Mead Johnson Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd. (“MJN MY”) Laman Web “https://www.enfagrow.com.my/products/buy-online”)
Tarikh Berkuatkuasa: 23 September 2019
Mead Johnson Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd. (“MJN MY”) Laman Web “https://www.enfagrow.com.my/products/buy-online”)
Tarikh Berkuatkuasa: 23 September 2019
Syarikat Mead Johnson Nutrition (MJN) menghormati privasi pelanggannya, termasuklah pengguna Laman Web MJN, dan memahami bahawa maklumat tentang anda, kesihatan anda, dan penjagaan kesihatan anda adalah maklumat yang sensitif. Pengawalselia maklumat peribadi, Kumpulan Reckitt Benckiser PLC ialah pemilik jenama MJN. Dan Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya, tidak akan menjual atau menyewakan maklumat pengenalan peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang dinyatakan di dalam seksyen Pemindahan Kawalan di dalam Polisi Privasi ini. Polisi Privasi ini yang dibangunkan oleh Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya adalah bertujuan untuk memberi maklumat tentang amalan kami berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan maklumat yang mungkin anda berikan. Anda diminta untuk membaca Polisi Privasi ini sebelum menghantar maklumat pengenalan peribadi anda ke Laman Web MJN. Dengan menghantar maklumat pengenalan peribadi anda kepada laman web ini, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda faham dan bersetuju dengan terma Polisi Privasi ini. Bagi tujuan Polisi Privasi ini, terma "maklumat pengenalan peribadi" adalah bermaksud maklumat individu, yang secara langsung atau tidak langsung, boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tersebut. Contoh maklumat pengenalan peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Kebanyakan halaman di dalam Laman Web MJN ini boleh dilawati tanpa memberikan maklumat pengenalan peribadi anda kepada kami, namun untuk mengakses bahagian tertentu di dalam Laman Web MJN ini atau apabila anda ingin berkomunikasi dengan kami dan memerlukan maklum balas daripada kami, Laman Web MJN ini akan mengumpulkan maklumat tertentu untuk dihubungi. Maklumat ini termasuklah nama anda, alamat, maklumat untuk dihubungi dan maklumat transaksi. Kami memerlukan maklumat anda agar kami dapat memberi maklum balas kepada pertanyaan anda atau untuk berhubung dengan anda, selari dengan dan pada had maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.
Kami juga akan memaklumkan kepada anda bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut (sebagai contoh untuk tujuan pemasaran) sebelum kami mengumpul maklumat tersebut daripada anda dan hanya dengan kebenaran anda sahaja (yang diperolehi melalui borang, e-mel, laman sosial media sosial dan/atau panggilan telefon) maklumat tersebut akan digunakan mengikut tujuan yang telah dinyatakan.
Sekiranya anda tidak mahu maklumat tersebut digunakan oleh kami untuk terus menghubungi anda melewati dari sekadar memenuhi permintaan anda, atau sekiranya anda telah memberikan kebenaran anda tetapi kemudiannya anda menukar fikiran dan mengambil keputusan untuk menarik balik kebenaran tersebut, sila maklumkan kepada kami dengan menghubungi kami di sini atau menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-88-3585.
Kebanyakan kandungan (artikel, alatan, fitur dan lain-lain) di dalam Laman Web MJN ini hanya boleh diakses hanya dan pada ketika anda berkongsi nama, alamat, dan maklumat untuk dihubungi. Perkongsian maklumat ini adalah terpulang pada anda tetapi dengan tidak berkongsi maklumat ini akan mengehadkan akses anda kepada kandungan yang tersebut.
Dengan menggunakan Laman Web MJN bermakna anda bersetuju untuk kami menggunakan maklumat pengenalan peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan/atau penjualan produk yang dikilangkan, dijual dan/atau yang diagihkan oleh Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya. Anda berhak untuk menarik-balik persetujuan seperti berikut:
Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan dengan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi untuk mana-mana pencabulan hak privasi anda.
