Skip to main content

Memupuk Perkembangan Otak Bayi dalam Kandungan Anda dengan DHA

Mengapa DHA sangat penting sepanjang tempoh kehamilan?

DHA sourcesDHA sources

Tahukah anda perkembangan otak fetus berlaku sejurus selepas proses persenyawaan berlaku? Dan anda dapat memupuk pertumbuhan otaknya dengan mengambil nutrien penting seperti DHA.

DHA adalah ringkasan untuk asid dokosaheksanoik, walaupun namanya berbunyi sangat saintifik, tetapi DHA ialah sejenis asid lemak omega-3. DHA membantu perkembangan otak dan deria penglihatan bayi dalam kandungan andai.

Pengambilan DHA semasa hamil penting kerana ini akan memupuk perkembangan otak bayi dalam kandungan anda, yang kemudiannya akan menjadi pusat kawalan kemahiran seperti IQ dan EQ. Otak yang berkembang sempurna akan membantu bayi dalam kandungan anda mencapai progres perkembangan yang penting pada masa depan, termasuklah kemahiran intelektual, motor, emosi dan komunikasiiv. Sebagai bahan binaan otak bayi dalam kandungan anda, pengumpulan DHA di bahagian otaknya akan berlaku dengan pesat sewaktu trimester terakhir sehinggalah tahun-tahun awal kehidupannyaii.

Berapa banyakkah DHA yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan anda?

Badan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA perlu diambil sehari untuk sepanjang tempoh kehamilan anda bagi menyokong kesihatan anda dan perkembangan bayi dalam kandungan andaiii.

Dari mana anda dan bayi dalam kandungan anda boleh mendapatkan sumber DHA?

  • Ikan berlemak – seperti ikan salmon dan sardin, mudah disediakan dan lazat. Makan dua hidangan ikan berlemak yang kaya dengan DHA setiap mingguiv agar anda dapat memastikan anda dan bayi dalam kandungan anda mendapat nutrien untuk otak ini dengan mencukupi. Tetapi, anda harus berhati-hati memilih ikan – pilih ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang rendahv.
  • Produk diperkaya dengan DHA – selalunya di dalam telur dan susu
  • Suplemen DHA (minyak ikan atau alga)

 

 

Rujukan:

iColetta JM, Bell SJ, Roman AS (2010) Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy, Rev Obstet Gynecol 2010 Fall; 3(4): 163-171

iiCarlson, Susan E., (2009). Docosahexaenoic acid supplementation in pregnancy and lactation. American Journal of Clinical Nutrition, 89(2): 678S–684S.

iiiImhoff-Kunsch, B. (2011, August). Marine oil supplementation in pregnancy and maternal and neonatal health outcomes. Retrieved April 10, 2017, from http://www.who.int/elena/titles/commentary/fish_oil_pregnancy/en/

ivGreenberg, J. A., Bell, S. J., & Ausdal, W. V. (2008). Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy. Retrieved April 25, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2621042/

vEating Fish: What Pregnant Women and Parents Should Know. Retrieved 2 June 2017 from, https://www.fda.gov/food/people-risk-foodborne-illness/ready-eat-foods-…

Recommended Articles

Suplemen untuk ibu hamil
wanita mengambil asid folik setiap hari
Tip-tip Pemakanan Trimester Pertama