We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Makan atau Tidak: Sebab di sebalik mitos makanan kehamilan

Kebenaran Di Sebalik Mitos Diet Kehamilan

Terdapat bermacam-macam pantang- larang makanan semasa hamil, dan setiap rakyat Malaysia pasti mempunyai satu atau dua cerita tentang pantang-larang ini. Sementara ada di antaranya boleh dijelaskan melalui sains, tetapi banyak dari pantang-larang ini hanyalah kepercayaan orang-orang lama atau kepercayaan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kami berbual bersama Dato’ Dr Siti Zaliha, seorang perunding obstetrik & pakar sakit puan untuk mengetahui dengan lebih lagi tentang fakta dan mitos dalam pemakanan kehamilan di Malaysia.

1.

Wanita yang hamil perlu makan dua kali ganda dari kebiasaan mereka

 

 

Makan dengan sihat adalah amat penting ketika anda hamil.1 Tetapi, “makan untuk dua orang” tidak bermaksud makan dua kali ganda atau makan dengan lebih banyak dari sebelum ini.1-3 Pada trimester pertama, anda memerlukan tambahan tenaga sebanyak 80kcal sehari dari pengambilan tenaga normal yang disarankan iaitu 1,840kcal sehari.4 Semasa trimester kedua dan ketiga, keperluan tenaga anda meningkat masing-masing kepada 280 dan 479 kcal sehari.4 Anda boleh memenuhi keperluan tambahan tenaga ini dengan mengambil makanan yang padat dengan nutrien, contohnya makanan yang kaya dengan nutrien penting seperti karbohidrat, protein, kalsium dan vitamin yang penting untuk anda berdua, anda dan bayi dalam kandungan anda.3,5 Dalam sesuatu keadaan di mana anda hamil dengan kembar dua (atau lebih), keperluan pemakanan anda akan meningkat kerana kewujudan fetus yang banyak akan menyebabkan bekalan simpanan pemakanan anda merosot dengan lebih cepat.6 Kolej Obstetrik dan Pakar Sakit Puan Amerika menyarankan pengambilan kalori harian sebanyak 3,500 kcal untuk kehamilan kembar dua; iaitu lebih 1,000 kcal sehari tambahan kalori berbanding dengan kehamilan tunggal.4,6

2.

Wanita hamil tidak boleh makan makanan yang sejuk seperti tembikai dan nanas kerana merbahaya semasa kehamilan

 

 

Nanas dan makanan sejuk yang lain seperti tembikai, kobis dan timun adalah antara makanan terlarang di kalangan wanita hamil di Malaysia.7 Ini mungkin disebabkan kekhuatiran berlakunya keguguran, pendarahan yang banyak ketika bersalin atau anak yang bakal dilahirkan nanti ada kecacatan.7-9 Secara umumnya, nanas selamat dimakan semasa kehamilan.10 Malah, buah-buahan seperti nanas dan tembikai mengandungi kandungan pelawas yang tinggi dan nutrien-nutrien penting seperti vitamin-vitamin (A, B1, B12 dan C), kuprum dan manganese.10,11

3.

Makan hati menyumbang kepada perkembangan penglihatan fetus

 

 

Makan hati berpotensi membahayakan fetus kerana hati mengandungi banyak vitamin A.12,13 Oleh kerana itu, wanita hamil seharusnya mengelakkan dari mengambil hati atau produk berasaskan hati secara berlebihan (sebagai contoh pâté hati, sosej hati atau haggis) kerana pengambilan yang lebih akan memberikan kesan toksik kepada ibu dan fetus.12,13

4.

Makan kacang semasa hamil akan menyebabkan anak anda mendapat alahan kepada kacang.

 

 

Dalam kajian terbaru, telah didedahkan kanak-kanak yang ibunya makan kacang dengan lebih (lebih daripada 5 kali seminggu) semasa hamil, mempunyai risiko alahan kepada kacang yang paling rendah.14 Kajian ini tepat terutama di kalangan ibu hamil yang tidak mempunyai alahan (tidak mempunyai tindakbalas alergi kepada kacang).12,14 Oleh kerana itu, anda boleh dan selamat untuk makan kacang atau makanan yang mengandungi kacang (seperti mentega kacang) semasa hamil melainkan anda mempunyai alahan kepada kacang ataupun doktor anda melarang anda untuk memakannya.12

5.

