Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.

Nutrisi Tepat Rahsia Kesihatan Usus Anak Untuk Tumbesaran Sihat

Pemakanan seimbang penting untuk kesihatan penghadaman anak

Kesihatan usus penting dalam membantu anak membesar dengan sihat serta menjaga kesejahteraan emosi. Dalam tempoh tumbesaran ini, usus mula berkembang dan memerlukan prebiotik untuk membantu sistem penghadam. Tetapi prebiotik untuk apa sebenarnya?

Selain pengambilan prebiotik dan probiotik daripada sumber makanan seperti buah dan sayuran 1, terdapat sumber nutrien lain bagus untuk penghadaman. 

Kesihatan usus yang seimbang bukan sahaja menyokong sistem imun dan tumbesaran anak, malah turut memberikan ketenangan fikiran dalam 24 jam buat ibu bapa yang prihatin.x

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi peranan prebiotik untuk usus serta nutrien penting lain dalam membantu mencegah ketidakselesaan perut, menyokong pencernaan dan menyumbang kepada perkembangan otak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini


Perkembangan mikrobiota usus dan fungsinya

Sebelum dijelaskan tentang fungsi prebiotik untuk apa, ayuh kita fahami terlebih dahulu mengenai proses perkembangan usus anak.

Perkembangan bakteria baik dalam usus anak adalah proses penting sejak awal kehidupan. Apabila anak semakin membesar, usus akan mula dipenuhi bakteria baik daripada persekitarannya2.

Antara faktor mempengaruhi perkembangan awal bakteria ini, termasuklah:

  • Cara kelahiran - sama ada secara normal atau kanak-kanak caesarean
  • Pendedahan kepada persekitaran sekeliling
  • Sentuhan dan interaksi dengan ibu bapa serta penjaga

Dalam beberapa tahun terawal, jenis bakteria dalam usus anak akan semakin berkembang dan mula membentuk komuniti yang stabil, dikenali sebagai mikrobiota usus. Ini sangat penting untuk kesihatan anak secara keseluruhan. 

Menjelang usia 2-3 tahun, bakteria dalam usus anak akan hampir sama seperti individu dewasa dan akan terus mengalami perubahan mengikut proses tumbesaran mereka.

Mikrobiota usus seimbang penting untuk sistem penghadaman sihat. Bakteria baik dalam usus akan bekerjasama untuk menghuraikan makanan3,seperti nutrien kompleks yang tidak boleh dihadam sendiri oleh badan.

Usus sihat penting untuk sistem penghadaman dan perkembangan otak anak.

Usus seimbang juga bermanfaat untuk3:

  • Menyerap nutrien penting daripada makanan makanan, seperti vitamin, mineral dan asid lemak
  • Menyokong tumbesaran dan perkembangan anak melalui proses penghadaman lebih berkesan

Sistem penghadaman yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko anak untuk mengalami masalah penghadaman seperti kembung perut, sembelit dan kolik4

Keadaan ini bukan sahaja boleh mengganggu keselesaan harian, malah boleh menjejaskan penyerapan nutrien penting dan perkembangan otak anak.

Tetapi apa pula kaitan sistem penghadaman dan perkembangan otak?

Kita biasa menggunakan istilah ‘butterflies in your stomach’ ketika berasa gementar. Tetapi adakah ibu tahu bahawa itu sebenarnya mungkin isyarat daripada satu sumber yang dikenali sebagai otak kedua5

Otak kedua ini terdiri daripada sistem saraf enterik (ENS) dengan lebih daripada 100 juta sel saraf yang melapisi saluran penghadaman5. Disebabkan itulah pentingnya untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman.

Ibu boleh membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman anak dengan memberikan mereka prebiotik dan beberapa nutrien penting lain. Jadi fungsi prebiotik untuk apa ya?

Fungsi GOS dan prebiotik untuk apa dalam usus?

Ibu-ibu nak tahu fungsi prebiotik untuk apa tak?

Prebiotik adalah sejenis serat yang membantu menyuburkan bakteria baik dalam usus. Apabila usus sihat, sistem penghadaman pun berfungsi lebih baik. 

