Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.

Adakah anak anda mempunyai EQ (kecerdasan emosi) yang tinggi?

Kecerdasan Emosi Tinggi: Introduction

Tidak dapat dinafikan lagi pentingnya untuk anak anda mempunyai Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi, ini termasuklah kemahiran seperti pemikiran logik dan matematik. Namun, penting juga untuk dia menunjukkan Kecerdasan Emosi atau EQ yang tinggi.

EQ merupakan kebolehan mengenalpasti dan mengurus emosi serta berupaya mengatasi perasaan negatif seperti takut dan kebimbangan, lantas membolehkan seseorang untuk berfungsi dengan baik dalam pelbagai situasi kehidupan.

Para pengajar dan ahli psikologi semakin mempercayai bahawa kanak-kanak memerlukan keseimbangan di antara IQ dan EQ agar dapat matang menjadi manusia dewasa yang serba boleh dan berjaya.

 

Adakah anak anda yang telah bersekolah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi? Ambil kuiz di bawah untuk mengetahuinya.

1. Anak anda mengalami hari yang teruk di sekolah. Apa yang dilakukannya apabila sampai di rumah?
  1. Dia enggan menceritakan apa yang telah terjadi dan terus menangis dan menyatakan keinginannya untuk tidak pergi ke sekolah lagi.

  2. Apabila ditanya, dia akan menceritakan kepada anda apa yang telah terjadi dan bersedia untuk mendengar kepada jalan penyelesaian.

2. Seorang kanak-kanak telah jatuh dengan teruk di taman permainan. Apakah reaksi anak anda?
  1. Dia terus tertawa kerana merasakan itu sesuatu yang kelakar tidak langsung memikirkan kesan impak jatuh tersebut.

  2. Dia mengandaikan pasti ada sesuatu yang tidak kena, menyatakan keprihatinannya, dan cuba untuk membantu kanak-kanak yang jatuh tadi.

3. Anda sedang berjalan pulang dari pasaraya bersama anak anda dan membawa banyak barangan runcit yang telah anda beli. Berat sehingga anda mengeluh “Beratnya!” Apakah tindakan anak anda?
  1. Dia menyatakan keprihatinannya dan cuba untuk membantu anda membawa beg tadi.

  2. Dia menganggap masalah itu taiada kaitan dengannya dan dia tidak dapat membantu, dan terus berjalan.

4. Anda pergi ke majlis yang diadakan oleh syarikat anda di mana tiada seorang pun yang dikenali oleh anak anda. Apa yang anak anda lakukan?
  1. Dia cuba bergaul dan bermain dengan kanak-kanak yang lain selepas diperkenalkan.

  2. Dia berasa gementar dan tidak mahu berpisah dengan anda sepanjang berada di dalam majlis.

5. Anda sedang berjalan dan terserempak dengan seseorang yang membuang sampah merata-rata di hadapan anak anda. Apabila anda menunjukkan perbuatan itu kepada anak anda, apa yang dia lakukan?
  1. Dia hanya mengangkat bahu dan berkata, “Tak baiknya orang itu, mana elok buat macam itu.” Tetapi tidak berusaha untuk mengambil sampah tadi.

  2. Dia mengambil sampah tadi dan membuangnya ke dalam tong sampah, dan tetap menyalahkan perbuatan individu tadi.

6. Anak anda sangat sukakan mainannya. Mainan itu adalah alat permainan yang paling digemarinya di seluruh dunia buat masa ini. Kawannya datang ke rumah untuk bermain dengannya. Apa yang bakal terjadi?
  1. Dia menunjukkan alat permainannya kepada kawannya dan mengajak kawannya untuk bermain bersama-sama.

  2. Dia menyorokkan alat permainan tersebut kerana dia tidak mahu kawannya merosakkan alat permainan kegemarannya itu.

7. Anda pergi ke kedai permainan dan anak anda bertegas ingin membeli satu alat permainan. Anda menasihatkan anak anda, dengan mengatakan dia sudah pun mempunyai banyak alat permainan. Apakah respon anak anda?
  1. Dia terus mengamuk berguling- guling di atas lantai, dan enggan untuk berhenti selagi keinginannya tidak dipenuhi.

  2. Dia mendengar apa yang anda katakan, dan sama ada setuju atau cuba berunding dengan anda tentang apa yang boleh / tidak boleh dia perolehi.

8. Seorang kanak-kanak telah merampas kek cawan anak anda di taman permainan. Apakah tindakbalas anak anda?
  1. Dia terus menangis, atau memukul kanak-kanak tadi dan merampas kembali kek cawan yang telah di ambil oleh kanak-kanak tersebut.

  2. Dia berasa sedih, tetapi tetap memberitahu kanak-kanak tadi tentang apa yang dilakukannya adalah salah dan meminta kembali kek cawannya dengan tenang.

9. Anda sedang berada di taman bersama anak anda dan ternampak seorang wanita sedang memukul seekor anjing. Apakah respon anak anda?
  1. Dia menunjukkan rasa empati dan prihatin dan meminta anda untuk campur tangan dan melindungi anjing tadi.

