We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Mahu Anak Membesar Dengan Baik? Ibu Ayah Kena Fokuskan Pada 7 Faktor Penting Ini

Ramai antara kita tidak menyedari bahawa proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak adalah bergantung kepada pelbagai faktor persekitaran dalaman dan luaran.

Memahami bagaimana faktor-faktor tertentu boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak pastinya dapat membantu ibu bapa untuk membesarkan si manja dengan lebih baik.

Memahami proses perkembangan kanak-kanak

Sejak anak kecil lagi, anda sebagai ibu bapa pastinya akan mengikut setiap detik perkembangan mereka. Anda melihat anak membesar setiap hari.

Walaupun istilah tumbesaran dan perkembangan sering digunakan secara sinonim, namun hakikatnya, kedua-dua perkataan ini membawa makna yang berbeza.

Tumbesaran merujuk kepada perubahan dan pertambahan dalam sifat fizikal seperti ketinggian, berat, saiz dan lain-lain.

Manakala proses perkembangan pula melibatkan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku sejak kecil hinggalah awal dewasa1.

Dalam proses perkembangan awal kanak-kanak ini, si kecil akan berkembang daripada bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa kepada menjadi lebih berdikari.

Amnya, proses ini dipengaruhi oleh pelbagai variasi faktor, sama ada secara positif atau negatif yang dapat membantu meningkatkan mahupun menjejaskan perkembangan anak.

Faktor biologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Berikut adalah beberapa faktor semula jadi yang boleh mempengaruhi proses perkembangan anak: 

1. Genetik 

Si manja mewarisi banyak perkara daripada anda secara genetik seperti penampilan fizikal yang melibatkan warna mata, rambut dan kulit, bentuk hidung, ketinggian serta bentuk badan. Mereka juga boleh mewarisi kebolehan anda2,3,4

Ramai antara kita tidak menyedari bahawa proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak adalah bergantung kepada pelbagai faktor persekitaran dalaman dan luaran.

Memahami bagaimana faktor-faktor tertentu boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak pastinya dapat membantu ibu bapa untuk membesarkan si manja dengan lebih baik.

Memahami proses perkembangan kanak-kanak

Sejak anak kecil lagi, anda sebagai ibu bapa pastinya akan mengikut setiap detik perkembangan mereka. Anda melihat anak membesar setiap hari.

Walaupun istilah tumbesaran dan perkembangan sering digunakan secara sinonim, namun hakikatnya, kedua-dua perkataan ini membawa makna yang berbeza.

Tumbesaran merujuk kepada perubahan dan pertambahan dalam sifat fizikal seperti ketinggian, berat, saiz dan lain-lain.

Manakala proses perkembangan pula melibatkan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku sejak kecil hinggalah awal dewasa1.

Dalam proses perkembangan awal kanak-kanak ini, si kecil akan berkembang daripada bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa kepada menjadi lebih berdikari.

Amnya, proses ini dipengaruhi oleh pelbagai variasi faktor, sama ada secara positif atau negatif yang dapat membantu meningkatkan mahupun menjejaskan perkembangan anak.

Faktor biologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Berikut adalah beberapa faktor semula jadi yang boleh mempengaruhi proses perkembangan anak: 

1. Genetik 

Si manja mewarisi banyak perkara daripada anda secara genetik seperti penampilan fizikal yang melibatkan warna mata, rambut dan kulit, bentuk hidung, ketinggian serta bentuk badan. Mereka juga boleh mewarisi kebolehan anda2,3,4.

Bukan sahaja perkara positif yang akan diwarisi anak. Aspek fizikal negatif seperti jika anda mempunyai sebarang penyakit atau masalah kesihatan juga berkemungkinan akan ‘diturunkan’ kepada mereka.

2. Jantina turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak 

Kita semua tahu bagaimana jantina mempengaruhi diri dalam cara yang berbeza. Ini terutamanya semasa akil baligh, kanak-kanak perempuan dan lelaki akan mengalami perbezaan semasa membesar yang melibatkan perkembangan fizikal dan mental5.

Perangai, pilihan, tingkah laku - semuanya akan berbeza dan kerana itulah amat penting untuk mendidik anak nilai moral yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan merangkumi jantina.

Dalam tempoh ini, anda harus lebih memantau tingkah laku anak kerana mereka lebih mudah terpengaruh sama ada dengan jantina yang sama atau berbeza. 

Namun elakkan daripada menghalang mereka berkawan. Sebaliknya, benarkan mereka berinteraksi dan berkawan dengan semua jantina. 

Anda juga disarankan untuk menyediakan barang permainan merangkumi jantina seperti mainan pendidikan yang tidak berat sebelah (bias).

3. Nutrisi pemakanan penting untuk perkembangan kanak-kanak

Menanam asas yang kukuh dalam tempoh 5 tahun pertama kehidupan anak adalah sangat penting sebagai persediaan masa hadapan. Ia sekali gus menjadikan pemakanan adalah faktor penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. 

