We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Kolina menyokong perkembangan optimum fetus

Mengapa kolina sangat penting untuk kehamilan anda?

Kolina adalah kunci nutrisi yang perlu diambil oleh ibu hamil kerana kolina menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan andai.

Sewaktu kehamilan, kolina membantu perkembangan otak dan memperkuat struktur membran sel bayi dalam kandungan andaii.

Kolina juga membantu melindungi bayi dalam kandungan anda dari kecacatan tiub neurali, dan ini menjadikan kolina salah satu nutrisi penting yang perlu diambil bagi menyokong perkembangan fetus yang optimum.

Berapa banyakkah jumlah kolina yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan anda?

Anda perlu meningkatkan pengambilan kolina ke 550 miligram sewaktu menyusukan bayiiii.

 

Makanan apakah yang anda dan bayi dalam kandungan anda boleh mendapatkan kolina?

Berikut adalah sumber utama kolina yang anda harus masukkan di dalam diet pemakanan anda semasa hamil bagi menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan anda:

  • Telur (terutama sekali bahagian kuning telur)

  • Daging (seperti daging ayam, lembu dan daging khinzir)

  • Ikan (seperti ikan kod, salmon dan talapia)

  • Sayur-sayuran (seperti brokoli, bayam dan bunga kobis)

  • Susu dan produk tenusu yang lain

  • Kacang (seperti kacang soya, kacang merah dan kacang pis)

  • Kekacang (seperti kacang tanah, kacang pistachio dan kacang gajus)

 

 


Rujukan:

  1. Zeisel, S. H. (2013). Nutrition in pregnancy: the argument for including a source of choline. Retrieved April 25, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3639110/
  2. Zeisel SH (2006) Choline: Critical Role During Fetal Development and Dietary Requirements in Adults; Annu Reb Nutr; 26: 229-250
  3. Choline: Fact Sheet for Health Professionals. Retrieved 2 June 2017 from, https://ods.od.nih.gov/factsheets/Choline-HealthProfessional/
Join Enfamama A+ Club