Setiap ibubapa pasti akan meletakkan pertumbuhan dan perkembangan anak mereka sebagai perkara yang terpenting dalam hidup mereka. Mereka faham bahawa pemakanan yang baik adalah kunci untuk anak mereka membesar dengan kuat dan aktif untuk pengalaman pembelajaran.
Kepentingan laktosa di dalam susu
Untuk kanak-kanak yang masih kecil, produk tenusu merupakan komponen yang penting dalam diet seimbang mereka. Susu dan produk tenusu yang lain seperti keju dan yogurt adalah sumber utama nutrien termasuklah laktosa.
Apakah kebaikan yang ditawarkan oleh laktosa?
Laktosa ialah sumber tenaga. Apabila dicerna, laktosa akan terurai kepada gula ringkas, galaktosa dan glukosa, yang merupakan bahan yang digunakan oleh badan kita untuk menjadi aktif.1 |
Laktosa juga akan mempertingkatkan penyerapan kalsium dan magnesium. Garam mineral ini akan membantu membina tulang dan gigi yang kuat.1-3 |
Tambahan lagi, laktosa boleh menawarkan manfaat kesihatan termasuklah peningkatan sistem pertahanan dan pertumbuhan yang lebih bagus untuk bakteria baik di dalam sistem pencernaan kerana ciri-ciri prebiotiknya. 1,3 |
Laktosa adalah kawan atau musuh anak anda?
Tidak semua perut adalah sama, ada yang mampu mencerna laktosa, dan ada yang tidak mampu. Untuk kanak-kanak yang mampu menyerap laktosa dengan baik, laktosa yang dimakan akan dicerna dengan bantuan enzim laktase. Laktase akan memecahkan laktosa kepada komponen yang paling ringkas untuk diserap dan digunakan oleh badan.1 Walaubagaimanapun, untuk kanak- kanak yang kekurangan enzim laktase, mereka akan mengalami masalah pencernaan laktosa. Bergantung kepada berapa banyak laktosa yang mampu diambil, sesetengah kanak-kanak yang kekurangan enzim laktase mungkin tidak akan mengalami simptom masalah pencernaan tetapi sesetengah kanak- kanak yang lain akan mengalami kekejangan perut atau sakit, kembung perut, bergas (masuk angin) dan najis berair.1
Sediakan pemakanan dengan kandungan laktosa yang rendah
Kanak-kanak yang masih kecil selalunya mampu mencerna sejumlah laktosa, dan ini bergantung kepada kemampuan masing-masing.3 Anda dinasihatkan untuk memberikan laktosa dalam jumlah yang sedikit dalam satu- satu masa, sehingga cukup 24g laktosa sehari.4 Anda juga boleh menyediakan pemakanan dari susu yang rendah kandungan laktosanya agar anak anda tidaklah terlepas daripada menikmati kebaikan laktosa ini. Enfagrow A+ Gentlease dengan 360° DHA PLUS dirumus khas untuk kanak-kanak yang mempunyai perut sensitif dan membekalkan nutrisi seimbang.
Rujukan:
- Schaafsma G. Lactose and lactose derivatives as bioactive ingredients in human nutrition. International Dairy Journal. 2008;18(5):458-65.
- Zamberlin Š, Antunac N, Havranek J, Samaržija D. Mineral elements in milk and dairy products. Mljekarstvo/Dairy. 2012;62(2).
- Lukito W, Malik SG, Surono IS, Wahlqvist ML. From'lactose intolerance'to'lactose nutrition'. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 2015;24:S1.
- Wahlqvist ML. Lactose nutrition in lactase nonpersisters. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 2015;24(S1):s21-5.