Peringkat Kehamilan: Bulan Ke-7
Segalanya akan berlaku dengan pantas apabila anda masuk sahaja ke fasa trimester ketiga tempoh kehamilan anda. Bayi dalam kandungan anda ini dapat menghidu pelbagai bau-bauan dan saiznya yang semakin membesar akan menyebabkan berat badan anda semakin bertambah. Berikan khasiat kepada diri anda dan juga kepada perubahan besar yang dialami oleh bayi dalam kandungan anda dengan mengekalkan diet yang cukup seimbang yang mengandungi lebih banyak protein dan sumber DHA dalam hidangan anda.
Bayi dalam kandungan anda bertindakbalas terhadap bau-bauan dari luar rahim
Adalah amat sukar untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dalam minggu ke-27 hingga minggu ke30 kehamilan anda.
Menjelang bulan ke-7, neuron olfaktori bayi dalam kandungan anda, iaitu sel saraf yang berkaitan dengan bau, sudah pun berkembang. Sekarang, dia juga boleh mengesan bau. Sewaktu trimester ini, bayi dalam kandungan anda akan memberikan tindakbalas terhadap bau yang kuat dengan berkerut atau menggerakkan kepalanya. Deria bau yang tajam ini bermakna dia nanti dapat mengenal dan merasa tenang dengan bau ibunya dalam dunia baru yang asing.
Merancang hidangan untuk ibu dan bayi dalam kandungannya
Seiring dengan perkembangan deria, saiz fizikal bayi dalam kandungan anda juga semakin bertambah. Saiznya akan bertambah tiga kali ganda dalam bulan-bulan terakhir ini dan kini beratnya sudah mencecah 5 paun (2.2 kilogram) dan berukuran 12 hingga 18 inci (30 hingga 45 sentimeter) panjang.
Bayi dalam kandungan anda juga sudah mula mempunyai lemak, jadi dia akan kelihatan lebih comel apabila sampai masanya anda bertemu dengannya nanti! Badannya kini diselaputi oleh sejenis bahan yang berlilin yang dikenali sebagai vernix caseosa, yang akan melindungi kulitnya. Dia juga sedang membina lapisan lemak yang berfungsi untuk membantunya mengekalkan suhu badannya apabila dia dilahirkan nanti1. Lapisan lemak ini juga akan digunakan untuk penyimpanan tenaga.
Kesemua pertumbuhan ini akan menaikkan lagi berat badan anda, dan berat badan anda akan bertambah kirakira 10 hingga 18 paun (4.5 hingga 8 kilogram) sepanjang trimester ini. Ini bermakna, purata berat badan anda akan bertambah sebanyak 1 paun (0.45 kilogram) setiap minggu.
Pertambahan saiz bayi dalam kandungan anda mungkin akan mula membuatkan anda kurang selesa untuk mengekalkan rutin hidangan tiga kali sehari anda, jadi bertukarlah kepada lima atau enam hidangan yang ringanatau makan snek sepanjang hari2.
Semak kembali pelan diet anda dan pastikan diet anda mengandungi nutrien-nutrien penting seperti kalsium dan protein, yang boleh diperolehi dalam daging tanpa lemak, kacang soya, kekacang seperti kacang pi dan kacang, ikan dan brokoli.3
Tahukah Anda?
Pendengaran bayi dalam kandungan telah berkembang sepenuhnya menjelang bulan ke-7. Derianya yang lain juga telah banyak berkembang sekarang, dan dia akan memberikan tindakbalas terhadap perubahan cahaya dan juga rasa sakit.4
Salah satu bahagian dalam pertumbuhan fizikal bayi dalam kandungan anda ialah pembesaran saiz kepalanya, yang mana seiring dengan perkembangan yang berlaku di dalam kepalanya itu. Waktu gestasi bayi dalam kandungan anda, dalam minggu ke-27 hingga minggu ke-30 usia kehamilan anda, merupakan waktu yang paling sibuk untuk perkembangan otaknya. Ambil DHA, sejenis asid lemak omega-3 yang menyokong perkembangan pantas otaknya. Dengan memakan kacang walnut atau menambahkan serbuk flaxseed ke dalam yogurt anda adalah antara cara yang mudah untuk memastikan diet anda kaya dengan sumber DHA.
Tahukah anda dalam trimester ketiga ini, gelombang otak bayi dalam kandungan anda menunjukkan pergerakan mata yang pantas (rapid eye movement (REM)) sewaktu tidur, yang mana ini menunjukkan bayi anda berkemungkinan besar sedang bermimpi5?
Anda juga mungkin akan membayangkan personaliti bayi dalam kandungan anda berdasarkan tingkahlakunya semasa berada di dalam rahim anda, sebagai contoh adakah si dia seorang yang sangat aktif atau seorang yang sangat tenang?
Semasa anda sedang membayangkan tentang rupa paras atau personaliti bayi dalam kandungan anda pada masa akan datang, badan anda sedang bekerja dengan sendirinya untuk menyalurkan antibodi dalam darah anda kepada bayi dalam kandungan anda. Ketahui bagaimana bayi dalam kandungan anda akan mendapat manfaat daripada antibodi anda dalam peringkat kehamilan: bulan ke-8.
Bayi dalam kandungan anda juga sudah tidak sabar untuk bertemu dengan anda! Anda sudah pun merasakan tendangan bayi dalam kandungan anda semenjak dari bulan lepas, yang juga mungkin merupakan caranya untuk membuatkan kehadirannya dirasai. Teruskan membaca tentang peringkat peringkat kehamilan: bulan ke-6 untuk mengimbau kembali detik-detik perkembangan yang lalu dan melihat sejauh mana perkembangan bayi dalam kandungan anda yang telah tercapai.
Bekalan nutrisi yang baik sepanjang bulan-bulan yang lepas kehamilan anda amat membantu perkembangan anda dan juga bayi dalam kandungan anda, walaupun dalam trimester terakhir ini anda akan mendapati amat sukar untuk mengambil hidangan yang sempurna disebabkan saiznya sekarang.
Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Jadi daftarlah sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!
Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat Turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan pengalaman kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.