We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

9 Mainan Ini Dapat Bantu Rangsang Perkembangan Holistik Si Manja

Sering kali kita menganggap mainan kanak-kanak adalah sekadar barang untuk menghiburkan mereka. Hakikatnya ia memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik si manja.

Teruskan membaca perkongsian artikel ini bagi mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan holistik dan cara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk membantu anak mencapainya.

 

Apa itu perkembangan holistik?

Perkembangan holistik adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan kepentingan kesejahteraan fizikal, emosi dan psikologi kanak-kanak, khususnya pada peringkat awal tumbesaran1

Ia berkaitan membentuk dan memupuk kemahiran anak agar dapat menghadapi cabaran, mengambil risiko dan untuk pembangunan sosial mereka2.

Mainan kanak-kanak seperti membina istana pasir, melompat dalam lopak mahupun mencari serangga bukanlah sekadar bermain. Ia adalah cara untuk mereka belajar meneroka dan mengenal diri mereka.

 

Komponen penting dalam perkembangan holistik

Berikut adalah komponen perkembangan holistik kanak-kanak pada tahun-tahun awal tumbesaran1,2 : 

Perkembangan sosial

Menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri atau berkawan dengan individu lain, membangunkan kemahiran sosial, empati dan bekerjasama1

Ini membantu minda mereka untuk mewujudkan hubungan positif dalam keluarga, rakan sebaya dan komuniti.  

Perkembangan emosi

Kecerdasan emosi dikira melalui keupayaan untuk memahami, mengurus dan mengawal emosi. Ia adalah kemampuan untuk memahami perasaan individu lain dan bijak dalam memberikan tindak balas seterusnya2

Perkembangan bahasa

Kemahiran bahasa sangat penting untuk kanak-kanak membangunkan mekanisme komunikasi.

Anda boleh membantu mereka mengembangkan kemahiran bahasa ini melalui muzik, bercerita, membaca dan memberi respons kepada isyarat sosial anak2.

Perkembangan fizikal

Memupuk kemahiran fizikal dan motor adalah sangat penting untuk perkembangan holistik anak.

Galakkan anak anda untuk bergerak dan bermain, memanjat, melompat, berenang dan berayun agar dapat membantu membina kekuatan fizikal mereka.

Untuk merangsang kemahiran motor halus pula, anda boleh bertepuk tangan dengan si kecil, bermain permainan blok, menyelesaikan susun suai gambar dan mengajar mereka memegang objek kecil dengan penyepit2.

Perkembangan spiritual & moral

Kategori terakhir ini melibatkan anak untuk membangunkan kod moral mereka sendiri, menilai antara betul dan salah. Ia juga berkaitan dengan kerohanian dan menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian.

Mempraktikkan kelima-lima komponen di atas bukan sahaja penting dalam proses perkembangan anak, tetapi dalam masa sama dapat membantu mengeratkan hubungan dengan ibu bapa.


Pilihan mainan kanak kanak perempuan & lelaki 

Sebenarnya terdapat banyak barang permainan yang boleh membantu dalam perkembangan holistik anak. 

Berikut beberapa pilihan barang permainan yang boleh dijadikan panduan dalam membantu perkembangan emosi (EQ) dan kecerdasan minda (IQ) mereka:

Playdough

Playdough atau mainan doh adalah aktiviti menenangkan yang dapat meningkatkan fokus dan bagus untuk menguatkan otot jari serta mengembangkan kreativiti4. Selain mainan doh, anda boleh berikan si manja untuk bermain dengan pasir kinetik dan slime. 

Melukis 

Melukis adalah aktiviti motor halus terbaik dan juga merupakan aktiviti pra-menulis. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kreativiti dan fokus si manja4.

Mainan muzik

Selain dapat mewujudkan rasa penghargaan terhadap muzik, permainan seperti kerusi muzik (musical chairs) turut membangun dan meningkatkan deria pendengaran dan tumpuan kanak-kanak4.

Blok & lego antara mainan kanak kanak perempuan & lelaki terbaik

Barang permainan ini melibatkan kemahiran kognitif dan motor halus. Permainan pembinaan ini juga sangat bagus untuk meningkatkan daya tumpuan, merancang dan membina kemahiran kejuruteraan awal dalam diri si manjal5.

Stesen sensori

Stesen deria adalah cara berkesan untuk membangunkan deria kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran motor halus4.

