
Usus sihat penting untuk proses tumbesaran anak
Sebagai ibu bapa, kita semua mahu anak membesar dengan sihat dan bijak. Namun, tahukah anda bahawa pemakanan yang lengkap dan seimbang memainkan peranan besar dalam menyokong emosi dan perkembangan kognitif kanak-kanak sejak usia awal lagi?
Dalam lima tahun terawal, otak anak memerlukan nutrien tertentu untuk membantu mereka belajar, berfikir dan memahami dunia dengan lebih baik.
Antara contoh perkembangan kognitif yang ketara pada fasa ini termasuklah keupayaan anak memberi tumpuan, mengingat maklumat baharu, menyelesaikan tugasan harian dan berkomunikasi secara lebih jelas.
Malah, kajian menunjukkan bahawa nutrien tertentu seperti asid lemak omega-31,2, khususnya DHA (Docosahexaenoic Acid) serta MFGM (Milk Fat Globule Membrane), adalah antara “bahan binaan” utama dalam pembentukan otak yang sihat.
Artikel ini akan meneroka bagaimana gabungan DHA dan MFGM membantu perkembangan otak si manja dan peranan ibu bapa dalam memastikan anak mendapat nutrien ini melalui pemakanan harian.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini.
Keseimbangan perkembangan kognitif kanak-kanak dan EQ
Perkembangan otak yang baik bukan sekadar menjadikan anak lebih bijak, tetapi juga lebih cekap mengawal emosi dan berhubung dengan orang sekeliling. Ini merangkumi keseimbangan antara IQ (kecerdasan intelek) dan EQ (kecerdasan emosi)3.
Kedua-dua elemen ini penting dalam membantu anak melakukan pelbagai aktiviti perkembangan kognitif seperti belajar dengan lebih berkesan, menyelesaikan masalah serta membina keyakinan diri dan hubungan sosial yang sihat.
Kanak-kanak dengan perkembangan IQ dan EQ yang baik berpotensi untuk mencapai pencapaian akademik lebih tinggi, kesejahteraan mental lebih stabil dan kejayaan jangka panjang dalam kehidupan3.
Namun begitu, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa kesihatan sistem penghadaman turut memainkan peranan besar dalam perkembangan ini.
Malah dianggarkan lebih 80 peratus kanak-kanak mengalami masalah penghadaman4 seperti perut kembung, cirit-birit atau sembelit, disebabkan oleh sistem usus yang belum matang sepenuhnya.
Masalah penghadaman boleh menjejaskan perkembangan otak anak.
Keadaan itu boleh menjejaskan penyerapan nutrien penting yang diperlukan oleh otak. Jadi, menjaga kesihatan usus juga penting untuk menyokong perkembangan otak anak.
Perut selesa bantu anak lebih fokus belajar
Ramai ibu bapa mungkin tidak tahu bahawa otak bukan satu-satunya organ penting dalam perkembangan anak. Hakikatnya, usus juga digelar sebagai “otak kedua”5 kerana ia memainkan peranan besar dalam kesihatan keseluruhan, termasuk fungsi otak.
Usus yang sihat memastikan nutrien diserap dengan baik dan memberi isyarat positif ke otak melalui sistem saraf yang saling berhubung.
Jika anak mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit atau cirit-birit, mereka mungkin menjadi kurang selesa, mudah meragam dan tidak fokus6. Ini menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar.
Salah satu cara untuk menyokong pencernaan yang lebih baik adalah dengan memberikan nutrien yang lebih mudah dihadam.
Formula susu kanak-kanak mudah dihadam yang dirumus khas untuk usus sensitif seperti susu dengan protein lebih kecil, boleh membantu mengurangkan tekanan pada sistem pencernaan.
Ditambah pula dengan nutrien penting seperti DHA dan MFGM, ia bukan sahaja menyokong kesihatan usus, tetapi juga menyokong perkembangan kognitif anak secara menyeluruh.
Apa itu MFGM?
MFGM atau Milk Fat Globule Membrane, merupakan struktur kompleks terdapat dalam lemak susu dan mengandungi bahan bioaktif penting seperti fosfolipid dan protein.
Komponen ini penting dalam perkembangan kognitif dan juga perkembangan emosi kanak-kanak. Ia membantu dalam pembentukan sambungan antara sel otak, yang penting untuk pembelajaran, ingatan dan kawalan emosi.
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat MFGM dalam diet mereka menunjukkan peningkatan daripada segi tingkah laku sosial, keupayaan menyelesaikan masalah serta daya tumpuan7.
Dengan sokongan MFGM, otak anak akan berkembang secara menyeluruh, bukan saja daripada segi intelek, tetapi juga emosi dan keyakinan diri.
Pemakanan yang tepat bantu anak dalam pembelajaran dan kekal fokus.
Kuasa DHA untuk perkembangan kognitif dan otak
DHA (Docosahexaenoic Acid) adalah sejenis asid lemak omega-3 yang sangat penting dalam pembentukan struktur otak dan retina mata kanak-kanak8, terutama dalam tahun-tahun awal kehidupan.