Salah satu manfaat utama prebiotik adalah dapat melembutkan najis, menjadikan proses membuang lebih mudah. Sudah tentu keadaan itu akan dapat membantu mengurangkan sembelit atau ketidakselesaan ketika membuang air

Berbeza dengan probiotik - merupakan bakteria hidup - prebiotik membantu menyokong kesihatan usus dengan merangsang bakteria baik sedia ada dalam usus seperti Bifidobacterium dan Lactobacillus

Bakteria baik ini penting untuk sistem penghadaman, imun badan dan penyerapan nutrien untuk terus hidup dan membiak. 

Salah satu jenis prebiotik untuk usus semakin dikenali kerana kesan positifnya pada kesihatan usus adalah Galactooligosaccharides (GOS) dan Polydextrose (PDX). 

GOS merupakan sejenis karbohidrat 6 boleh ditemui dalam produk tenusu dan beberapa makanan berasaskan tumbuhan. PDX dan GOS tidak dihadam oleh badan, tetapi ditapai oleh bakteria baik dalam usus, terutama Bifidobacteria.

 

Prebiotik diperlukan untuk meningkatkan bakteria baik dalam usus. 

Selain menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, fungsi PDX, GOS dan prebiotik untuk apa pula?

Sebenarnya banyak kebaikan PDX, GOS dan prebiotik untuk usus, termasuklah7:

  • Menjadikan najis lebih lembut – kurangkanrisiko sembelit
  • Menyokong keseimbangan mikrobiota usus
  • Meningkatkan penyerapan nutrien penting
  • Membantu mengurangkan kembung dan ketidakselesaan perut

Kuatkan fungsi kognitif dengan DHA dan MFGM

Ibu sudah pun mengetahui manfaat GOS dan prebiotik untuk apa seperti membantu menjadikan najis lebih lembut dan membantu mengurangkan ketidakselesaan perut.

Tetapi sebenarnya ada beberapa nutrien lain yang turut menyumbang kepada kesihatan usus seimbang, antaranya DHA dan MFGM.

DHA (Docosahexaenoic Acid) adalah asid lemak omega-3 penting untuk perkembangan otak dan mata. 

DHA membantu8 :

  • Membentuk struktur dan fungsi otak
  • Menyokong keupayaan kognitif seperti ingatan dan penyelesaian masalah
  • Membantu sistem imun dengan mengawal keradangan
  • Meningkatkan tindak balas terhadap jangkitan

MFGM (Milk Fat Globule Membrane) pula merupakan struktur kompleks terdapat dalam lemak susu dan mengandungi bahan bioaktif penting seperti fosfolipid dan protein.

Komponen ini penting dalam menyokong fungsi kognitif. Malah kajian juga menunjukkan MFGM boleh membantu perkembangan otak  dan tingkah laku anak dengan lebih baik9.

Selain itu, MFGM turut membantu menyokong kesihatan usus yang sangat berkait rapat dengan imuniti.

Apabila digabungkan DHA dan MFGM, kedua-duanya berkait rapat dalam menyokong kesihatan usus yang baik serta perkembangan otak anak.


Fahami manfaat PDX, GOS, DHA, MFGM dan prebiotik untuk apa dalam susu formula 

Ibu ingin tahu manfaat PDX, GOS, DHA, MFGM dan prebiotik untuk apa dalam susu formula yang diformulasi khas?

Susu formula diperkaya dengan prebiotik, PDX, GOS, DHA dan MFGM memberikan sokongan penting untuk tumbesaran dan kesihatan anak1,6,8,9

  Susu diperkaya prebiotik, PDX, GOS, DHA dan MFGM baik untuk tumbesaran anak. 

Kehadiran prebiotik PDX dan GOS dalam susu formula membantu kesihatan usus dengan merangsang pertumbuhan bakteria baik. DHA penting untuk perkembangan otak, manakala MFGM menyokong fungsi otak.

Secara keseluruhan, selain pengambilan prebiotik dan probiotik daripada makanan, susu formula diperkaya dengan prebiotik, PDX, GOS, DHA dan MFGM juga berfungsi untuk menyokong kesihatan usus dan perkembangan otak anak.

