Mead Johnson Nutrition: Seabad Keprihatinan
Mead Johnson & Company diasaskan oleh Edward Mead Johnson, Sr., pada tahun 1905 di bandar Jersey City, New Jersey. E. Mead telah menubuhkan perniagaannya sendiri setelah meninggalkan syarikat Johnson & Johnson, syarikat yang beliau asaskan bersama-sama adik-beradik lelakinya.
Mead Johnson & Company memperkenalkan produk pemakanan kanak-kanak mereka yang pertama pada tahun 1910, dan tahun berikutnya menyaksikan mereka mengeluarkan produk yang meletakkan mereka sebagai pelopor utama dalam pemakanan pediatrik. Produk mereka Dextri-Maltose®, sejenis pengubah-susu karbohidrat, menjadi produk yang pertama, yang disokong dengan bukti klinikal, disarankan oleh pengamal perubatan sebagai produk pemakanan bayi di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1915, syarikat Mead & Johnson telah berpindah ke bandar Evansville, Indiana bagi mendapatkan akses yang mudah kepada bahan mentah untuk menghasilkan Dextri-Maltose
Beberapa dekad kemudian, Mead Johnson mengukuhkan penguasaannya dalam pembuatan makanan sihat menggunakan sains, dan memperkenalkan pelbagai produk makanan bayi yang inovatif, dan pada masa yang sama mengembangkan perniagaan mereka dalam pembuatan vitamin, produk farmaseutikal, dan produk makanan khas untuk tujuan pemakanan secara enteral dan parenteral.
Melakar sejarah yang pertama di Amerika Syarikat, beberapa produk Mead Johnson telah membawa penambahbaikan yang signifikan dalam kualiti hidup rakyat Amerika pada waktu itu, sehinggakan produk ini menjadi ikon budaya pada waktu itu. Kerjasama yang terhasil di antara Mead Johnson dengan pihak hospital dan pakar penyelidik pemakanan ketika itu menjadi titik-tolak jalinan rakan kongsi Mead Johnson dengan komuniti sains yang berkekalan sehingga kini.