MJN berhasrat untuk memaklumkan kepada anda bahawa maklumat pengenalan peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada Mead Johnson Nutrition/Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan/atau Sekutunya dan/atau pihak ketiga yang mungkin berada di luar Malaysia bagi tujuan memproses data tersebut untuk memudahkan urusan penggunaan yang telah dinyatakan tadi. Kami akan memastikan maklumat pengenalan peribadi tersebut diproses oleh mana-mana pihak ketiga mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kami akan menyimpan maklumat anda selama mana yang diperlukan dengan tujuan pengumpulan seperti yang telah dinyatakan, dan juga bagi penubuhan, atau menjalankan atau perlindungan daripada tuntutan undang-undang, untuk tujuan sah yang lain, atau seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Maklumat bukan pengenalan peribadi merujuk kepada pertanyaan, komen, idea, atau cadangan di dalam laman kami atau di dalam halaman media sosial kami. Maklumat yang sedemikian tidak akan diperlakukan sebagai maklumat sulit.
Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya bebas untuk menggunakan maklumat yang sedemikian untuk tujuan pemasaran dalaman, kajian dalaman, atau untuk tujuan perkhidmatan pelanggan tertakluk kepada budi bicara pihaknya. Dengan memberikan maklumat yang sedemikian kepada Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya, anda dengan ini faham bahawa MJN tidak mempunyai sebarang tanggungjawab kepada anda berkenaan dengan maklumat atau apa-apa hubungan yang terjalin di antara MJN dan anda sebagai akibat kepada penyediaan pemberian maklumat yang sedemikian.
Kami juga mungkin berkongsi maklumat anda yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi dengan pihak ketiga yang dipercayai, seperti rakan perniagaan kami, pengiklan (di mana kami dibenarkan berbuat demikian) dan pertukaran data, supaya kami dapat menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk anda, termasuk iklan yang lebih relevan untuk produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Pihak ketiga ini mungkin menetapkan dan mengakses kuki mereka sendiri, suar web, beberapa penjejak kami mungkin melakukan penargetan semula yang mungkin tidak berada di laman web kami, serta teknologi penjejakan serupa pada peranti anda untuk menyampaikan kandungan dan iklan yang disesuaikan kepada anda.
Kami menyimpan maklumat di dalam komputer anda dengan teknik yang dikenali oleh sistem sokongan pelayar anda sebagai “kuki”. Kuki ini digunakan untuk pelbagai tujuan, ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada untuk membantu kami memahami kandungan yang anda perlukan yang dalam kes tertentu membantu kami menyuaipadan kandungan dengan minat anda atau membantu kami mengelakkan dari bertanyakan maklumat yang sama apabila anda melawat kembali laman web kami. Untuk memberhentikan atau mengehadkan penggunaan kuki ini, sila rujuk kepada pilihan yang disediakan oleh (Penyemak Imbas) Internet anda. Tetapi, jika anda berbuat demikian, kebanyakan paparan di laman web kami mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Kami juga membenarkan syarikat pihak ketiga yang diterangkan dalam subseksyen 'Penjejakan Web' di bawah untuk mengumpul maklumat tertentu apabila anda melawat laman web kami. Syarikat-syarikat ini boleh menggunakan maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri anda semasa lawatan anda ke laman web ini dan laman web lain untuk menyediakan iklan mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin lebih menarik minat anda. Syarikat-syarikat ini biasanya menggunakan kuki atau suar web pihak ketiga untuk mengumpul maklumat ini. Suar web adalah imej yang jelas atau tag piksel dalam Format Pertukaran Grafik (GIF) yang kami (serta syarikat lain) letakkan pada halaman laman web kami untuk membolehkan syarikat pengiklanan Internet atau syarikat pengukuran audiens membantu kami menganalisis kempen pengiklanan kami dan pola penggunaan umum pelawat laman web kami.