Kesemua nutrien ini di dalam membantu memastikan anak mendapat nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan sihat serta mewujudkan persekitaran usus seimbang.

Susu mudah hadam bantu perut lebih selesa

Ibu-ibu sudah mengetahui prebiotik untuk apa dan kepentingannya dalam menjaga kesihatan penghadaman anak. Tetapi apa cara terbaik untuk membantu jika anak mengalami masalah ketidakselesaan perut yang disebabkan kembung atau najis keras ya?

Sistem penghadaman anak masih dalam proses tumbesaran, maka mereka mudah mengalami masalah kembung perut, kolik atau najis keras. Keadaan itu sudah tentu akan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut anak.

Untuk mengatasi keadaan itu, ibu boleh memberikan anak susu formula mudah dihadam seperti Enfagrow A+ MindPro Gentlease.

Berbanding formula biasa, Gentlease mengandungi:

  • Protein separa hidrolisis – lebih mudah dihadam, mengurangkan risiko kolik dan kembung
  • PDX & GOS sebagai prebiotik – bantu lembutkan najis, galakkan usus sihat
  • Formulasi untuk perut sensitif direka khas untuk sistem penghadaman anak yang masih dalam proses perkembangan


Usus sihat, anak lebih bijak

Prebiotik untuk usus bukan sekadar penting untuk sistem penghadaman, tetapi ia membantu mengurangkan ketidakselesaan perut serta melembutkan najis.

Dengan memberikan anak pemakanan seimbang seperti susu mudah hadam yang mengandungi  PDX, GOS, DHA dan MFGM, ibu boleh membantu menyokong tumbesaran anak lebih sihat – secara fizikal, mental dan emosi.

Usus yang sihat bukan sekadar untuk penghadaman, bahkan adalah asas untuk perkembangan otak yang sihat dan kehidupan anak lebih ceria.

Moga perkongsian tentang perkembangan usus dan fungsi prebiotik untuk apa membantu ibu-ibu memahami kepentingan pemakanan seimbang buat anak dalam membentuk mikrobioma usus lebih sihat, yang menyumbang kepada tumbesaran kesejahteraan mereka untuk jangka masa panjang.

Rujukan:

  1. Prebiotics and Probiotics. https://extension.umaine.edu/food-health/2023/05/01/prebiotics-and-probiotics/. Diakses April 15, 2025.
  2. The microbiome and its influence on healthy aging. https://mcpress.mayoclinic.org/healthygut/the-microbiome-and-its-influence-on-healthy-aging/. Diakses April 15, 2025.  
  3. Gut Bacteria. https://www.pcrm.org/health-topics/gut-bacteria. Diakses April 15, 2025.
  4. Understanding Indigestion in Children: A Guide for Parents. https://www.sbcc.sg/common-condition/understanding-indigestion-in-children-a-guide-for-parents/. Diakses April 15, 2025.
  5. The Brain-Gut Connection. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-brain-gut-connection. Diakses April 15, 2025.
  6. Slavin J. Fiber and prebiotics: mechanisms and health benefits. Nutrients. 2013 Apr 22;5(4):1417-35. doi: 10.3390/nu5041417. PMID: 23609775; PMCID: PMC3705355. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23609775/. Diakses April 15, 2025.
  7. Vulevic J, Tzortzis G, Juric A, Gibson GR. Effect of a prebiotic galactooligosaccharide mixture (B-GOS®) on gastrointestinal symptoms in adults selected from a general population who suffer with bloating, abdominal pain, or flatulence. Neurogastroenterol Motil. 2018 Nov;30(11):e13440. doi: 10.1111/nmo.13440. Epub 2018 Aug 15. PMID: 30109908. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30109908/. Diakses April 15, 2025.
  8. Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids. Diakses April 15, 2025.
  9. Veereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, Dewettinck K, Deboutte D, Brummer RJ, Boone M, Le Ruyet P. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012 Jul;28(7-8):749-52. doi: 10.1016/j.nut.2011.10.011. Epub 2012 Feb 3. PMID: 22305534.https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/. Diakses April 15, 2025.
Sertai Kelab Enfamama A+