
Setiap anak membesar dalam garis masa yang berbeza. Namun, tidak dinafikan pendidikan awal kanak kanak adalah fasa penting untuk membantu proses perkembangan emosi anak.
Akan tetapi, ini bukan bermaksud anda perlu membandingkan perkembangan awal kanak-kanak lain dengan anak.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda mahu cuba melakukan apa sahaja bagi menjadikan kehidupan anak lebih baik, bukan?
Semestinya juga anda sedar pendidikan awal kanak kanak dalam tempoh 5 tahun pertama mereka haruslah dititikberatkan.
5 tahun pertama perkembangan anak membabitkan aspek kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan keseluruhan perjalanan kehidupan mereka dalam pelbagai cabang.
Berita baiknya, ada banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk membantu 1 pendidikan awal kanak kanak supaya berkembang dengan lebih baik.
Apa Kepentingan Pendidikan Awal Kanak Kanak?
Bagi kanak-kanak, menangis adalah salah satu cara berkomunikasi.
Oleh sebab itu, memberikan tindak balas terhadap tangisan anak dengan mendukung atau memujuknya akan dapat membantu mewujudkan rasa percaya dan selamat.
Jalinan ikatan di peringkat awal ini membolehkan ibu dan ayah mengasah serta mengembangkan lagi pelbagai kemampuan anak2 yang boleh digunakan sepanjang hayatnya.
Ini termasuklah keupayaan mereka untuk:
-
Mempelajari sesuatu
-
Berkeyakinan diri dan mempunyai harga diri yang tinggi
-
Mempunyai kemahiran sosial yang positif
-
Mempunyai perhubungan yang berjaya
-
Mengembangkan rasa empati
Apa Boleh Ibu Bapa Buat Untuk Bantu Proses Pendidikan Awal Kanak Kanak?
Dalam proses perkembangan awal kanak-kanak, anak akan belajar mengenai dirinya, mengenali siapa ibu bapanya dan dunia yang berada di sekelilingnya.
Berikut dikongsikan beberapa idea untuk menyokong dan membantu proses perkembangan emosi anak melalui aktiviti harian yang anda boleh buat dengan mereka:
-
Pendidikan awal kanak kanak: Bahasa dan komunikasi
Anak akan meluah atau menyatakan apa yang mereka ingini melalui suara, tangisan, pergerakan badan, serta ekspresi wajah.
Mereka akan mula menggunakan perkataan pada sekitar usia setahun 3 . Semasa berusia 2 tahun ke atas, anak akan mula bercakap dalam ayat pendek yang mengandungi antara tiga hingga lima perkataan.
Untuk menyokong perkembangan awal kanak-kanak ini:
Perhati dan dengar bagaimana anak menyampaikan apa yang difikir dan dirasai mereka. Cuba ulangi suara dan perkataan yang digunakan anak, kemudian sambung perbualan bersama dengan menyoal mereka soalan.
Baca, nyanyikan atau bercerita dengan anak. Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk membantu mereka memahami makna perkataan dan idea baharu.
Apabila anak semakin petah berkata-kata, anda boleh bercakap tentang apa yang sedang dilakukan bersama seperti semasa bermain, melakukan sebarang aktiviti atau ketika menziarahi keluarga mahupun rakan.
-
Kemahiran berfikir
Tahukah anda yang anak akan belajar bagaimana persekitarannya berfungsi dengan bermain dan meneroka? 4
Melalui permainan, mereka boleh memahami bagaimana sesuatu itu berfungsi dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik.
Bagi membantu aspek pendidikan awal kanak-kanak ini, anda boleh:
Galakkan anak meneroka permainan dengan cara yang berbeza. Contohnya dengan menyentuh, menyusun atau menggoncangkannya.
Jadikan setiap hari sebagai momen pembelajaran yang menyeronokkan. Misalannya, ketika waktu mandi, berikan peluang untuk anak belajar tentang idea seperti tenggelam atau terapung dan keadaan basah serta kering.
Anda juga boleh membantu proses perkembangan awal kanak-kanak daripada aspek emosi dengan melakukan bersama-sama minat mereka. Ini kerana, kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui aktiviti yang menggembirakan.
Ajukan soalan kepada anak yang membuatkan mereka berfikir. Contohnya, ketika membaca buku, tanyakan “Awak rasa kenapa budak itu menangis?”
-
Kawalan diri
Dalam 3 tahun pertama, anak akan mula mengembangkan kawalan diri, iaitu keupayaan untuk mengawal perasaan dan perbuatan mereka. Mereka juga akan belajar kemahiran menunggu, berkongsi dan menyelesaikan masalah dengan rakan-rakan.
Ibu bapa boleh menyokong kemahiran kawalan diri anak dengan perkara berikut:
Menggunakan kata-kata untuk membantu anak memahami perasaannya. Misalnya, “Awak mesti rasa sedih sebab terpaksa berhenti bermain di taman ini, bukan?”
Apabila anak sudah semakin besar, berikan peluang untuknya membuat pilihan seperti “Adakah awak ingin membaca buku sebelum atau selepas kita menggosok gigi?”
Sentiasa cuba untuk menenangkan anak pada saat mereka kecewa. Tindakan tersebut membantu mereka berasa lebih selamat dan terkawal.
-
Pendidikan awal kanak kanak: Bina keyakinan diri
Semakin anak membesar, mereka akan mula memahami tentang diri mereka sendiri. Contohnya seperti apakah keistimewaan dan kebolehan mereka.
Apabila mereka berasa seronok dengan diri sendiri, keyakinan mereka akan meningkat 5 sekali gus menjadikan anak lebih bersedia berdepan cabaran baharu.
Ibu bapa boleh membantu proses perkembangan awal kanak-kanak berkaitan emosi anak ketika ini melalui:
Membantu anak menjadi penyelesai masalah yang baik. Berikan sokongan yang diperlu untuk berjaya tanpa menyelesaikan sepenuhnya masalah yang dihadapi mereka.
Berikan peluang untuk anak melakukan sesuatu secara sendiri, seperti melipat baju sendiri atau menuang air ke cawan menggunakan jug plastik.
Galakkan anak untuk mencuba. Sentiasa ingatkan kepada mereka bahawa adakalanya mereka perlu terus mencuba dan berlatih untuk berjaya.
Tempoh Tersendiri Dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak
Bergelar ibu bapa, anda akan sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik dalam membantu proses pendidikan awal kanak-kanak. Pun begitu, elakkan daripada memaksa mereka, ya?
Andai anda mempunyai sebarang keraguan tentang perkembangan anak secara fizikal mahupun emosi, sebaiknya dapatkan rundingan pakar kanak-kanak.
REFERENCES:
- Child Development (2020). Retrieved July 27, 2020 from:
https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/positiveparenting/toddlers.html - Child Development And Early Learning. Retrieved July 27, 2020
from:
http://www.factsforlifeglobal.org/03/1.html - Communication and Your 1- to 2-Year-Old (2019). Retrieved July 27, 2020
from:
https://kidshealth.org/en/parents/c12yr.html - Developing Thinking Skills From 24-36 Months (2016). Retrieved July 27, 2020
from:
https://www.zerotothree.org/resources/1290-developing-thinking-skills-from-24-36-months - 12 Tips for Raising Confident Kids. Retrieved July 27, 2020 from:
https://childmind.org/article/12-tips-raising-confident-kids/