Wanita hamil harus mengelakkan makanan yang mentah atau separuh masak seperti daging mentah, ikan dan telur

 

 

Makan daging mentah dan kurang masak mungkin akan mendedahkan wanita hamil kepada risiko toksoplasmosis; jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma yang selalu ditemui dalam daging mentah dan kurang masak, air yang tidak dirawat dan najis kucing.12,15,16 Sebaliknya, wanita hamil selamat untuk makan ikan yang mentah atau yang separuh masak, dengan syarat ikan tersebut telah disejukbekukan terlebih dahulu.12 Ini kerana, proses sejuk beku akan membunuh cacing parasit yang kecil yang selalunya ditemui di dalam ikan liar.12 Telur mentah dan kurang masak mungkin mengandungi bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang selalunya muncul dengan gejala seperti cirit-birit, mual dan muntah- muntah.12,15,17

6.

Wanita hamil perlu menjauhi produk tenusu yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur seperti beberapa jenis aiskrim dan keju

 

 

Susu yang tidak dipasteur mungkin mengandungi bakteria Listeria yang selalu dikaitkan dengan pengguguran atau kelahiran pramatang.12,15 Aiskrim yang dibuat secara komersial selamat untuk dimakan kerana diperbuat daripada susu dan telur yang telah dipasteur, maka risiko keracunan makanan disebabkan bakteria tiada.18 Walau bagaimanapun, elakkan daripada makan aiskrim soft serve kerana kebarangkalian untuk pencemaran bakteria (Listeria) tinggi disebabkan tahap kebersihan yang kurang dan pembersihan mesin soft serve yang tidak bersih.18 Pilih aiskrim dari jenis sejuk beku atau gelato kerana aiskrim jenis ini selalunya disimpan beku, lalu menghalang pertumbuhan mana- mana jenis bakteria.18 Anda juga perlu mengelakkan keju yang lembut seperti Feta, Brie dan Camembert; akan tetapi kepingan keju yang telah diproses dan keju yang keras (seperti keju cheddar) boleh dimakan.15,16

7.

Bahaya minum kopi

 

 

Kafein selalunya ditemui di dalam minuman seperti teh, coklat, minuman ringan dan minuman tenaga.12 Menurut United Kingdom National Health Services and American Pregnancy Association, wanita hamil harus menghadkan pengambilan kafein mereka kepada ≤ 200 mg sehari (kira-kira satu mug kopi bertapis dan satu tin air kola).12,15 Kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan keguguran dan peningkatan risiko berat kelahiran yang rendah.12,15 Tambahan pula, komponen polifenolik yang terdapat di dalam kopi akan menjejaskan penyerapan zat besi daripada diet yang mana akan menyebabkan masalah kekurangan zat besi.19 Anda boleh mengurangkan pengambilan kafein anda dengan menukar kopi anda kepada kopi dan teh tanpa kafein, air mineral, susu atau jus buah-buahan.12,15 

8.

Banyakkan makan sayur-sayuran, tetapi jauhi salad

 

 

Buah-buahan dan sayur-sayuran penting semasa kehamilan.15 HNamun, amat penting memastikan buah-buahan dan sayur- sayuran yang selalunya dimakan mentah seperti salad dan lobak merah dibasuh dengan betul bagi membuang kesemua tanah dan kotoran yang boleh mendedahkan anda kepada toksoplasmosis.15,16 Elakkan dari salad yang pra-sedia atau salad dari bar salad di dalam restoran, deli dan pasaraya.20 Salad yang sejuk sedia-untuk-dimakan ini mungkin tercemar dengan bakteria Listeria akibat dari pengendalian yang pelbagai semasa persediaannya.20,21 Tambahan lagi, Listeria mampu bertumbuh walaupun dalam makanan yang disejukkan.20Jadi, sekiranya anda terlalu menginginkan salad, makan hanya salad yang telah dibersihkan dengan betul dan baru disediakan.20 Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) telah memberi amaran kepada ibu hamil tentang risiko makan apa-apa jenis benih cambah mentah (sebagai contoh alfalfa, kacang buncis, semanggi, lobak putih dan kacang hijau).21-23 Benih cambah ini selalunya dicemari dengan bakteria berbahaya yang sukar dibasuh seperti Salmonella, Listeria dan E. coli dan boleh menyebabkan keracunan makanan apabila dimakan.21-23

9.