Jika anda lebih suka kami tidak mengumpul maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri anda mengenai lawatan anda ke laman web untuk tujuan menyampaikan iklan yang disasarkan, anda boleh memilih untuk tidak menyertai dengan melawat subseksyen 'Penjejakan Web' dan mengklik pada pautan ke syarikat-syarikat pihak ketiga ini.
Apabila anda melawat laman web kami, rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga dan penyedia analitik kami mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti dalam talian anda di laman web dan laman web pihak ketiga. Penyedia ini mungkin menetapkan alat penjejakan web (contohnya, kuki dan suar web) untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri anda mengenai aktiviti dalam talian anda. Selain itu, rakan kongsi pengiklanan kami boleh menggunakan maklumat ini untuk menyampaikan iklan kepada anda apabila anda melawat laman web pihak ketiga dalam rangkaian mereka, seperti yang dinyatakan di atas.
Untuk membaca lebih lanjut mengenai teknologi yang digunakan oleh rakan kongsi kami dan kemampuan pautan mereka, jika berkenaan, sila rujuk laman web mereka yang disenaraikan di bawah:
Dengan meneruskan melayari laman web kami, anda menerima penggunaan kuki dan teknologi bukan kuki untuk memberikan anda kandungan dan iklan yang disesuaikan di seluruh laman web dan untuk pemprosesan data tentang anda oleh rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami mengikut cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah. Anda boleh memilih untuk tidak menyertai perkhidmatan ini dengan mengikuti arahan yang dinyatakan di laman web rakan kongsi ini.
Rakan Kongsi |
Tujuan |
Butiran |
Pilihan Keluar |
---|---|---|---|
Google Analytics |
Google Analytics menggunakan "kuki" untuk menganalisis cara pengguna menggunakan laman web kami. Google menggunakan data yang dikumpul untuk menjejak dan meneliti penggunaan laman web kami, yang kemudiannya digunakan untuk menyediakan laporan dan aktiviti serta berkongsi data tersebut dengan perkhidmatan Google lain. Google mungkin menggunakan data yang mereka kumpulkan untuk mengkontekstualkan dan memperibadikan iklan dalam rangkaiannya sendiri. |
Pautan | Pautan |
|
Pixel Facebook merekodkan maklumat tentang aktiviti pelayaran anda, yang dihantar ke Facebook bersama versi ID Facebook yang dihash dan URL yang dilihat, untuk menyampaikan iklan di Facebook yang berkaitan dengan kelakuan pelayaran anda. Facebook juga menyampaikan iklan kepada pelawat laman web berdasarkan versi alamat e-mel yang dihash yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi. |
Pautan | Pautan |
Google Marketing Platform |
Kuki dan pixel Google Marketing Platform menyokong penyampaian iklan untuk menyasarkan semula pelawat laman web kami, atau mengiklankan kepada audiens baru yang serupa dengan mereka yang telah melawat laman web kami, di rangkaian Google sendiri. Google mungkin menggunakan data yang mereka kumpulkan untuk mengkontekstualkan dan memperibadikan iklan dalam rangkaiannya sendiri. |
Pautan | Pautan |
Criteo |
Criteo adalah rakan teknologi yang bekerjasama dengan kami untuk mengumpul dan memproses maklumat mengenai aktiviti pelayaran anda di laman web kami bagi memaparkan iklan produk dan/atau perkhidmatan kami di laman web dan aplikasi pihak ketiga. |
Pautan | Pautan |
Dengan atau tanpa kuki, laman web kami akan sentiasa menjejak penggunaan data, seperti sumber asal alamat permintaan halaman (cth. alamat IP anda, nama domain), tarikh dan masa permintaan halaman dibuat, laman web yang dirujuk (jika ada), dan parameter yang lain di dalam URL (cth. kriteria pencarian). Kami akan menggunakan data ini untuk lebih memahami penggunaan laman web secara keseluruhannya dan untuk menentukan bahagian yang mana yang lebih disukai oleh pengguna (cth. berdasarkan pada bilangan pelawat pada bahagian-bahagian tersebut). Maklumat ini tersimpan di dalam fail log dan digunakan oleh Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya bagi laporan statistik mereka. Kami pasti, kami tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu melalui maklumat yang berkenaan sama ada maklumat tersebut diteliti secara individu atau secara berkumpulan.
Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekalkan perlindungan bagi maklumat pengenalan peribadi yang dikumpul melalui laman web kami dan digunakan mengikut seperti yang telah dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini. Sebagai tambahan kepada perlindungan teknikal, kami juga menggunakan kawalan fizikal dan prosedur untuk melindungi maklumat pengenalan peribadi anda. Akan tetapi, kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat ini akan selamat sepenuhnya daripada mereka yang mencuba untuk menembusi atau mengelakkan langkah-langkah keselamatan kami atau memintas penghantaran maklumat dalam Internet. Dengan memberikan maklumat pengenalan peribadi anda, anda bersetuju menerima langkah-langkah keselamatan kami seperti yang dijelaskan di atas.
Keadaan mungkin akan timbul di mana kami, menurut kepentingan yang sah, mengambil keputusan untuk menyusun kembali, melepaskan sebahagian atau semua perniagaan kami atau satu rangkaian perniagaan kami, ini termasuklah maklumat pangkalan data dan laman-laman kami, melalui pelepasan, penggabungan, perolehan, atau apa-apa cara pemindahan yang lain. Dalam mana-mana keadaan yang sedemikian, maklumat pengenalan peribadi mungkin akan dikongsikan, dijual, dipindahkan, disewakan, dilesenkan atau sebaliknya disediakan atau dijadikan tersedia oleh kami atau bagi pihak kami kepada pihak yang sebenar atau yang berpotensi, dan yang mempunyai hubungan dengan, urusan yang sedang dipertimbangkan (tanpa keizinan atau makluman kepada anda). Dalam keadaan yang demikian, kami akan mendapatkan jaminan bertulis agar maklumat pengenalan peribadi pelanggan kami akan dilindungi sewajarnya.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, kami mungkin diperintahkan oleh mahkamah atau badan berkanun atau proses pengawalseliaan, atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat pengenalan peribadi kepada pihak penguatkuasa undang-undang, pihak mahkamah, atau pihak pengawalselian yang bertanggungjawab. Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya akan bekerjasama dalam memberi maklum balas ke atas permintaan yang sedemikian, selari dengan proses pengawalseliaan atau undang-undang, dan akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memastikan pemohon tadi faham bahawa mana-mana maklumat pengenalan peribadi yang bakal mereka terima adalah maklumat yang sensitif.
MJN boleh pada bila-bila masa menyemak semula Polisi Privasi ini dengan mengemaskini paparan ini. Kami akan maklumkan kepada anda sebelum apa-apa perubahan berkuatkuasa.
Untuk kemudahan pelawat kami, Laman Web MJN mengandungi pautan ke Laman lain yang ada menyediakan maklumat yang berguna. Polisi Privasi yang dijelaskan di sini tidak terpakai dikenakan ke atas Laman lain yang anda gunakan. Sebelum menggunakan pautan Laman Web tersebut, anda disarankan untuk meneliti dan memahami privasi Internet mereka dan bagaimana mereka menggunakan dan melindungi maklumat pengenalan peribadi.
MJN komited dalam melindungi privasi kanak-kanak.MJN tidak bermaksud untuk mengumpul maklumat pengenalan peribadi daripada mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya seorang kanak-kanak telah memberikan maklumat pengenalan peribadi mereka kepada kami tanpa pengetahuan dan/atau kebenaran ibubapa atau penjaga mereka, ibubapa atau penjaga mereka boleh menghubungi kami.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang Polisi Privasi ini atau mana-mana aspek privasi di dalam laman web kami, sila hubungi kami di:
Mead Johnson Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd., Level 17, Menara One Sentrum, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur.
Talian Bebas Tol: 1-800-88-3585
Isnin – Sabtu 9.00 a.m. – 5.30 p.m.