak anda juga boleh mengalami masalah ini jika terlalu banyak menelan angin. Anak yang kerap menangis atau suka menghisap botol kosong berisiko untuk mengalami kembung perut kerana terlalu kerap menelan angin.

Walaupun masalah ini tidaklah begitu serius, kembung perut boleh menyebabkan ketidakselesaan pada sistem penghadaman yang boleh mengganggu aktiviti si manja sepanjang hari.

Selain itu, simptom ini juga boleh menjadi tanda sensitiviti terhadap laktosa, intoleransi makanan atau penyakit seliak2. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan kerap mengalami masalah angin jika mereka menghadapi gangguan seperti cirit-birit atau sembelit.

2. Sakit perut

Sama seperti masalah angin, sakit perut juga merupakan masalah sistem pencernaan manusia yang lazim dalam kalangan kanak-kanak. Ia mungkin berlaku disebabkan anak tersalah makan, mempunyai masalah penghadaman atau kelaparan3.Oleh itu, ibu bapa tidak perlulah terlalu risau.

Walau bagaimanapun, masalah sakit perut yang teruk dan berlarutan dalam satu tempoh masa yang lama mungkin menandakan penyakit yang serius seperti GERD, intoleransi laktosa atau apendiks.

Jumpa doktor secepat mungkin jika sakit perut anak berlarutan..

3. Anak kerap menangis

Anak anda menangis tanpa henti sambil memegang perut? Ini mungkin berpunca daripada kesakitan atau ketidakselesaan pada sistem penghadaman mereka.

Hampir semua kanak-kanak akan menangis ketika mereka lapar, penat, tidak selesa atau berada dalam kesakitan.

Kanak-kanak, terutamanya yang masih belum boleh bercakap kadangkala akan menangis jika mereka mengalami sakit perut, perut berangin atau terluka pada mana-mana bahagian badan. Namun, anak juga boleh menangis jika mereka menginginkan perhatian ibu bapa.

Jika anak kerap menangis, ibu perlulah sentiasa bersabar. Kemudian, cuba cari punca anak menangis. Selepas puncanya dikesan, ibu boleh mencari jalan untuk menghentikan tangisan anak.

4. Anak selalu muntah atau meluah semula makanan

Walaupun simptom ini kelihatan agak membimbangkan, sebenarnya ia merupakan sesuatu yang normal, lebih-lebih lagi jika anak baru belajar mencuba makanan baru.

Hampir separuh kanak-kanak akan meluah semula makanan mereka dari masa ke masa.

Ada kanak-kanak yang mungkin akan meludah makanan kerana mereka tidak biasa dengan rasa atau tekstur makanan tersebut. Jangan risau, kerana anak anda hanya memerlukan sedikit masa dan latihan sebelum dapat mengunyah dengan betul.

Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak yang akan muntah setiap kali makan. Jika ini yang berlaku, ia mungkin disebabkan asid refluks. Hampir 25% kanak-kanak mengalami masalah asid refluks ketika makan4.

Anak ada masalah pencernaan? Ini 5 tip untuk atasinya!

Sistem pencernaan manusia sangat penting. Tanpanya, kita tidak dapat memperoleh semua nutrisi daripada makanan untuk membesar dan kekal sihat.

Si manja juga perlu menjaga sistem pencernaan mereka supaya mereka boleh membesar dengan sihat dan aktif. Antara tip penjagaan yang berkesan ialah:

1. Pastikan anak tidak makan terlalu banyak

Sebagai ibu, kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak. Namun, membiarkan mereka makan tanpa kawalan bukanlah caranya.

Oleh sebab itu, ibu perlulah memantau pemakanan anak dan pastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi.

Pastikan si manja makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang bagi mengelakkan masalah kekurangan nutrisi atau terlebih makan.

2. Bekalkan makanan tinggi serat

Untuk menjaga sistem penghadaman anak, pastikan si manja mengambil diet yang seimbang.

Tambah lebih banyak makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh supaya perut lebih mudah menghadam makanan.

3. Bakteria baik ‘sahabat’ si manja!

Selain itu, bekalkan anak dengan susu yang mengandungi prebiotik untuk sistem pencernaan yang lebih sihat. Prebiotik boleh ditemui secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan seperti bawang merah, bawang putih, tomato dan pisang.

Makanan yang kaya dengan prebiotik dapat membantu bakteria baik dalam perut menjalankan proses pencernaan dengan lebih baik5.

Bukan itu sahaja, makanan yang kaya dengan prebiotik juga dapat mengekalkan ekosistem perut agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

4. Pastikan anak mendapat cecair yang cukup

Pastikan anak kekal hidrat setiap hari. Pengambilan cecair yang mencukupi bukan sahaja baik untuk kesihatan si manja, malah ia juga dapat melancarkan sistem pencernaan anak.

Di samping pengambilan air yang mencukupi, ibu juga boleh bekalkan si manja dengan susu yang lengkap dengan pelbagai nutrisi, terutamanya protein yang dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Sebagai panduan, bekalkan mereka dengan susu yang mengandungi protein separa hidrolisis. Dengan saiz yang lebih kecil, protein separa hidrolisis dalam susu ini lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan si manja6.

Disamping memastikan sistem penghadaman si manja kekal sihat, susu ini juga dapat membekalkan nutrisi penting untuk perkembangan anak-anak. Walaupun protein ini telah diuraikan kepada saiz yang lebih kecil, kandungan nutrien di dalamnya tetap sama.

5. Jangan lupa bersenam!

Kanak-kanak yang sihat adalah kanak-kanak yang aktif dan selalu bersenam! Senaman bukan sahaja penting untuk perkembangan fizikal anak, ia juga dapat menyokong kesihatan sistem penghadaman supaya kekal terjaga!

Melalui senaman, hormon endorfin akan dirembeskan7. Hormon ini juga bertanggungjawab membuatkan si manja kurang tertekan dan menyumbang kepada kesihatan sistem penghadaman yang lebih baik!

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.


Rujukan:
1. Passing wind or flatulence. https://raisingchildren.net.au/guides/a-z-health-reference/windAccessed on March 22, 2022.
2. Gas and Bloating in Children: Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=bz1073Accessed on March 22, 2022.
4. Reflux in Children. https://medlineplus.gov/refluxinchildren.htmlAccessed on March 22, 2022.
5. Prebiotics and Probiotics. https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/prebiotics-probiotics/. Accessed on March 22, 2022.
6. Protein hydrolysates in sports nutrition. https://nutritionandmetabolism.biomedcentral.com/articles/10.1186/1743-7075-6-38Accessed on March 22, 2022.
7. How Healthy Gut Flora can Impact Children’s Behaviour. https://mindd.org/healthy-gut-flora-childrens-behaviour/. Accessed on March 22, 2022.

Recommended Articles

makanan berkhasiat untuk kanak-kanak
Bersalam hari raya