
Tak tentu arah rasanya apabila anak sembelit bukan? Melihat anak meneran sampai muka kemerahan, menangis dan meragam kerana sakit perut akibat sembelit juga pasti membuatkan ibu bapa bimbang.
Jadi bagaimana cara untuk merawat masalah kanak-kanak sembelit?
Baca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui 5 petua anak sembelit yang akan kami kongsikan.
Apa tanda-tanda anak sembelit?
Sembelit adalah satu keadaan apabila seseorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan mempunyai tekstur najis yang keras.
Sembelit lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, namun biasanya ia tidak akan berpanjangan.1
Anak anda mungkin tidak sedar atau tidak tahu untuk menyatakan bahawa mereka sembelit, jadi ibu bapa perlu mengetahui tanda-tanda sembelit yang mungkin anak alami:1
-
Tekstur najis keras, kering dan sukar dikeluarkan
-
Sakit perut
-
Menunjukkan kesakitan untuk membuang air besar (meneran, mengetap gigi, wajah kemerahan)
-
Perut kembung
-
Kurang selera makan
-
Membuang air besar kurang 2 kali dalam seminggu
Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak?
Atasi masalah anak sembelit
Kini, anda tidak perlu berasa bimbang lagi dengan keadaan si manja anda. Berikut kami kongsikan 5 cara untuk membantu anak sembelit yang anda boleh cuba:
#1. Makan makanan yang mengandungi banyak pelawas jika anak sembelit
Untuk pengetahuan anda, fiber atau serat menggalakkan fungsi sistem pencernaan. Ia membantu mengawal pergerakan dalam usus dan menyingkirkan sisa daripada badan anak anda.
Pengambilan serat juga membantu mengelakkan anak daripada sembelit atau najis yang keras.
Serat jenis tertentu yang mempunyai ciri-ciri prebiotik juga akan menggalakkan pertumbuhan mikrob yang baik dalam sistem pencernaan manusia.2
Misalnya, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber serat yang bagus untuk anak anda.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang disarankan untuk kanak-kanak mengikut jantina adalah seperti berikut:3
-
Kanak-kanak perempuan berumur 2 hingga 4 tahun - 1 hingga 1.5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.
-
Kanak-kanak lelaki berumur 2 hingga 4 tahun - 1 hingga 1.5 hidangan buah-buahan dan 1 hingga 2 hidangan sayur-sayuran sehari.
-
Kanak-kanak perempuan berumur 5 hingga 8 tahun - 1 hingga 1.5 hidangan buah-buahan dan 1.5 hingga 2.5 hidangan sayur-sayuran sehari.
-
Kanak-kanak lelaki berumur 5 hingga 8 tahun - 1 hingga 2 hidangan buah-buahan dan 1.5 hingga 2.5 hidangan sayur-sayuran sehari.
Petua melegakan anak sembelit #2. Minum banyak air
Air akan bertindak bersama-sama pelawas untuk membantu proses penyingkiran najis dan juga sangat disarankan untuk melegakan sembelit kanak-kanak.4
Pengambilan air yang disyorkan untuk kanak-kanak adalah seperti berikut2:
-
Kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun - 1 hingga 2 gelas air sehari
-
Kanak-kanak berumur 4 hingga 18 tahun - 6 hingga 8 gelas sehari
Selain air kosong, anda boleh berikan si manja susu yang mudah dicerna dan lembut pada perut sekiranya anak anda mempunyai perut yang sensitif.
Untuk pengetahuan anda, terdapat susu rumusan kanak-kanak di pasaran yang telah diformulasi dengan protein separa hidrolisis (protein yang telah diuraikan) dan mengandungi kandungan laktosa yang rendah.
Anda boleh memilih susu ini kerana ia diformulasi khas bagi membantu dan menyokong proses pencernaan anak anda.
#3. Ajak anak bersenam
Aktiviti fizikal yang ringan dan sederhana mampu menggalakkan penyingkiran najis dan gas. Kajian juga mendapati aktiviti fizikal mampu membantu masalah pencernaan seperti sembelit dan penyakit radang usus besar.5
Kanak-kanak disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal yang sederhana-lasak selama 60 minit dan bermain setiap hari2, seperti bermain tangkap dan baling, menunggang basikal, berjalan pantas atau bermain badminton.
