We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Perkembangan bayi anda pada minggu ke-26

Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-26 usia kehamilan anda

Bayi dalam kandungan anda sudah boleh membuka matanya dan belajar berkelip. Bantu perkembangan visualnya dengan meneruskan pemakanan yang kaya dengan DHA.

 

Apa yang berlaku pada Minggu 26 kehamilan saya?

Bayi dalam kandungan anda kini boleh membuka matanya yang indah itu dan mengerdipkan matanya, sementara retinanya terus berkembang. Bayi dalam kandungan anda sekarang mungkin sudah boleh bertindak balas terhadap cahaya dari luar rahim! Pada masa yang sama, alveolus, karung-karung kecil udara sedang membentuk dan berkembang di dalam paru-paru bayi dalam kandungan anda, dan karung udara inilah yang akan membantunya untuk bernafas menghirup udara luar buat pertama kalinya.

Sementara itu, pertumbuhan otak bayi dalam kandungan anda telah membolehkannya untuk mengenal pasti rangsangan daripada luar, seperti rentak bunyi suara anda.

Tulang belakangnya kini semakin kuat dan lebih mudah lentur bagi menyokong pertumbuhan badan bayi dalam kandungan anda. Bayi dalam kandungan anda bukan kecil lagi, beratnya kini sudah mencecah dua paun (0.91 kg) dan berukuran kira-kira 9.25 inci (bersamaan dengan 23 sentimeter) panjang.

Walaupun beratnya kini bertambah, tetapi badannya masih lagi kelihatan kurus, tetapi tidak lama lagi lapisan lemak akan terbentuk di bawah lapisan kulit.

 

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-26 kehamilan?

Kuku anda memanjang dengan cepat, atau menjadi lembut dan rapuh - perubahan yang biasa dan sementara ketika hamil. Sapukan krim pelembap pada tangan dan pada kulit di sekitar kuku anda dengan kerap untuk merawat keadaan ini. Lakukan ini pada waktu malam sebelum anda masuk tidur.

Saiz bayi dalam kandungan anda semakin meningkat dengan cepat dan anda mungkin mula perasan pergerakannya semakin kerap, ini kerana dia semakin sensitif dengan rangsangan dari luar seperti cahaya dan bunyi.

 

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-26?

Teruskan diet yang kaya dengan DHA untuk menyokong perkembangan otak dan visual bayi dalam kandungan anda.

Bakal ibu, jika anda mengalami kekejangan kaki, cuba lakukan rutin regangan yang ringkas sebelum waktu tidur, yang boleh membantu mengurangkan sakit kekejangan ini. Ambil juga makanan yang kaya dengan Magnesium dan Kalsium yang boleh memberikan kelegaan kepada masalah kekejangan ketika hamil. Produk tenusu seperti susu ialah sumber yang kaya dengan kedua-dua nutrien ini.

Jangan lupa untuk melibatkan bayi dalam kandungan anda dalam rutin harian anda dengan sentiasa berbual dan membelainya walaupun dia masih lagi berada di dalam rahim anda (Ingat bayi dalam kandungan anda kini sudah boleh mengenal bunyi!). Ini lakan merangsang perkembangan emosi seiring dengan pertumbuhan otaknya, dan ini juga akan membantu ikatan di antara anda dan bayi dalam kandungan anda selepas bersalin.

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-27

 

 

Rujukan:

  1. You and your baby at 25-28 weeks pregnancy - Pregnancy and baby guide. (2017, February 28). Retrieved April 10, 2017, from http://www.nhs.uk/Conditions/pregnancy-andbaby/pages/pregnancy-weeks-25-...
  2. Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Preparing for Pregnancy. In Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
  3. Webster, I. (2015). Healthy Pregnancy from A to Z: An Expectant Parent's Guide to Wellness. Inspiring, p.80.
  4. World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy vexperience. Geneva: WHO Press. 2016.

 

Join Enfamama A+ Club