Anda boleh menghasilkannya dengan menggunakan bahan di rumah seperti pasta, guli, butang dan sebagainya.

Susun suai gambar boleh dijadikan pilihan mainan kanak kanak

Permainan yang berdasarkan penyelesaian susun suai gambar (jigsaw puzzle) ini bukan sahaja menarik dan menyeronokkan, tetapi juga mencabar minda. Ia dapat merangsang perkembangan motor dan kemahiran menyelesaikan masalah kanak-kanak5.

Susun bentuk dan warna

Merupakan mainan yang dapat membantu mengajar si manja tentang warna dan bentuk. Dalam masa sama, ia juga boleh meningkatkan keupayaan visual kanak-kanak dan membantu mengembangkan koordinasi tangan-mata5.

Papan tulis magnetik boleh dijadikan pilihan mainan kanak kanak perempuan & lelaki 

Papan tulis magnetik adalah gabungan pendidikan dan bantuan menulis yang sangat baik5. Si manja akan tertarik untuk bermain dengan semua huruf magnet, di mana mereka boleh meningkatkan kemahiran perbendaharaan dengan belajar abjad, nama haiwan, bunga dan pelbagai perkara lain.

Mainan role-play

Walaupun sering dianggap sebagai mainan kanak kanak perempuan, namun hakikatnya permainan peranan turut sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.

Terdapat pelbagai pilihan set mainan seperti set dapur, set doktor atau set pertukangan yang boleh membantu merangsang perkembangan emosi kanak-kanak, mengembangkan kemahiran bahasa, mempelajari konsep baharu dan berlatih menangani dilema moral4,5.  

 

Nutrisi penting untuk menyokong perkembangan holistik

Selain merangsang si manja dengan permainan yang bersesuaian, memastikan anak mengambil makanan dan minuman bernutrisi seperti susu formula kanak-kanak diperkaya MFGM dan DHA juga penting dalam menyokong perkembangan holistik.

Berita baiknya, terdapat susu formula di pasaran yang mengandungi MFGM bagi menyokong perkembangan EQ kanak-kanak dan tahap DHA mengikut saranan pakar untuk kecerdasan minda (IQ) mereka.

Milk fat globule membrane (MFGM) dapat menyokong perkembangan kognitif anak. Ini melibatkan kecerdasan dan fungsi eksekutif seperti kemampuan beradaptasi dan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak6.

Docosahexaenoic Acid (DHA) yang terdapat dalam susu merupakan komponen struktur otak penting untuk tumbesaran dan perkembangan imuniti kanak-kanak7 .

Memastikan anak mendapat DHA mengikut saranan pakar penting kerana menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak8 .

Dengan mengamalkan kelima-lima komponen di atas melalui pilihan mainan kanak kanak yang sesuai, bersama pengambilan segelas susu rumusan kanak-kanak diperkaya dengan MFGM dan DHA, pastinya akan dapat merangsang perkembangan holistik si manja dengan lebih baik.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai

 


Rujukan:

  1. Supporting the Holistic Development of Children. https://www.foundationeducation.edu.au/articles/supporting-the-holistic-development-of-children. Accessed on June 30, 2023.
  2. Holistic Brain Development Of A Child. https://tickleright.com/holistic-brain-development/. Accessed on June 30, 2023.
  3. What are the 5 Aspects of Holistic Development in Childhood? https://empoweredparents.co/what-are-the-5-aspects-of-holistic-development/#. Accessed on June 30, 2023.
  4. 33 Holistic Development Examples & Activities for 3-5 Year Olds. https://empoweredparents.co/holistic-development-examples/. Accessed on June 30, 2023.
  5. 10 Toys To Help With A Child’s Development. https://littlelaureates.com/10-toys-to-help-with-a-childs-development/. Accessed on June 30, 2023.
  6. Colombo J et al. Accessed on June 30, 2023.
  7. González FE, Báez RV. IN TIME: IMPORTANCE OF OMEGA 3 IN CHILDREN'S NUTRITION. Rev Paul Pediatr. 2017 Jan-Mar;35(1):3-4. doi: 10.1590/1984-0462/;2017;35;1;00018. PMID: 28977310; PMCID: PMC5417803. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5417803/. Accessed on June 30, 2023.
  8. Omega-3 Laut Dalam. http://www.myhealth.gov.my/omega-3-laut-dalam/. Accessed on June 30, 2023.
Join Enfamama A+ Club