
Anda pastinya mahukan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil?
Ada makanan yang boleh menjejaskan kesihatan ibu atau bayi dalam kandungan yang mungkin tidak anda sedari. Jadi, amat penting untuk mengetahui makanan selamat untuk dimakan dan yang perlu dielakkan semasa mengandung.
Makanan yang dilarang untuk ibu hamil
Kebanyakan makanan selamat untuk dimakan semasa mengandung. Namun terdapat jenis dan kumpulan makanan tertentu yang perlu dielakkan semasa kehamilan bagi mencegah sebarang bahaya kepada ibu atau bayi dalam kandungan.
Terdapat juga langkah berjaga-jaga tertentu yang perlu diambil semasa penyediaan makanan bagi memastikan ia selamat dimakan oleh ibu mengandung.
Sesetengah jenis makanan laut
Makanan laut boleh menjadi sumber protein yang hebat. Malah kandungan asid lemak omega-3 dalam kebanyakan ikan seperti salmon dan makarel boleh menggalakkan perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan anda.
Namun sesetengah ikan dan kerang mengandungi paras merkuri yang berpotensi berbahaya. Lebih besar dan tua ikan, semakin banyak merkuri yang mungkin terkandung di dalamnya seperti ikan yu, ikan todak dan ikan merah.
Terlalu banyak merkuri boleh membahayakan ibu dan sistem saraf bayi dalam kandungan yang sedang berkembang, 1 menyebabkan ia menjadi antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan dan bulan-bulan kehamilan seterusnya.
Semua jenis kerang termasuk skalop, kupang dan udang kara, perlulah dimasak dengan sempurna sebelum dimakan oleh ibu hamil. Ini kerana kerang yang mentah mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan 2.
Daging, ayam dan telur kurang masak, antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil
Semasa mengandung, risiko untuk mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria adalah tinggi.
Untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan, lakukan perkara berikut 3:
- Pastikan semua daging dan ayam masak sepenuhnya sebelum dimakan 4. Jika perlu, anda boleh menggunakan termometer daging untuk memastikan ia telah masak sepenuhnya.
- Sosej perlulah dimasak sehingga mengeluarkan wap panas - atau elakkan makan sosej. Walaupun jarang berlaku, namun ia boleh menjadi sumber penyakit bawaan makanan berpotensi serius yang dikenali sebagai jangkitan listeria
- Telur mentah atau separuh mentah boleh tercemar dengan bakteria berbahaya, jadi pastikan ia dimasak sehingga kuning dan putih telur menjadi pejal. Elakkan juga makanan yang diperbuat daripada telur mentah atau separuh mentah
Susu, keju dan jus buah tidak dipasteur
Susu mentah, keju tidak dipasteur boleh mengandungi pelbagai bakteria berbahaya seperti Listeria, Salmonella, E.coli dan Campylobacter 4.
Begitu juga dengan jus yang tidak dipasteur 4 kerana ia boleh terdedah kepada pencemaran bakteria.
Semua jangkitan bakteria ini boleh membawa kesan berbahaya yang mengancam nyawa bayi dalam kandungan anda.
Pempasteuran adalah cara paling berkesan untuk membunuh sebarang bakteria berbahaya. Proses ini memastikan makanan selamat untuk dimakan tanpa menjejaskan nutrien yang terdapat di dalamnya 5.
Jadi bagi meminimumkan risiko jangkitan, ibu hamil perlu mengambil makanan atau minuman berasaskan susu, keju dan jus buah yang telah dipasteur.
Kafein berlebihan, antara makanan yang perlu dihadkan untuk ibu hamil
Walaupun kafein boleh melalui plasenta, namun kesannya kepada janin masih kurang jelas.
Pun begitu, untuk keselamatan, ibu mengandung disarankan menghindari atau mengehadkan jumlah kafein dalam diet kepada kurang daripada 200 miligram (mg) sehari sepanjang tempoh kehamilan 6.
Elakkan alkohol
Tiada had pengambilan alkohol yang terbukti selamat semasa kehamilan. Maka, jalan terbaik adalah untuk menghindari pengambilan alkohol sepenuhnya.
Fikirkan mengenai risikonya. Ia boleh membawa kepada risiko keguguran yang lebih tinggi, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan 7.
Alkohol menjadi antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan dan pada bulan-bulan tempoh kehamilan seterusnya kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran dan ketidakupayaan intelek pada bayi dalam kandungan.
Pengambilan makanan bernutrisi semasa kehamilan
Kini anda sudah mengetahui jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil. Namun dalam masa sama, anda tetap perlu menjaga aspek pemakanan harian.
Ini kerana pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting bagi setiap individu terutamanya semasa kehamilan 8.
Pengambilan makanan daripada kumpulan makanan yang berbeza dapat memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien dan mineral yang diperlukan untuk berkembang dan membesar dengan baik 9.
Buah dan sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah sumber vitamin dan mineral yang baik serta mengandungi serat.