#4. Ubah tabiat ke tandas
Ibu bapa boleh cuba untuk mengajar anak untuk lebih kerap ke tandas. Jika masih dalam latihan, mungkin anda boleh mengajak mereka untuk ke tandas setiap 1 jam terutama selepas waktu makan.6
#5. Elakkan makan berlebihan atau makan dengan pantas
Makan secara berlebihan atau makan dengan pantas akan menyebabkan masalah ketidakhadaman.7
Selain daripada memilih makanan yang betul, anda juga perlu memberi perhatian kepada cara anak anda makan.
Misalnya, makanan perlu dikunyah dengan lembut sebelum ditelan. Pastikan juga mereka makan tanpa ada gangguan lain supaya mereka sedar jenis makanan yang diambil dan berapa banyak yang mereka makan.
Memahami kepentingan sistem pencernaan yang sihat
Sistem pencernaan yang sihat penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Ini kerana, sistem pencernaan membantu membekalkan badan kita dengan khasiat yang penting.
Pencernaan akan menguraikan makanan yang kita ambil menjadi nutrien, yang boleh diserap oleh badan dan digunakan sebagai tenaga, pertumbuhan dan penyelenggaraan.8
Mikrob yang bermanfaat di dalam sistem pencernaan badan juga akan membantu proses pencernaan lantas meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. Selain itu, kelompok mikrob yang baik ini boleh melawan mikrob berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit lain.9
Oleh itu, tentu ramai ibu bapa yang tertanya-tanya, apa yang boleh dilakukan untuk membantu anak anda mempunyai sistem pencernaan yang sihat. Ada ke susu untuk anak sembelit?
Susu untuk perut sensitif, bantu anak sembelit
Tahukah anda, pengambilan susu dalam kalangan kanak-kanak sebenarnya penting untuk menyokong sistem penghadaman dan penyerapan nutrien mereka?
Menurut Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja, kanak-kanak disarankan untuk minum 2 hingga 3 hidangan susu atau produk tenusu setiap hari.2
Ada sejenis susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun sembelit yang boleh menjadi pilihan anda, iaitu susu Enfagrow A+ MindPro Gentlease!
Susu ini juga bagus sebagai susu rumusan kanak-kanak pilihan walaupun anak anda tiada masalah sembelit.
Susu ini diperbuat daripada formula laktosa yang lebih rendah yang membantu menyokong penghadaman anak anda dengan lebih baik, tanpa menjejaskan keperluan tenaga dan pertumbuhan keseluruhan kanak-kanak.
Apa yang lebih menarik lagi, susu ini mengandungi saiz protein yang lebih kecil (PHP) yang memudahkan ia dihadam dan diserap oleh perut yang sensitif.
Untuk pengetahuan anda susu ini juga mengandungi, komponen MFGM (milk fat globule membrane) dan tahap DHA saranan pakar* penting untuk membantu meningkatkan kecerdasan minda (IQ) dan kecerdasan emosi anak anda (EQ).10
Ia dapat menghasilkan bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter yang membawa maklumat dari satu sel otak ke sel otak yang lain. Sel-sel otak yang berhubung ini dapat mengawal mental dan emosi anak anda.10
Kesimpulannya, faktor pemakanan dan tabiat yang sihat penting untuk kesihatan penghadaman anak anda. Jika simptom sembelit anak anda berterusan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
*FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA diet harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun.
Rujukan:
- Toddler Constipation, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17785-constipation-in-children, Accessed Nov 23 2023.
- Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013, https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d765c1b95f.pdf, Accessed Nov 23 2023.
- Nutrition for kids: Guidelines for a healthy diet, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/nutrition-for-kids/art-20049335, Accessed Nov 23 2023.
- Water, Hydration, And Health, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2908954/, Accessed Nov 23 2023.
- The Impact Of Physical Exercise On The Gastrointestinal Tract, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19535976/, Accessed Nov 23 2023.
- Constipation In Children, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/symptoms-causes/syc-20354242, Accessed Nov 23 2023.
- Indigestion, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/indigestion/symptoms-causes/syc-20352211?p=1, Accessed Nov 23 2023.
- Your Digestive System And How It Works, https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/digestive-system-how-it-works, Accessed Nov 23 2023.
- Dietary Modulation Of The Human Colonic Microbiota: Introducing The Concept Of Prebiotics, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/7782892/, Accessed Nov 23 2023.
- The protein And Lipid Composition Of The Membrane Of Milk Fat Globules Depends On Their Size, https://www.journalofdairyscience.org/article/S0022-0302(16)30074-1/pdf, Accessed Nov 23 2023.