Ini kerana pemilihan nutrisi yang betul dapat mempengaruhi perkembangan kognitif dan fizikal si manja. Dengan membantu sel-sel otak untuk berhubung, ia dapat mengawal kebolehan mental, emosi dan mood6,7

Mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan lemak adalah penting untuk perkembangan otak dan badan anak. 

Kajian menunjukkan makanan yang dimakan anak mempengaruhi komposisi kimia otak dan mood - termasuk kewaspadaan dan pengeluaran neurotransmitter6

Bagi membantu memenuhi keperluan nutrisi anak, anda disarankan untuk memberi mereka susu formula kanak-kanak diperkaya MFGM dan DHA. Ia kerana kedua-dua nutrisi ini penting untuk perkembangan emosi (EQ) dan kecerdasan minda (IQ).

Milk fat globule membrane (MFGM) juga dapat menyokong perkembangan kanak-kanak daripada aspek kognitif. Ini termasuklah berkaitan kecerdasan dan fungsi eksekutif seperti kemampuan beradaptasi dan penyelesaian masalah8

Malah kanak-kanak yang mengambil susu formula diperkaya MFGM juga menunjukkan kawalan tingkah laku lebih baik selain pengurangan simptom demam9

Ini adalah penting bukan sahaja dalam tempoh 5 tahun pertama tumbesaran kanak-kanak, tetapi juga selepas tempoh tersebut di mana mereka akan mula bersekolah dan melakukan pelbagai aktiviti yang lain. 

Memastikan anak mendapat DHA mengikut saranan pakar juga merupakan aspek penting dalam proses perkembangan. 

Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), DHA diperlukan untuk perkembangan IQ dan EQ kanak-kanak9 dengan membantu sel otak berhubung serta mempengaruhi fungsi pemikiran dan proses pembelajaran mereka. 

Pemberian susu formula kanak-kanak yang diperkaya ini bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan otak anak, bahkan mengekalkan kesihatan sistem penghadaman mereka. 

Kaitan sistem penghadaman dengan proses perkembangan kanak-kanak

Kenapa pula sistem penghadaman penting dalam proses perkembangan anak? 

Ini kerana sistem penghadaman atau usus memainkan peranan penting untuk menyerap semua nutrien yang dimakan10 bagi menyokong proses perkembangan anak. 

Malah sistem penghadaman yang sihat juga penting untuk menyokong fungsi gut-brain axis atau sambungan fizikal dan kimia antara usus serta otak. Ia menghubungkan pusat emosi dan kognitif otak dengan fungsi usus periferal.

Bahan kimia neurotransmitter yang dihantar ke dan daripada otak ini banyak dihasilkan di dalam usus. Oleh itu, apa yang berlaku di dalam usus secara langsung boleh mempengaruhi fungsi dan tingkah laku otak11.

Jadi usus yang sihat bukan sahaja membantu penyerapan nutrisi harian anak, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal dengan lebih baik.

4. Tumbesaran otak penting dalam perkembangan awal kanak-kanak

Otak akan berkembang kepada 90% saiz dewasa menjelang usia 5 tahun12.

Hubungan antara sel yang akan membuatkan otak berfungsi dan membolehkan kita bergerak, berfikir, berkomunikasi dan melakukan hampir semua perkara. 

Disebabkan itulah penting untuk ibu bapa memastikan hubungan sel otak berkembang dengan baik dalam 5 tahun pertama kehidupan anak.

Anda boleh menarik nafas lega kerana selain pemakanan seimbang, susu formula kanak-kanak diperkaya MFGM yang diberikan kepada anak akan dapat menyokong proses perkembangan ini.

Faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan awal kanak-kanak

Persekitaran turut memainkan peranan penting dalam proses perkembangan dan ia mewakili jumlah keseluruhan rangsangan fizikal dan psikologi yang diterima oleh anak.

1. Persekitaran beri kesan dalam perkembangan kanak-kanak

Persekitaran fizikal dan sosial juga memainkan peranan besar dalam faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif anak. Untuk memastikan perkembangan yang betul, persekitaran yang bermotivasi dan menggalakkan adalah perlu.

Akses kepada kemudahan perumahan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi yang sesuai, udara dan air bersih boleh mempengaruhi kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung kepada kesejahteraan kesihatan mereka11.

Hubungan sosial anak turut memberikan impak besar dalam perkembangan mereka. Kuncinya adalah dikelilingi individu yang penyayang dan selamat. Selain itu, kualiti interaksi anak dengan individu lain juga menentukan perkembangan intelek, sosial dan emosi mereka11

2. Status sosio-ekonomi

Dalam dunia yang tidak berat sebelah, mungkin isu status sosioekonomi tidak akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Namun malangnya, bukan itu keadaannya dalam dunia kita. Status sosio-ekonomi merujuk kepada status sosial dan ekonomi individu13

Kanak-kanak dengan latar belakang sosio-ekonomi stabil berkemungkinan memperolehi pencapaian pendidikan lebih baik berbanding mereka dari latar belakang sosio-ekonomi lemah.

