Skip to main content

Menangani Keguguran Rambut Selepas Bersalin

coping hairlosscoping hairloss

Memang boleh difahami mengapa ramai ibu sangat bimbang apabila mendapati lebih banyak rambut mereka gugur daripada biasa selepas bersalin. Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Kira-kira 40% hingga 50% ibu mengalami masalah ini. Keguguran rambut secara berlebihan ini adalah sementara dan kebanyakan ibu akan mendapati keadaan rambut mereka kembali normal selepas beberapa bulan.i

Kebanyakan rambut kita adalah dalam fasa pertumbuhan manakala kira-kira 10% adalah dalam fasa rehat. Selepas tempoh 3 hingga 4 bulan, rambut yang rehat akan gugur dan akan dilihat sebagai kehilangan rambut. Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan lebih banyak rambut berada dalam fasa rehat, menjadikan kehilangan rambut tidak begitu ketara. Bagaimanapun, 3 hingga 4 bulan selepas bersalin, hormon dalam badan akan mula kembali ke tahap normal, mengakibatkan rambut yang rehat gugur dan rambut baharu tumbuh semula.ii

Terdapat beberapa petua yang boleh anda cuba untuk menguruskan situasi sementara ini. Pakar dermatologi mengesyorkan anda:

  • Cuba gunakan syampu satu tujuan (tanpa perapi). Syampu 2-dalam-1 biasanya mengandung terlalu banyak perapi daripada yang biasanya diperlukan dan boleh menyebabkan rambut anda tampak lesu disebabkan berat perapi.iii
  • Perapi rambut hendaklah disapukan pada hujung rambut anda, iaitu bahagian rambut yang paling tua dan paling kering, dan mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk tampak lebih sihat.iv
  • Bilas perapi dengan betul.
  • Bertukar kepada syampu yang menjadikan rambut anda tampak kembang dan lebat.
  • Cuba potongan rambut atau gaya rambut yang lebih pendek. Inilah juga masa yang baik untuk bertukar kepada gaya rambut baharu untuk mencerminkan diri anda yang baharu.

Disebabkan tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk menangani keguguran rambut, keadaan sementara ini boleh menjadi satu lagi cabaran bagi ibu baharu yang sedang menyesuaikan diri dengan peranan baharunya, cuba menjaga kesihatan, dan pada masa yang sama mungkin sangat merisaukan imej badannya.

Anda perlu memahami dan menerima hakikat bahawa keguguran rambut sementara adalah biasa dan membawa petanda baik.v Oleh sebab antioksidan, flavonoid, vitamin C, B kompleks dan zink dikatakan boleh membantu mengekalkan kesihatan rambut dan merangsangkan pertumbuhan rambut, cuba merangkumkan pelbagai kumpulan makanan yang berlainan dalam diet anda, terutamanya pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, kekacang/legum, produk tenusu, aneka kacang dan bijian.vi Sikat rambut anda dengan lembut semasa menggunakan berus rambut lembut, elakkan mengikat rambut anda dengan kuat dan gunakan udara sejuk atau hangat bila menggunakan pengering rambut untuk mengelakkan kerosakan rambut.

Bagi sesetengah ibu, situasi ini mungkin sangat merisaukan hingga boleh menjejaskan kesihatan mental dan emosi. Mereka mungkin memerlukan kaunseling. Sokongan daripada pasangan dan keluarga juga penting.

Dalam kalangan segelintir ibu, kehilangan rambut mungkin disebabkan keadaan lain yang berkaitan hormon. Jika keadaan kehilangan rambut anda berterusan lebih lama daripada enam bulan atau anda sangat bimbang, minta nasihat perubatan.

REFERENCES:

i) https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/hair-loss-during-pregnan…

ii) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23682615

iii) http://hairmomentum.com/shampoo-categories/

iv) https://www.aad.org/public/skin-hair-nails/hair-care/hair-loss-in-new-m…

v) https://www.thomsonmedical.com/article/dealing-with-postpartum-hair-los…

vi) https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/hair-loss-during-pregnan…

Recommended Articles

Handling Sleep Deprivation
Getting ready to go back to work
Traditional confinement practices