Ramai wanita mengalami sakit pedih ulu hati (refluks asid) dan masalah penghadaman semasa mengandung, yang lazimnya bertambah teruk apabila kandungan membesar. Malah, menjelang trimester ketiga, hampir tiga perempat wanita mengandung menderita sakit pedih ulu hati1.
Punca pedih ulu hati semasa hamil
Dua punca utama pedih ulu hati semasa mengandung adalah:
1. Perubahan hormon semasa hamil
Pertambahan hormon progesteron menyebabkan otot-otot mengendur. Ini termasuk sfinkter (otot gegelang) di pintu masuk ke perut . Bila sfinkter mengendur, asid perut dapat masuk balik ke dalam esofagus (saluran makanan) menyebabkan pedih ulu hati yang menyakitkan.2
2. Tekanan fizikal janin yang membesar ke atas saluran penghadaman
Diet yang sihat adalah sebahagian penting daripada gaya hidup sihat, lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung. Berhati-hati mengambil makanan semasa mengandung untuk mengurangkan risiko pedih ulu hati. Gejala pedih hulu hati dan masalah penghadaman adalah sama. Pedih ulu hati boleh membuat anda rasa sakit dan tidak selesa.
Beberapa petua berikut boleh membantu anda melegakan sakit pedih ulu hati dan masalah penghadaman semasa mengandung3
- Kawal berat badan anda
- Biarpun berbadan dua, anda tidak perlu “makan untuk dua orang” – makan sedikit tetapi lebih kerap sepanjang hari
- Ambil masa untuk makan – kunyah perlahan-lahan, untuk melumatkan makanan dan memudahkan penghadaman
- Elakkan makanan pedas, berasid dan berlemak yang akan memudaratkan dinding perut dan menyebabkan lebih banyak asid perut dikeluarkan
- Duduk tegak bila makan – sebaik-baiknya elakkan baring di atas sofa atau katil
- Longgarkan seluar atau tali pinggang yang terlalu ketat, pilih baju mengandung longgar dan selesa
- Jangan makan lewat atau terburu-buru – luangkan masa untuk makan
- Cuba jangan meneguk air terlalu banyak, sebaik-baiknya hirup perlahan-lahan
- Jika anda mudah mengalami gejala-gejala waktu malam, tinggikan sedikit kepala dengan bantal semasa tidur
- Kurangkan pengambilan alkohol, kafeina dan minuman bergas
Semasa mengandung, sudah tentu anda berhati-hati mengambil ubat. Bagaimanapun, anda tidak perlu menderita sakit pedih ulu hati atau masalah penghadaman. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat pedih ulu hati semasa mengandung.
Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik sini.