Vitamin C terkandung dalam buah sitrus seperti oren dan limau gedang serta sayuran seperti bayam yang mengandungi kalium dan vitamin A, penting dalam diet seimbang dan sihat 9.
Makanan berkanji (karbohidrat)
Kumpulan makanan ini perlu membentuk kira-kira satu pertiga daripada diet wanita semasa kehamilan. Ia membekalkan tenaga, mineral, vitamin dan serat tertentu 10.
Contoh makanan berkanji yang boleh dijadikan pilihan seperti roti, ubi keledek, pasta, nasi, bijirin, mi, oat dan legum tertentu seperti lentil atau kacang. Ia membantu mengenyangkan perut tanpa mengandungi terlalu banyak kalori.
Protein
Kehamilan adalah tempoh pertumbuhan dan perkembangan yang pesat. Maka, penting untuk mendapatkan jumlah protein yang optimum 8.
Protein terkandung dalam makanan seperti daging, telur, ikan, ayam, soya, kekacang dan legum. Makanlah daging tanpa lemak, isi ayam tanpa kulit dan telur yang dimasak sepenuhnya.
Lemak
Pengambilan kuantiti lemak mencukupi semasa mengandung adalah penting untuk perkembangan janin yang sihat 8.
Antara sumber lemak sihat yang disyorkan seperti 11:
- Kacang
- Mentega
- Minyak zaitun
- Avokado
Produk tenusu
Ibu hamil perlu mengambil produk tenusu kerana ia mengandungi protein dan kalsium tambahan untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan yang sedang membesar.
Produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt adalah sumber kalsium terbaik. Ia turut membekalkan fosforus, vitamin B dan D serta magnesium 11. Namun paling penting, pastikan produk tenusu yang diambil telah dipasteur.
Segalanya akan menjadi lebih mudah kerana di pasaran kini terdapat susu untuk ibu mengandung yang dapat memenuhi semua keperluan nutrien penting seperti DHA, kolina, asid folik, kalsium, protein dan inulin.
Sebaiknya, anda disarankan memilih susu dengan DHA dan kolina yang tinggi bagi memberikan diri manfaat yang diperlukan.
DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan. Ia juga merupakan asid lemak pilihan untuk menjana otak ibu hamil dan penting bagi fungsi otak yang normal selain dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang 13.
Kolina pula adalah nutrien yang menyokong fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Ia penting dalam sistem saraf dan untuk perkembangan fungsi otak yang normal 14, 15.
Kendalikan makanan dengan selamat
Selain mengetahui jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan dan sepanjang kehamilan, penting juga untuk bakal ibu tahu tentang langkah penyediaan makanan.
Amalkan langkah-langkah berikut 3:
- Basuh semua buah-buahan dan sayuran dengan bersih sebelum makan
- Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas makan atau semasa penyediaan makanan
- Mencuci semua permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan sabun dan air
- Menyimpan makanan sejuk di dalam peti sejuk
- Tidak menyimpan makanan dalam suhu bilik, tetapi dalam peti sejuk setelah makanan disejukkan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai makanan yang dilarang untuk ibu hamil dan keperluan diet sepanjang kehamilan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
Rujukan:
- Just how dangerous is mercury, anyway? Retrieved May 23, 2023 from: https://www.dw.com/en/just-how-dangerous-is-mercury-anyway/a-16522491.
- What You Need to Know about Foodborne Illnesses. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.fda.gov/food/consumers/what-you-need-know-about-foodborne-illnesses.
- Preventing foodborne illness. Retrieved May 23, 2023 from: https://apic.org/monthly_alerts/preventing-foodborne-illness/.
- Causes and Symptoms of Foodborne Illness. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.health.state.mn.us/diseases/foodborne/basics.html#.
- Pasteurization. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-sciences/pasteurization.
- Moderate Amounts of Caffeine Not Linked to Maternal Health Risks. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.pennmedicine.org/news/news-releases/2021/november/moderate-amounts-of-caffeine-not-linked-to-maternal-health-risks.
- What Are the Effects of Alcohol on the Body? Retrieved May 23, 2023 from: https://www.healthline.com/health/alcohol/effects-on-body.
- Healthy Nutrition Guidelines for Life. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.babymed.com/food-and-nutrition/healthy-nutrition-guidelines-life.
- Nutrition During Pregnancy. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/nutrition-during-pregnancy.
- Starchy foods. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.nidirect.gov.uk/articles/starchy-foods#.
- Types of Fat. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/fats-and-cholesterol/types-of-fat/.
- 7 Healthy Benefits of Dairy Foods. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.ingredia-usa.com/7-healthy-benefits-of-dairy-foods/.
- Science Update: High-dose DHA influences immune responses during pregnancy, may reduce risk of preterm birth. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.nichd.nih.gov/newsroom/news/012122-DHA.
- Choline during pregnancy impacts children’s sustained attention. Retrieved May 23, 2023 from: https://news.cornell.edu/stories/2022/01/choline-during-pregnancy-impacts-childrens-sustained-attention.
- Choline - Uses, Side Effects, And More. Retrieved May 23, 2023 from: https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-436/choline.