Bersikap terbuka tentang keadaan ekonomi keluarga boleh membantu anak melihat sekelilingnya dengan lebih positif, walaupun peluangnya mungkin terhad.

Dalam masa sama, didiklah anak tentang keistimewaan diri mereka agar dapat membesar dengan rasa bersyukur, rendah hati dan empati.

3. Bagaimana pendidikan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak?

Sudah semestinya jenis pendidikan yang diterima anak sangat mempengaruhi perkembangan mereka14.

Ia bukan sahaja berkaitan pendidikan dan pembelajaran di sekolah, tetapi juga melibatkan apa yang mereka pelajari di rumah.

Faktor pendidikan ini tidak hanya memfokuskan mengenai tugasan kerja rumah, tetapi anak juga seharusnya dirangsang secara mental dengan cara lebih menyeronokkan. 

Fikirkan sesuatu yang melibatkan permainan dan keseronokan berunsurkan pendidikan, belajar bahasa baharu ataupun bermain instrumen.

Kepentingan MFGM untuk perkembangan anak

Dalam 5 tahun pertama kehidupan, pengalaman positif serta hubungan mesra dan responsif dapat merangsang perkembangan kanak-kanak, sekali gus mewujudkan berjuta-juta hubungan neuron di dalam otak mereka.

Malah otak kanak-kanak membina hubungan lebih cepat dalam tempoh ini berbanding masa lain dalam kehidupan mereka. Inilah masanya asas untuk pembelajaran, kesihatan dan tingkah laku sepanjang hayat perlu diperkukuhkan15.

Ibu bapa boleh menyokong proses perkembangan otak anak mereka pada masa ini dengan memberikan rangsangan dan nutrisi seperti susu formula kanak-kanak yang diperkaya MFGM seperti Enfagrow A+ MindPro dan Enfagrow A+ MindPro Gentlease bagi kanak-kanak yang mempunyai perut sensitif. 

Ia bukan hanya menawarkan manfaat kepada otak (IQ & EQ) mereka dalam tempoh penting 5 tahun pertama usia kehidupannya, tetapi turut menggalakkan perkembangan kognitif anak.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+

Rujukan:

  1. Introduction to childhood development. https://www.nottingham.ac.uk/helmopen/rlos/child/foundation/page_one.html. Accessed on Aug 8, 2023.

  2. How do nature and nurture affect my child’s development? https://www.nct.org.uk/baby-toddler/emotional-and-social-development/how-do-nature-and-nurture-affect-my-childs-development. Accessed on Aug 8, 2023.

  3. Thapar A, Stergiakouli E. Genetic influences on the development of childhood psychiatric disorders. Psychiatry. 2008 Jul;7(7):277-281. doi: 10.1016/j.mppsy.2008.05.009. PMID: 22427711; PMCID: PMC3303131. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3303131/. Accessed on Aug 8, 2023.

  4. Bueno D. Genetics and Learning: How the Genes Influence Educational Attainment. Front. Psychol., 10 July 2019.Sec. Educational Psychology. Volume 10 - 2019 | https://doi.org/10.3389/fpsyg.2019.01622. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpsyg.2019.01622/full. Accessed on Aug 8, 2023.

  5. Gender Identity Development in Children. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/gradeschool/Pages/Gender-Identity-and-Gender-Confusion-In-Children.aspx. Accessed on Aug 8, 2023.

  6. Brain food: how nutrition alters our mood and behaviour. https://core.ac.uk/download/pdf/33263946.pdf. Accessed on Aug 8, 2023.

  7. Roberts M et al. The Effects of Nutritional Interventions on the Cognitive Development of Preschool-Age Children: A Systematic Review. Nutrients. 2022 Jan 26;14(3):532. doi: 10.3390/nu14030532. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8839299/. Accessed on Aug 8, 2023.

  8. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#. Accessed on Aug 8, 2023.

  9. Omega-3 Laut Dalam. http://www.myhealth.gov.my/omega-3-laut-dalam/. Accessed on Aug 8, 2023.

  10. The Importance of Good Gut Health in Children. https://www.oac.edu.au/news-views/the-importance-of-good-gut-health-in-children/#. Accessed on Aug 8, 2023.

  11. Bravo JA et al. Ingestion of Lactobacillus strain regulates emotional behavior and central GABA receptor expression in a mouse via the vagus nerve. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21876150/. Accessed on Aug 8, 2023.

  12. Brain Development. https://www.firstthingsfirst.org/early-childhood-matters/brain-development/#. Accessed on Aug 8, 2023.

  13. A positive home environment is the foundation for healthy brain development. http://www.urbanchildinstitute.org/resources/publications/data-book-2013/family-home. Accessed on Aug 8, 2023.

  14. Early Childhood Development and Education. https://health.gov/healthypeople/priority-areas/social-determinants-health/literature-summaries/early-childhood-development-and-education. Accessed on Aug 8, 2023.

  15. Child development: the first five years. https://www.healthykids.org.nz/move/articles/child-development-the-first-five-years. Accessed on Aug 8, 2023.

.

Join Enfamama A+ Club