Selain itu, DHA juga berperanan menyokong fungsi kognitif dan emosi seperti1,2,:
-
Memori dan pembelajaran, dengan menguatkan sambungan antara sel otak
-
Perkembangan visual, untuk penglihatan yang jelas dan tajam
-
Kawalan emosi dan fokus, kerana DHA menyumbang kepada kestabilan mental
Pengambilan DHA yang mencukupi telah dikaitkan dengan peningkatan daya tumpuan, prestasi pembelajaran yang lebih tinggi dan tingkah laku yang lebih stabil dalam kalangan kanak-kanak.
Namun, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan DHA dalam jumlah yang mencukupi secara semula jadi. Oleh itu, pemakanan yang kaya DHA sangat penting, terutamanya ketika anak sedang melalui fasa perkembangan pesat di awal usia.
Kesihatan usus, kunci perkembangan kognitif kanak-kanak
Usus yang sihat menyerap nutrien dengan lebih cekap dan ini memberi kesan langsung kepada perkembangan otak anak. Gut-brain connection menunjukkan bahawa otak dan usus saling berhubung melalui sistem saraf, hormon dan isyarat kimia dalam badan5.
Nutrien penting seperti DHA, protein, zat besi dan vitamin B hanya dapat diserap dengan baik apabila usus berada dalam keadaan optimum. Semua nutrien itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan otak serta fungsi kognitif.
Sebab itu, pemakanan yang menyokong kesihatan usus dan otak seperti protein mudah dihadam, MFGM dan DHA dapat membantu perkembangan anak secara menyeluruh—bukan sekadar fizikal, tetapi juga daripada segi minda dan emosi.
Kelebihan susu mudah hadam untuk perkembangan kognitif kanak-kanak
Sokongan kepada perkembangan anak yang sihat tidak boleh bergantung pada satu nutrien sahaja. Ia memerlukan gabungan seimbang nutrien yang menyokong kedua-dua fungsi otak dan sistem penghadaman.
Susu diperkaya DHA, MFGM, PDX dan GOS baik untuk perkembangan otak anak.
Untuk menyokong tumbesaran anak secara menyeluruh, ibu boleh memberikan anak susu formula dengan protein mudah hadam seperti Enfagrow A+ MindPro Gentlease.
Gentlease dirumus khas dengan kombinasi MFGM dan DHA, dua nutrien utama untuk menyokong aktiviti perkembangan kognitif dan emosi anak.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, MFGM membantu dalam pembentukan sel otak dan tingkah laku sosial, manakala DHA penting untuk memori, pembelajaran dan perkembangan penglihatan.
Gentlease lebih istimewa berbanding formula biasa kerana mengandungi:
-
Protein separa hidrolisis – lebih mudah dihadam, mengurangkan risiko kolik dan kembung perut
-
Prebiotik seperti PDX (Polydextrose) dan GOS (Galacto-oligosaccharides) – membantu lembutkan najis, galakkan usus sihat dan melegakan ketidakselesaan dalam masa 24 jam
-
Formulasi untuk perut sensitif – direka khas untuk sistem penghadaman anak yang masih dalam proses perkembangan
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
Sokongan awal untuk masa depan anak
Perkembangan otak kanak-kanak bermula sejak dari awal dan ia bukan sahaja bergantung pada stimulasi atau pendidikan, tetapi juga pada pemakanan yang betul.
Dengan susu rumusan kanak-kanak dengan protein mudah hadam yang juga menggabungkan DHA, MFGM, PDX dan GOS, ibu kini mempunyai pilihan untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kognitif kanak-kanak secara menyeluruh – bermula daripada perut selesa hinggalah minda yang cerdas.
Memberikan anak permulaan yang kukuh bukan soal kesempurnaan, tetapi soal pilihan kecil yang konsisten setiap hari. Dan nutrisi yang baik adalah salah satu daripadanya.
-
Masalah penghadaman boleh menjejaskan perkembangan otak anak.
-
Pemakanan yang tepat bantu anak dalam pembelajaran dan kekal fokus.
-
Susu diperkaya DHA, MFGM, PDX dan GOS baik untuk perkembangan otak anak
Rujukan:
-
Maclean CH, Issa AM, Newberry SJ, et al. Effects of Omega‐3 Fatty Acids on Cognitive Function with Aging, Dementia, and Neurological Diseases: Summary. 2005 Feb. In: AHRQ Evidence Report Summaries. Rockville (MD): Agency for Healthcare Research and Quality (US); 1998-2005. 114. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK11893/. Accessed on June 16, 2025.
-
Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids. Accessed on June 16, 2025.
-
Emotional Intelligence in School: Diving into IQ vs. EQ. https://sph.edu/blogs/emotional-intelligence-in-school-diving-into-iq-vs-eq/. Accessed on June 16, 2025.
-
Children and Functional GI Problems. https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/children-functional-gi-problems.Accessed on June 16, 2025.
-
The Brain-Gut Connection. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-brain-gut-connection. Accessed on June 16, 2025.
-
Understanding Indigestion in Children: A Guide for Parents. https://www.sbcc.sg/common-condition/understanding-indigestion-in-children-a-guide-for-parents/. Accessed on June 16, 2025.
-
Veereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, Dewettinck K, Deboutte D, Brummer RJ, Boone M, Le Ruyet P. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012 Jul;28(7-8):749-52. doi: 10.1016/j.nut.2011.10.011. Epub 2012 Feb 3. PMID: 22305534.https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534.Accessed on June 16, 2025.
-
Docosahexaenoic Acid. https://madsa.org.my/codex/UP8337476777187. Accessed on June 16,2025.