  2. Dia kelihatan tidak merasakan apa-apa dan hanya terus berjalan.

10. Anak anda menghadapi kesukaran membaca satu jenis buku. Apa yang dia lakukan?
  1. Dia berasa kecewa, mula menangis dan putus asa, sambil berkata “Saya tak tahu apa-apa langsung!”

  2. Dia berasa kecewa, tetapi mendapatkan anda untuk mendapatkan pertolongan dan cuba untuk mengatasi kesukaran yang dihadapinya.

11. Anak anda telah dipukul oleh budak lain di sekolah. Bagaimanakah respon anak anda?
  1. Dia membalas balik pukulan budak tadi dan menganggap masalah telah selesai.

  2. Dia mempertahankan dirinya dan memaklumkan perkara tersebut kepada guru.

12. Salah seorang kawan anak anda datang ke rumah untuk bermain. Ada sepotong kek yang tinggal. Apa yang anak anda lakukan?
  1. Dia menawarkan kek tadi kepada kawannya, atau meminta anda membelah kek yang sepotong tadi menjadi dua agar mereka dapat menikmatinya bersama-sama.

  2. Dia enggan berkongsi kek tersebut, ambil dan terus makan.

13. Rumah anda didatangi tetamu. Anak anda tidak pernah berjumpa dengan mereka. Apa yang dia lakukan?
  1. Dia enggan bertemu dengan mereka, lari masuk ke dalam biliknya, dan bertegas akan terus berada di dalam bilik dan tidak akan keluar sehingga tetamu tadi pulang.

  2. Anak anda masih malu-malu, tetapi memberikan senyuman dan mengucapkan “hello” sebelum berlalu pergi untuk bermain di dalam biliknya.

14. Anak anda sedang menonton rancangan kegemarannya di TV. Ayahnya datang lantas menukar siaran TV. Bagaimanakah reaksi anak anda?
  1. Dia terus membuat kecoh, menangis dan membaling barang, dan mengamuk sehingga dia dapat menonton rancangan kegemarannya kembali.

  2. Dia memberitahu ayahnya dia ingin melihat rancangan kegemarannya sehingga tamat, dan sekiranya dia tidak mendapat apa yang diinginkannya, dia akan pergi membuat perkara yang lain.

15. Anak anda cuba melukis binatang kegemarannya dan hasilnya tidak seperti yang diinginkannya. Apa yang akan dia lakukan?
  1. Dia mula berasa kecewa, menangis, dan enggan melukis lagi.

  2. Dia meminta pertolongan untuk membetulkan bahagian yang perlu, atau tetap berasa bangga dengan apa yang telah dia hasilkan.

Jawapan:

  1. b.

  2. b.

  3. a.

  4. a.

  5. b.

  6. a.

  7. b.

  8. b.

  9. a.

  10. b.

  11. b.

  12. a.

  13. b.

  14. b.

  15. b.

Skor:

0-5: Anak anda nampak seperti menghadapi kesukaran dalam aspek kematangan emosi dan mungkin memerlukan sedikit pertolongan agar mampu menyatakan dan memproses emosinya. Tanpa keadaan emosi yang sihat dalam minda, anak anda mungkin tidak akan dapat mencapai potensi kebijaksanaannya yang sebenar, kerana emosinya akan menghalang otaknya daripada berfikir. Pada waktu ini, anak anda tidak mempunyai kebolehan untuk menangani emosinya, dan ini boleh menganggu prestasinya di sekolah dan begitu juga perkembangannya.

Bantu dia menjadi lebih sedia untuk masa depan dengan menerapkan kemahiran utama seperti empati, bekerjasama, menyelesaikan masalah, memberi perhatian, dan komunikasi. Bermula dari awal dengan mengenalpasti detik-detik pembelajaran dalam situasi harian dan senantiasa membimbingnya untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian.

6-10: Nampaknya anak anda mampu untuk memahami, mengawal, dan menyatakan emosinya dalam hampir kesemua situasi. Walau bagaimanapun, ada masa-masanya, dia masih lagi menunjukkan tanda-tanda gementar, dan kecewa ketika menghadapi masalah. Dengan mendapat sedikit bantuan dan bimbingan daripada anda, dia akan memahami dan memproses emosinya dengan lebih baik. Ini akan membantu dia untuk membina estim diri yang lebih tinggi dan menunjukkan peningkatan kemahiran sosial dan komunikasi dengan rakan sebaya dan guru.

11-15: Anak anda menunjukkan kecerdasan emosi dan mampu mengatasi rasa kecewa dan ketakutannya serta mampu mengendalikan tugas yang ada dengan efektif. Dia dapat memahami emosinya sendiri dan emosi orang lain dan memberikan respon yang sesuai dalam setiap keadaan. Ini adalah petanda yang positif dan akan meletakkan dia di kedudukan yang baik apabila dia semakin membesar. Kecerdasan emosi akan melengkapi IQ dan membantu dia menjadi seorang penyelesai masalah yang baik dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan.

Sertai Kelab Enfamama A+