Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.
About Us Banner

Pengasas Kami -

Edward Mead Johnson

Seorang ahli perniagaan berjaya dari New Jersey yang ingin mencipta produk untuk membantu orang menjalani kehidupan yang lebih sihat.

About Us Banner

Pengasas Kami -

Edward Mead Johnson

Seorang ahli perniagaan berjaya dari New Jersey yang ingin mencipta produk untuk membantu orang menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Warisan Mead Johnson

Mead Johnson & Company telah ditubuhkan pada tahun 1905 oleh Edward Mead Johnson, Sr., seorang ahli perniagaan yang berjaya dari New Jersey yang ingin mencipta produk yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup yang lebih sihat.

Pengalaman beliau sebagai salah seorang daripada adik-beradik pengasas syarikat yang menghasilkan pembalut pembedahan, Johnson & Johnson, menunjukkan E. Mead mempunyai kelayakan yang secukupnya untuk meneroka perniagaan yang baru ini.

Pada tahun 1895, ketika masih lagi bersama-sama dengan adik-beradiknya, E. Mead bertindak menubuhkan The American Ferment Company untuk menghasilkan produk yang membantu sistem penghadaman, disebabkan minatnya yang semakin mendalam dalam produk makanan berkhasiat. Dua tahun kemudian, dia berpisah dari adik-beradiknya untuk menumpukan sepenuh perhatiannya kepada syarikat ini dan menamakannya sebagai Mead Johnson & Company pada tahun 1905.

Kesemua ahli keluarga dan rakan-rakan menyebut E. Mead sebagai seorang lelaki yang berwawasan. Pada waktu orang lain hanya dapat melihat barisan fakta, beliau berupaya melihat lebih daripada itu, idea dan kemungkinan-kemungkinan yang ada – dan beliau membuat pelaburannya sendiri sebagai usaha menjadikannya realiti. Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai semangat yang kuat, walaupun pada waktu ekonomi jatuh merudum dan zaman kesukaran. Apabila Perang Dunia Pertama tercetus, dan menyekat bekalan bahan mentah utamanya, beliau telah memindahkan syarikatnya dari New Jersey ke Evansville, Indiana, yang terletak beratus jauhnya dari New Jersey. Terletak di tengah-tengah ladang jagung di Midwest, beliau membina semula perniagaannya – bahkan bermula dari bawah – bergelut dengan kepayahan selama beberapa tahun untuk mengatasi cabaran demi cabaran membina semula perniagaannya.

Kejayaan E.Mead dan kebolehannya memahami keperluan dan kehendak pelanggan bukan sahaja berasal daripada naluri seorang ahli perniagaan, tetapi pengalamannya sebagai seorang ayah. Pengalaman anak sulungnya, Ted, mengalami masalah pemakanan boleh mengancam nyawanya, memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan Dextri-Maltose®, sejenis produk karbohidrat khas, yang menjadi kejayaan pertama terbesar syarikatnya.

Laporan tahunan syarikat pada tahun 1934 mengenang E. Mead:

Perintis, Pemimpin, Sahabat: Anda akan terus hidup bersama kami dalam semangat dan membimbing usaha ikhlas kami untuk meneruskan kerja anda. Kami, para pengarah institusi yang anda asaskan dan bina dengan kukuh, berikrar dengan setia untuk menjunjung tinggi cita-cita mulia yang anda tanamkan dalam fikiran dan hati kami.

Selain daripada menjadi pelopor dalam bidang pemakanan yang berkhasiat, legasi E. Mead juga terserlah dalam kemurahan hatinya yang diberikan kepada komuniti angkatnya di Evansville. Salah satu contoh kemurahan hati E. Mead ialah apabila beliau membeli sebuah bangunan dan mendermakan bangunan tersebut kepada sebuah organisasi yang menjaga kanak-kanak yang tidak sihat. E. Mead juga telah melengkapkan fasiliti tersebut dan menderma produk pemakanan, dan segalanya dirahsiakan sehingga beliau meninggal dunia.

Kerana kemurahan hatinya itu dan pelbagai lagi sumbangannya kepada masyarakat, E. Mead telah dikurniakan Anugerah Tahunan Kelab Rotary pada tahun 1928 untuk kerja amal.

Sumbangannya kepada Evansville dan peranannya sebagai pelopor perniagaan yang berwawasan masih lagi diakui baru- baru ini, pada tahun 2007, oleh Evansville Business Journal. Setelah lebih dari 60 tahun pemergiannya,Edward Mead Johnson, Sr. dianugerahkan dengan penghormatan rasmi sebagai ikon perdagangan dan industri dalam jurnal Business Hall of Fame.

Kini sebagai peneraju utama dalam bidang pemakanan berkhasiat untuk abad yang kedua ini, Mead Johnson Nutrition komited pada nilai dan wawasan yang telah ditubuhkan sejak awal penubuhan Mead Johnson.

Legasi E. Mead terus bertahan.

Sertai Kelab Enfamama A+