We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Menangani Kekurangan Tidur


Tinjau Topik:

* Rehat apabila anak anda tidur

* Tetapkan rutin waktu tidur

* Kongsi tugas

* Terima pertolongan

* Senaman ringan

* Tidurkan anak anda di katilnya

 


Menangani Masalah Kurang Tidur


Adalah tidak tepat kalau dikatakan pasangan yang baru bergelar ibu bapa akan merasa letih dan kurang tidur kerana perlu menjaga anak. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dijangkakan atau boleh dibuat persediaan kerana tiada siapa tahu tabiat dan kerenah anak anda. Masalah kurang tidur atau gangguan tidur ini boleh menjejaskan ibu bapa dengan cara yang berlainan, namun isu ini perlu ditangani. Situasi boleh diperbaiki dengan sedikit perancangan dan bantuan.

Kembali ke Atas

 


Berehat bila anak anda tiduri


Anda perlu menerima dan mengguna pakai nasihat ini dengan secepat mungkin. Sungguhpun masa untuk tidur mungkin berbeza dari 5-10 jam bergantung pada individu, orang dewasa umumnya memerlukan kira-kira 7-8 jam tidur untuk merasa cukup rehat.i Bukan selalu anda boleh tidur bila si manja anak anda tidur tetapi anda boleh cuba rehat atau melakukan senaman santai yang anda mungkin belajar semasa mengandung. Tidur sekejap boleh merehatkan dan menyegarkan badan dan fikiran. Senyapkan telefon bimbit anda, periksa dan jawab mesej penting dan sangat perlu sahaja. Elakkan penggunaan internet untuk membuat penyelidikan atau meninjau laman media sosial kerana ini biasanya mengambil lebih banyak masa daripada yang diinginkan.

Kembali ke Atas

 


Tetapkan rutin waktu tidurii


Sebaik-baiknya tetapkan jadual tidur harian dan rutin waktu tidur yang konsisten. Kekalkan persekitaran bilik tidur yang sama setiap malam dan sepanjang malam – anak anda akan dapat tidur dengan baik dalam bilik yang sejuk, senyap dan gelap. Ini akan membolehkan anda dan pasangan anda berehat pada sebelah petang dan masuk tidur lebih awal pada waktu malam.

Kembali ke Atas

 


Kongsi tugas


Rancangkan dengan pasangan anda supaya salah seorang daripada anda boleh masuk tidur lebih awal sedikit manakala seorang lagi menjaga anak anda. Sesiapa yang tidur lebih awal boleh bangun lebih awal pada waktu subuh. Dengan cara ini, setiap seorang daripada anda akan dapat tidur dengan rehat dan bergilir-gilir menjaga anak anda bagi mengelakkan kepenatan.

Kembali ke Atas

 


Terima pertolongan


Minta dan terima pertolongan dari rakan dan saudara-mara. Dengan bantuan orang lain untuk menjaga anak anda selama beberapa jam semasa anda tidur sebentar akan membolehkan anda merasa lebih segar. Ingatlah – menerima pertolongan bukan bermakna anda kurang kemahiran untuk menjadi ibu atau kurang keupayaan untuk menguruskan keadaan.

Kembali ke Atas

 


Senaman ringaniii


Senaman diketahui dapat membantu anda tidur dengan baik dan berjalan bersama anak anda baik untuk anda berdua. Senaman membolehkan anda berdua menghirup udara segar, bersantai di luar rumah dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

Kembali ke Atas

 


Tidurkan anak anda di katilnyaiv


Tidurkan anak anda seorang diri di atas katilnya. Ini bukan sahaja lebih selamat untuk anak anda, tetapi juga membolehkan anda tidur dengan lebih baik. Dengan sikap realistik, bantuan dan sokongan yang diperlukan, anda akan menghargai rehat yang anda perolehi daripada beberapa jam tidur tanpa gangguan.

Kembali ke Atas

 

 


Rujukan:

  1. https://raisingchildren.net.au/guides/first-1000-days/looking-after-you…
  2. https://www.sleepfoundation.org/articles/children-and-sleep
  3. https://www.acog.org/patients/faqs/exercise-after-pregnancy?ismobileset…
  4. https://www.handinhandparenting.org/article/moving-your-child-to-his-ow…
Join Enfamama A+ Club