Makan kacang soya dan menjauhi makanan yang berwarna gelap akan memberikan kulit yang cerah kepada anak saya

 

 

Menurut pantang-larang kepercayaan orang-orang lama, makanan yang berwarna gelap (seperti kicap, coklat, kopi dan kola) ada kaitan dengan anak yang berkulit gelap.8 Manakala, makan makanan seperti tahu dan produk kacang soya dikatakan ada kaitan dengan mendapatkan anak yang berkulit cerah.24,25 Ini kesemuanya hanyalah kepercayaan orang-orang lama kerana tiada makanan yang boleh mengubah ketetapan genetik anak anda.24-26 Warna kulit ialah ciri-ciri genetik (yang diwarisi daripada nenek moyang) dan dipengaruhi oleh jumlah dan pengagihan pigmen melanin di dalam kulit.26 Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kulit yang gelap mempunyai lebih banyak pigmen melanin berbanding mereka yang berkulit cerah, dan pigmen melanin orang-orang Afrika lebih tersebar berbanding kita, orang-orang Asia.26

10.

Makan makanan tepi jalan/kedai

 

 

Semasa hamil, anda lebih mudah mendapat keracunan makanan berpunca daripada perubahan hormon yang menurunkan sistem imun anda.17,27 Disenaraikan beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil sementara anda menikmati makanan tepi jalan kegemaran anda.

 
  • Pilih makanan yang disediakan segar atau makanan yang dimasak hanya setelah anda membuat pesanan.28 Anda juga boleh memilih makanan yang panas (yang bersuhu 60°C dan ke atas) dan makanan yang dimasak dengan sepenuhnya seperti daging masak sepenuhnya dan makanan yang digoreng.27,29  Makanan yang telah siap dimasak seperti rojak, pisang goreng, sandwic yang telah siap dibuat atau nasi ayam kukus selalunya dibiarkan terdedah untuk satu jangka masa di bawah suhu bilik, dibiarkan sejuk, atau tercemar disebabkan orang lain; lalu meningkatkan risiko keracunan makanan.27-29
  • Elakkan hidangan yang mempunyai bahan-bahan yang mentah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran atau daging yang tidak dimasak untuk mengelakkan keracunan makanan dan jangkitan penyakit air kerana makanan ini mungkin mengandungi kotoran, bakteria, serangga atau lebihan daripada semburan.27,29,30
  • Adalah lebih baik sekiranya makanan yang berkuah atau kuih yang telah dibiarkan lama di bawah suhu bilik dielakkan bagi menghapuskan semua risiko penyakit jangkitan makanan seperti listeriosis.28,29
  • Cuba jauhi ais kacang semasa hamil kerana ais yang digunakan mungkin tidak diperbuat daripada air yang bersih untuk diminum dan juga penjual menggunakan tanggannya ketika mengisar ais tersebut.31
  • Makanan di tepi jalan selalunya menggunakan mono sodium glutamate, minyak yang murah dan pewarna makanan yang sememangnya diketahui akan menyebabkan sakit kepala, alahan dan pengumpulan air. Lebih baik anda hadkan pengambilan makanan tepi jalan semasa anda hamil.30

11.

Makanan pedas mencetuskan kelahiran

 

 

Tiada bukti saintifik yang membuktikan dengan memakan makanan yang pedas boleh mencetuskan kelahiran atau mempunyai impak kepada kehamilan dan bayi dalam kandungan anda.32,33 Akan tetapi, anda akan mengalami pedih perut dan masalah pencernaan sekiranya anda makan makanan pedas terlalu banyak, terutama sekali sewaktu trimetser ketiga.33 Pada waktu ini, bayi dalam kandungan anda mungkin akan menyebabkan asid refluks (aliran timbal balik asid perut ke dalam esofogus) dan pengambilan makanan yang pedas akan memburukkan lagi keadaan.33

12.

Minum lebih banyak air akan meningkatkan bendalir amnion

 

 

Isipadu bendalir amnion dipengaruhi oleh status hidrasi si ibu.34,35 Beberapa kajian telah dijalankan ke atas ibu hamil yang minum 1.5 hingga 2 liter air dalam tempoh 2 ke 6 jam sebelum isipadu bendalir amnin mereka diperiksa. Keputusan menunjukkan kenaikan isipadu bendalir amnion yang signifikan dari 16 ke 30%.34-36 

 

Artikel disumbangkan oleh Dato’ Dr Siti Zaliha, Perunding Obstetrik & Pakar Sakit Puan

 

DISCLAIMER: THIS WEBSITE DOES NOT PROVIDE MEDICAL ADVICE

 

