We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Protein Membantu Pertumbuhan Badan Bayi Dalam Kandungan Anda

Protein diperlukan untuk membina badan dan organ bayi dalam kandungan anda dan juga tisu ibu untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Protein juga membantu dalam pelbagai cara sepanjang tempoh kehamilan anda.

Apabila kehamilan anda semakin ketara dan saiz bayi dalam kandungan anda semakin membesar, bayi dalam kandungan anda memerlukan bantuan daripada anda untuk menyokong pertumbuhannya. Anda boleh membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan anda dengan mengambil protein yang secukupnya di dalam diet anda.

Protein memainkan peranan yang penting dalam seluruh perkembangan badan dan organ dalaman bayi dalam kandungan anda, termasuklah otot, saraf dan otaknyai.

Dan yang paling penting, pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu mengelakkan kematian bayi semasa dilahirkan ataupun kelahiran pra-matangii.

nutrition protein

 

Berapakah jumlah protein yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda?

Keperluan protein anda pada trimester pertama kekal sama, iaitu sebanyak 60 g protein sehariiii. Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, keperluan protein anda juga meningkat. Anda memerlukan protein tambahan sebanyak 10 g apabila berada dalam trimester kedua dan sebanyak 30 g apabila anda berada dalam trimester ketigaiii.

Sebagai contoh, sebiji telur dan segelas susu (200 ml) mengandungi 6 g protein manakala 100 g ikan atau daging mengandungi sebanyak 20-30 g proteiniii.

 

Dari mana anda boleh dapatkan sumber protein?

  • Daging (seperti daging ayam, daging lembu dan daging khinzir)

  • Produk tenusu (seperti susu, keju dan yogurt)

  • Ikan (seperti ikan kod, salmon dan talapia)

  • Produk berasaskan soya (seperti tauhu dan tempeh)

  • Kacang dan lepa (seperti kacang pistachio dan mentega kacang)

 

 


Rujukan:

  1. Proteins are the Body's Worker Molecules. (n.d.). Retrieved April 10, 2017, from https://publications.nigms.nih.gov/structlife/chapter1.html
  2. Balanced energy and protein supplementation during pregnancy. (n.d.). Retrieved April 10, 2017, from http://www.who.int/elena/titles/energy_protein_pregnancy/en/
  3. Joint FAO/WHO/UNU Expert Consultation on Protein and Amino Acid Requirements in Human Nutrition, (2002). Geneva, Switzerland. WHO Technical Report Series 935, pp. 243-244). Retrieved 2 June 2017 from, http://apps.who.int/iris/bitstream/10665/43411/1/WHO_TRS_935_eng.pdf
Join Enfamama A+ Club