Tip-tip Pemakanan Trimester Pertama
Sepanjang kehamilan ini, anda sebenarnya ditemani oleh seseorang yang hidangannya adalah sama seperti anda setiap kali anda makan dan minum. Maka, sentiasa beringat sebelum makan.
Setiap hari pada saat anda melakukan aktiviti harian, atau sedang tidur, kandungan anda pula sedang sibuk membesar! Bayi dalam kandungan anda sedang membina organ-organnya, tisu-tisu otaknya sedang berkembang dan saiznya sedang bertambah dengan pesat. Jadi untuk melaksanakan kesemua ini, bayi dalam kandungan anda perlu memperoleh kesemua nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Dan tidak dapat disangkal, bayi dalam kandungan anda hanya boleh medapatkan nutrisi ini daripada anda. Bahkan, anda seharusnya mengamalkan diet yang seimbang dan sihat sejak sebelum hamil lagi. Jadi, amat penting untuk anda makan dengan cara yang betul, ambil suplemen yang disarankan, dan mengelak dari makanan yang tidak mempunyai khasiat untuk perkembangan bayi dalam kandungan anda.
Namun begitu, ini tidaklah bermaksud anda perlu makan hidangan dua kali ganda daripada biasa!! Di sini, disenaraikan tip-tip untuk anda memulakan pengambilan nutrisi anda untuk trimester pertama kehamilan.
Memilih diet yang tersihat
Pertambahan berat badan pada trimester pertama yang disarankan oleh doktor untuk kebanyakan wanita hamil adalah di antara 0.5 dan 2 kilogrami, bermaksud kebanyakan wanita hamil hanya memerlukan pertambahan kalori yang sedikit, tidak lebih daripada sekeping roti gandum, atau secawan susu rendah lemak setiap hari. Penuhi keperluan nutrisi anda dengan mengamalkan diet yang pelbagai dan seimbang. Ambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging pejal atau pengganti daging, produk tenusu rendah lemak, bijirin penuh dan kekacang. Tetapi, hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu dan/atau lemak trans. Amat penting untuk makan dengan betul semasa hamil (lagi bagus sejak dari sebelum hamil!). Jadi, elakkan pelan diet selain dari diet yang seimbang. Seterusnya, tidak perlu diperkatakan lagi, jauhkan diri anda dari alkohol, nikotin dan mungkin cuba hadkan pengambilan kopi anda
Perkembangan otak bayi dalam kandungan anda telah pun bermula sebelum anda sedar yang anda telah pun hamil! Dan ia memerlukan nutrien-nutrien seperti DHA, zat besi, kuprum, kolina dan folat untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannyaii.
Perkaya pertumbuhan otak bayi dalam kandungan anda dengan mengambil kira-kira 200mg DHAiii setiap hari daripada makanan yang kaya dengan kandungan DHA seperti ikan salmon dan ikan sardin; asid lemak omega-3 ini adalah salah satu blok binaan otak bayi dalam kandungan anda. Dengan pengambilan protein dan nutrien-nutrien penting lain yang mencukupi, anda sebenarnya sedang memupuk perkembangan bayi dalam kandungan anda, termasuklah asas kepada otak bayi dalam kandungan anda.
Sembelit adalah masalah kehamilan yang biasa dialami oleh wanita hamil, dan masalah yang bakal anda hadapi tidak lama lagi. Anda boleh atasi masalah ini dengan menambah lebih banyak serat di dalam diet anda. Serat membantu melicinkan pergerakan najis di dalam sistem pencernaan anda. Sumber serat yang bagus termasuklah buah-buahan segar dan sayur-sayuran; dan juga bijirin penuh seperti roti dan emping bijirin. Tidak ketinggalan juga minum air dengan lebih banyak. Kekal hidrat mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, antaranya mengelakkan dari sembelit.
Makan suplemen yang telah disarankan
Tambahkan pengambilan nutrien-nutrien penting anda dengan mengambil suplemen yang disarankan oleh doktor termasuk zat besi dan asid folikivke dalam diet sihat anda. Oleh kerana fungsi asid folik yang kritikal dalam menghindar kecacatan tiub neural, pengambilan suplemen asid folik (iaitu 400 mikrogram sehari) amat digalakkan sejak anda mula merancang untuk hamil. Suplemen zat besi (30 hingga 60 mg zat besi) juga selalunya diberikan kepada wanita hamil kerana mereka ini mempunyai risiko mendapat anemia yang disebabkan oleh pertambahan penghasilan darah merah.
Menghadapi mabuk kehamilan
Sekiranya anda mengalami mabuk kehamilan yang teruk, makan hidangan yang tidak membuatkan anda mabuk dalam saiz yang kecil dengan kerap, dan tidak lupa pastikan anda kekal hidratv. Walaupun tiada lagi langkah-langkah yang dapat mengatasi mabuk kehamilan sepenuhnya, namun ada rawatan yang berjaya membantu ramai wanita hamil sebelum ini. Antaranya ialah:
- Mengambil suplemen vitamin B6, yang telah dikaitkan dengan melegakan mabuk hamilvi.
- Rawatan herba seperti halia dan bunga chamomile mungkin dapat membantu mengurangkan rasa mual dan muntah-muntahvii.
- Akupunkturevii dan urutan. Gelang tangan acupressure juga berkesan untuk sebahagian wanita hamil.
- Ubat loya seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda.
Sentiasa merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa jua jenis rawatan.
Rujukan: