Skip to main content
Apa yang berlaku pada bulan ke-2 kehamilan saya?

Apa yang berlaku pada bulan ke-2 kehamilan saya?

Tahniah! Anda kini memasuki minggu ketujuh hingga minggu kesepuluh tempoh kehamilan anda. Pada bulan ini ada beberapa detik penting yang menakjubkan yang akan dicapai oleh bayi dalam kandungan anda, jadi mari kita lihat makanan apakah yang perlu anda makan untuk membekalkan kekuatan dan nutrien kepada bayi dalam kandungan anda agar dia mampu melakukan gerakan pertamanya di samping membantu perkembangan neuron dalam otaknya.

2 bulan kehamilanMinggu ke-7 hingga minggu ke-10 menyaksikan bayi dalam kandungan anda bergerak dengan aktif

Walaupun baru dua inci (lima sentimeter) panjang, bayi dalam kandungan anda sedang menjalani perubahan yang menakjubkan ketika berada dalam bulan kedua usia kehamilan. Walaupun saiznya hanya sebesar jari kelingking anda, tetapi dia kini sudah mempunyai kedua lengan dan tangan serta sepasang kaki yang kecil. Sekitar minggu kesembilan, bayi dalam kandungan anda akan mula bergerak, dan sudah mampu menggerakkan tangannya ke bahagian mulutnya. Pergerakan yang pertama ini akan melibatkan keseluruhan tubuh badannya, tetapi menjelang usia tiga bulan, bayi dalam kandungan anda akan mampu menggerakkan anggota badan yang tertentu.

Bagaimana untuk membantu menyokong kekuatan bayi dalam kandungan anda untuk bergerak?

Walaupun anda masih belum kelihatan hamil atau merasakan diri anda hamil, namun inilah masanya untuk anda membantu bayi dalam kandungan anda untuk mencapai kesemua detik penting dalam perkembangan badannya. Ini bermakna memilih makanan yang seimbang, apatah lagi dia hanya akan makan apa yang anda makan!

Dengan mengamalkan diet seimbang yang mengandungi kesemua nutrien penting yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda, adalah kunci kepada kehamilan yang sihat. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, daging tanpa lemak atau sumber protein seperti ikan dan telur, dan elakkan makanan yang berlemak, alkohol dan makanan mentah seperti sushi1.

Doktor menyarankan anda untuk mengambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400µg (0.4mg) asid folik setiap hari sebelum hamil dan meneruskan pengambilan multivitamin ini sepanjang tempoh kehamilan anda. Selain daripada membantu mengelakkan kecacatan sejak lahir, asid folik menggalakkan pembahagian sel yang sihat dan membekalkan khasiat kepada sistem saraf bayi dalam kandungan anda2.

Pisang adalah makanan semulajadi yang mengandungi banyak vitamin kumpulan B dan juga folat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda untuk pertumbuhan tulang belakangnya. Sebiji buah pisang boleh membekalkan sebanyak 12% dari keperluan harian anda3– mengandungi lebih kandungan folat berbanding buah-buahan biasa yang lain.

Sebiji multivitamin setiap hari yang mengandungi 16 hingga 20 mg kandungan zat besi, iaitu zat yang penting dalam penghasilan sel darah merah, akan membantu anda mendapatkan tempoh kehamilan yang sihat3. Semak dengan doktor atau pakar nutrisi untuk memastikan multivitamin anda mengandungi kandungan zat besi yang bersesuaian untuk anda. Pastikan anda memasukkan makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet harian anda seperti daging lembu, telur, kacang (dried beans) seperti kacang tanah, kacang merah dan lain-lain; dan juga kacang kuda, serta kacang badam dan gajus.

Dengan bayi dalam kandungan anda memerlukan pelbagai nutrien penting untuk perkembangan menyeluruhnya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda memulakan pelan menu harian untuk mengenal pasti keperluan nutrisi bayi dalam kandungan anda. 

Tahukah anda: 2 Bulan Kehamilan

Walaupun jantina bayi anda telah pun ditentukan pada saat persenyawaan berlaku, hormon pembezaan jantina hanya akan dirembeskan ketika usianya dua bulan dalam kandungan dan barulah organ kemaluannya akan mula berkembang

Apa yang berlaku dengan perkembangan mental & fizikal bayi dalam kandungan saya pada bulan ke-2?

Waktu ini juga adalah waktu yang luarbiasa untuk pertumbuhan intelek dan juda deria anak dalam kandungan anda. Pada waktu ini, otak, saraf tunjang, sistem saraf dan tulang belakangnya sedang tercipta begitu juga dengan jantung dan sistem pengaliran darahnya sedang berkembang.

Pada 16 hingga 18 minggu yang pertama usia bayi dalam kandungan anda,otaknya akan membina sekitar 100 billion sel neuron. Sel neuron ini adalah blok binaan asas untuk otak. Setiap perasaan, pernafasan, dan akhirnya perbuatan seperti berjalan boleh dilakukan oleh bayi dalam kandungan anda hasil daripada sel-sel neuron berhubung di antara satu sama lain.

Mengamalkan diet pemakanan yang sihat pada peringkat ini adalah salah satu cara bagi anda membantu bayi dalam kandungan anda membesar dan berjaya mencapai setiap detik-detik penting yang harus dicapai olehnya pada bulan-bulan akan datang. Ini bermakna nutrisi pranatal anda seharusnya mengandungi Vitamin D, asid folik dan DHA (sejenis asid lemak omega-3 yang diperlukan dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan anda) dalam kuantiti yang secukupnya seperti yang anda perlukan.3,5,6

Selain itu, ibu juga boleh mengambil segelas susu yang dirumus secara saintifik untuk wanita hamil yang mengandungi DHA, kolina, asid folik, kalsium dan protein yang tinggi. Ia dapat menyokong perkembangan bayi dalam kandungan di samping memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil.

Bayi dalam kandungan anda juga sedang membina deria rasanya dan perkembangan deria rasanya akan terus berlaku pada bulan ketiga usia kehamilan anda. Untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu memupuk deria rasanya untuk gemarkan makanan yang seimbang, teruskan pembacaan anda di Peringkat Kehamilan: Bulan Ke-3.

Anda terlepas detik penting yang berlaku pada bulan lepas? Anda boleh mengetahui sejauh mana anda dan bayi dalam kandungan anda berkembang dalam Peringkat Kehamilan: Bulan Pertama.

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Jadi daftarlah sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat Turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan masa kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.

 

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Rujukan:
1     Food Standards Agency UK. Eating while pregnant. Downloaded from http://www.food.gov.uk/sites/default/files/multimedia/pdfs/publication/…. Accesed on October 2015.
3     American College of Obstetricians and Gynecologists. FAQ001 Nutrition during pregnancy. Downloaded from http://www.acog.org/-/media/For-Patients/faq001.pdf?dmc=1&ts=20151020T0…. Accessed on October 2015.
5     Innis SM. Dietary (n-3) fatty acids and brain development. J Nutr 2007;137:855-859.
6     Eyles DW, Feron F, Cui X, Kesby JP, Harms LH, Ko P, McGrath JJ, Burne TH. Developmental vitamin D deficiency causes abnormal brain development. Psychoneuroendocrinology. 2009 Dec;34 Suppl 1:S247-57.
 
 

 

 

Recommended Articles

Pregnancy stages: Month 9
Pregnancy stages: Month 8
Pregnancy stages: Month 7