Maklumat ini, termasuklah dan tidak terhad kepada, teks, grafik, imej dan bahan-bahan lain yang terkandung di dalam laman web ini adalah dengan tujuan memberi maklumat dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan atau arahan. Ianya tidak bertujuan menjadi pengganti kepada nasihat perubatan yang profesional, diagnosis ataupun rawatan. Sentiasa merujuk kepada doktor anda atau pembekal penjagaan kesihatan anda yang layak dengan semua persoalan yang anda mungkin ada tentang sesuatu keadaan kesihatan atau rawatan dan sebelum membuat keputusan untuk mengamalkan regimen penjagaan kesihatan yang baru, dan jangan sesekali mengabaikan nasihat kesihatan yang profesional atau menangguhkan mendapatkan rawatan kerana sesuatu yang anda telah baca di dalam laman web ini. Jangan mengambil atau tidak mengambil tindakan hanya berdasarkan kandungan maklumat ini; sebaliknya, pembaca harus merujuk kepada pengamal kesihatan profesional yang berkenaan untuk apa jua yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Maklumat dan pandangan yang dinyatakan di sini dipercayai tepat, berdasarkan kepada pertimbangan terbaik yang sedia ada kepada pengarang, dan pembaca yang gagal merujuk kepada pihak berkuasa kesihatan yang berkenaan menanggung risiko di atas sebarang kecederaan. Sebagai tambahan, maklumat dan pandangan yang dinyatakan di sini tidak semestinya mencerminkan pendapat Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd dan Sekutunya. Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd dan Sekutunya tidak bertanggungjawab di atas kesalahan dan maklumat yang tertinggal. Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd dan Sekutunya tidak menyarankan atau mengesyorkan mana-mana ujian yang tertentu, doktor, produk, prosedur, pandangan atau maklumat yang lain yang mungkin dinyatakan di dalam laman web ini. Pergantungan di atas mana-mana maklumat yang muncul di dalam laman web ini adalah tanggungjawab anda sendiri

Rujukan:

