Ini Yang Akan Berlaku Pada Bulan Ketiga Kehamilan Anda, Ibu-Ibu Kena Baca Sekarang!
Memasuki usia kandungan 3 bulan pasti membuatkan bakal ibu rasa teruja. Persoalan seperti, bagaimana dengan perkembangan bayi dalam kandungan sudah pasti berlegar-legar di fikiran ibu.
Ketika ibu hamil 3 bulan, bayi dalam kandungan akan mula membina deria rasanya. Jadi, ini adalah masa terbaik untuk memupuk tabiat pemakanan yang betul untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Bayi sedang belajar deria rasanya ketika kandungan 3 bulan
Bayi dalam kandungan mula membina deria dan persepsi rasanya pada waktu ini sehingga minggu ke-14 usia kehamilan anda.
Ini bermakna, selera pemakanannya pada masa hadapan akan banyak dipengaruhi oleh apa yang anda makan ketika hamil.
Oleh sebab selera pemakanannya bermula sejak dalam rahim lagi, adalah penting untuk ibu memperkenalkan rasa makanan yang berkhasiat kepada bayi dalam kandungan.
Makanan yang kaya dengan kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Ini termasuklah susu yang diperkaya, biji bijian, kacang badam, sayur sawi, udang kering, dan ikan seperti sardin yang boleh dimakan tulangnya1.
Anda juga disarankan untuk mengambil multivitamin pranatal bagi mendapatkan nutrien penting dalam jumlah yang disarankan2.
Cuba elakkan makanan yang berlemak ketika kandungan 3 bulan dan mula fikirkan alternatif untuk menggantikan minuman seperti kopi dan teh hijau.
Namun ini tidak bermakna anda perlu menghentikan pengambilan minuman kegemaran anda.
Anda hanya disarankan untuk mengurangkan pengambilan kafein kepada tidak lebih 200mg sehari bagi mengurangkan risiko kepada kesihatan janin3.
Bagaimana bayi dalam kandungan makan?
Bayi dalam kandungan 3 bulan mendapatkan makanan daripada anda melalui tali pusatnya.
Tali pusat ini bersambung pada bukaan yang ada pada janin dengan uri di dalam rahim anda.
Tali pusat ini mempunyai dua salur arteri dan satu salur vena, yang akan berfungsi sepenuhnya sekitar minggu ke-11 hingga minggu ke-14 usia kehamilan.
Salur vena ini penting untuk menyalurkan makanan dan juga darah beroksigen kepada janin.
Jantungnya akan mengepam darah terdeoksigen dan bahan buangan keluar melalui salur arteri yang ada pada tali pusatnya.
Ini bermakna, diet anda bukan sahaja akan mempengaruhi jenis makanan yang akan dipilih oleh bayi kelak, tetapi juga apa yang anda makan semasa hamil 3 bulan memberikan impak yang tinggi kepada pertumbuhan dan perkembangannya.
Ambil DHA, iaitu asid lemak omega-3 yang membantu dalam perkembangan otak dan matanya4.
Kekalkan pemilihan makanan yang seimbang dan bernutrisi supaya janin juga akan memperoleh pemakanan yang seimbang.
Tambahan pula, bayi dalam kandungan sememangnya bergantung kepada anda untuk semua keperluannya!
Tahukah anda!
Walaupun usianya masih muda, bayi dalam kandungan anda boleh tersedu walaupun ibu tidak dapat merasakannya. Peti suara janin akan mula berkembang pada minggu ke-13.
Apakah perkembangan lain yang dialami bayi dalam kandungan 3 bulan?
Pada peringkat ini, berat janin anda mencecah satu auns (28 gram) dan berukuran 3 inci (7.6 sentimeter). Organ dalamannya juga kini sudah berfungsi.
Menjelang akhir bulan ini, bayi dalam kandungan 3 bulan akan mempunyai telinga yang kecil, mata, kelopak mata, kening dan juga rambut.
Kuku, alat kemaluannya dan juga gigi akan mula tumbuh dan berkembang.
Ibu juga sudah boleh mengetahui jantina bayi dalam kandungan melalui imbasan ultrasound.
Namun anda akan ditanya terlebih dahulu sama ada anda ingin mengetahui jantina janin sekarang atau anda lebih sukakan kejutan selepas bersalin nanti.
Ibu juga sudah boleh melihat dan mendengar degupan jantungnya yang kecil itu melalui imbasan ultrasound.
Bulan seterusnya, apabila trimester kedua bermula, janin anda akan mula membina derianya yang lain dan akan dapat melihat buat pertama kali5.
Untuk mempelajari bagaimana deria penglihatannya berkembang, teruskan pembacaan anda dalam Peringkat Kehamilan: Bulan Ke-4.
Anda terlepas detik penting yang berlaku pada bulan lepas? Anda boleh mengetahui sejauh mana perkembangan ibu dan bayi dalam kandungan dalam Peringkat Kehamilan: Bulan Ke-2.
Diet anda ketika hamil 3 bulan bakal mempengaruhi jenis makanan yang menjadi pilihan bayi pada masa hadapan.
Pelajari bagaimana untuk membuat hidangan yang mudah, cepat dan lazat serta tetap mengandungi nutrien penting seperti DHA, vitamin dan garam mineral lain.
Tempoh kehamilan terutamanya semasa kandungan 3 bulan, adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan selain menjadi satu permulaan yang baharu untuk anda.
Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan selain mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi?
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
Muat Turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu memaksimumkan tempoh kehamilan anda.
Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi!
-
Pun, K.K., Chan, L.W.L., Chung, V. et al. Calcium content of common food items in Chinese diet. Calcif Tissue Int 48, 153–156 (1991). https://doi.org/10.1007/BF02570548. Diakses pada Jun 12, 2023.
-
Nutrition During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/nutrition-during-pregnancy. Diakses pada Jun 12, 2023.
-
Caffeine During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/caffeine-intake-during-pregnancy/. Diakses pada Jun 12, 2023.
-
Innis S. M. (2007). Dietary (n-3) fatty acids and brain development. The Journal of nutrition, 137(4), 855–859. https://doi.org/10.1093/jn/137.4.855. Diakses pada Jun 12, 2023.
-
Fetal development: The 2nd trimester. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/fetal-development/art-20046151#:~:text=Eighteen%20weeks%20into%20your%20pregnancy,digestive%20system%20has%20started%20working. Diakses pada Jun 12, 2023.