1) American Diabetes Association. Prenatal care. Available at http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/pregnancy/prenatal-care.html. Accessed on 12 July 2018.
2) National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Health tips for pregnant women. Available at https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/healthy-eating-physical-activity-for-life/health-tips-for-pregnant-women. Accessed on 12 July 2018.
3) American Pregnancy Association. Pregnancy nutrition. Available at http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/pregnancy-nutrition/. Accessed on 28 August 2018.
4) Ministry of Health Malaysia. Recommended nutrient intakes for Malaysia, 2017. Available at http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf. Accessed on 28 August 2018.
5) Academy of Nutrition and Dietetics. Healthy weight during pregnancy Available at https://www.eatright.org/health/pregnancy/prenatal-nutrition/healthy-weight-during-pregnancy. Accessed on 28 August 2018.
6) Goodnight W, Newman R; Society of Maternal-Fetal Medicine. Optimal nutrition for improved twin pregnancy outcome. Obstet Gynecol. 2009;114(5):1121-34.
7) Mohamad M, Chong YL. Food taboos of Malay pregnant women attending antenatal check-up at the maternal health clinic in Kuala Lumpur. Integr Food Nutr Metab. 2016;3(1):262-267.
8) Lau Y. Traditional Chinese pregnancy restrictions, health-related quality of life and perceived stress among pregnant women in Macao, China. Asian Nurs Res (Korean Soc Nurs Sci). 2012;6(1):27-34.
9) Williams V. Celebrating life customs around the world. California: ABC-CLIO; 2017.
10) BabyCenter. Is it safe to eat pineapple during pregnancy? Available at https://www.babycenter.in/x25008029/is-it-safe-to-eat-pineapple-during-pregnancy#ixzz5D5AIoSvk. Accessed on 19 April 2018.
11) Shanely RA, Nieman DC, Perkins-Veazie P, et al. Comparison of watermelon and carbohydrate beverage on exercise-induced alterations in systemic inflammation, immune dysfunction, and plasma antioxidant capacity. Nutrients 2016;8(8).
12) National Health Services. Foods to avoid in pregnancy. Available at https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/foods-to-avoid-pregnant/. Accessed on 16 July 2018.
13) World Health Organization. Guideline: Vitamin A supplementation in pregnant women. Geneva, World Health Organization, 2011.
14) Frazier AL, Camargo CA, Malspeis S, Willett WC, Young MC. Prospective study of peripregnancy consumption of peanuts or tree nuts by mothers and the risk of peanut or tree nut allergy in their offspring. JAMA Pediatr. 2014;168(2):156-162.
15) American Pregnancy Association. Foods to avoid during pregnancy. Available at http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/foods-to-avoid-during-pregnancy/. Accessed on 16 July 2018.
16) Smith JL. Foodborne infections during pregnancy. J Food Prot. 1999;62(7):818-829.
17) Tam C, Erebara A, Einarson A. Food-borne illnesses during pregnancy: Prevention and treatment. Canadian Family Physician. 2010;56(4):341-343.
18) NSW Food Authority. Listeria and pregnancy. The foods you should avoid and why. Available at http://www.foodauthority.nsw.gov.au/_Documents/foodsafetyandyou/listeria_and_pregnancy.pdf. Accessed on 10 August 2018.
19) Zijp IM, Korver O, Tijburg LB. Effect of tea and other dietary factors on iron absorption. Crit Rev Food Sci Nutr. 2000;40(5):371-98.
20) Women’s and Children’s Health Network. Listeria infection during pregnancy. Available at http://www.cyh.com/HealthTopics/HealthTopicDetails.aspx?p=438&np=460&id=2778. Accessed on 10 August 2018.
21) BabyCenter. Is it safe to eat seed sprouts, pre-prepared salads and leaves during pregnancy? Available at https://www.babycenter.com.au/x536437/is-it-safe-to-eat-seed-sprouts-pre-prepared-salads-and-leaves-during-pregnancy. Accessed on 10 August 2018.
22) Foodsafety.gov. Sprouts: what you should know. Available at https://www.foodsafety.gov/keep/types/fruits/sprouts.html. Accessed on 28 August 2018.
23) United States Food and Drug Administration. Food safety for moms-to-be: Safe eats - fruits, veggies & juices. Available at https://www.fda.gov/Food/ResourcesForYou/HealthEducators/ucm082417.htm. Accessed on 28 August 2018.
24) Ministry of Social and Family Development, Singapore. Debunking 5 common pregnancy food myths. Available at https://www.babybonus.msf.gov.sg/parentingresources/web/Pregnancy/Nutrition/HealthyEating/Pregnancy_Food_Myths?_afrLoop=7487225628016816&_afrWindow Mode=0&_afrWindowId=null#%40%3F_afrWindowId%3Dnull%26_afrLoop%
3D7487225628016816%26_afrWindowMode%3D0%26_adf.ctrl-state%3Dx84gzcybr_4. Accessed on 28 August 2018.
25) Health Xchange.sg. 17 pregnancy food myths busted. Available at https://www.healthxchange.sg/women/pregnancy/pregnancy-food-myths-busted. Accessed on 28 August 2018.
26) Barsh GS. What controls variation in human skin color? PLoS Biology. 2003;1(1):e27.
27) New Zealand Food Safety. Food safety in pregnancy. Available at http://www.mpi.govt.nz/dmsdocument/3675/loggedIn. Accessed on 17 July 2018.
28) Singapore Health Services. Pregnancy diet: Singapore hawker food (breakfast). Available at https://www.healthxchange.sg/women/pregnancy/pregnancy-diet-singapore-hawker-food-breakfast. Accessed on 17 July 2018.
29) Better Health Channel. Food safety when eating out. Available at https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/food-safety-when-eating-out?viewAsPdf=true. Accessed on 13 August 2018.
30) Being the Parent.com. Eating out during pregnancy. Available at https://www.beingtheparent.com/eating-out-during-pregnancy/. Accessed on 13 August 2018.
31) BabyCenter. Is it safe to eat ice kacang during pregnancy? Available at https://www.babycenter.com.my/x1044931/is-it-safe-to-eat-ice-kacang-during-pregnancy#ixzz5O34f4WIR. Accessed on 13 August 2018.
32) BabyCenter. Is it true that spicy food can trigger labor? Available at https://www.babycenter.com/404_is-it-true-that-spicy-food-can-trigger-labor_10329121.bc. Accessed on 13 August 2018.
33) Firstcry Parenting. Consuming spicy food during pregnancy. Available at http://parenting.firstcry.com/articles/a-guide-to-eating-spicy-food-during-pregnancy/. Accessed on 13 August 2018.
34) Leeman L, Almond D. Isolated oligohydramnios at term: is induction indicated? J Fam Pract. 2005;54(1):25-32.
35) Borges VT, Rososchansky J, Abbade JF, Dias A, Peraçoli JC, Rudge MV. Effect of maternal hydration on the increase of amniotic fluid index. Braz J Med Biol Res. 2011;44(3):263-6.
36) Hofmeyr GJ, Gülmezoglu AM. Maternal hydration for increasing amniotic fluid volume in oligohydramnios and normal amniotic fluid volume. Cochrane Database Syst Rev. 2002;(1):CD000134.

MYS-01/08P28/18238

Join Enfamama A+ Club