Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.

Persiapan Untuk Melahirkan Anak dan Bersalin

bersiap sedia untuk melahirkan anak dan bersalinSebahagian besar persediaan fizikal untuk bersalin berlaku dengan sendiri secara semula jadi. Tetapi terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ambil untuk menyokong badan anda dan melapangkan fikiran anda.

Trimester akhir adalah masa untuk membuat persediaan fizikal dan mental. Berikut adalah perubahan semula jadi yang dilalui oleh badan anda dan langkah yang anda boleh ambil untuk membuat persiapan akhir dari segi mental dan emosi.

Perubahan Badan Ketika Trimester Ketiga1

Anda pasti takjub bila mengetahui bagaimana badan anda membuat persediaan untuk bersalin. Anda mungkin mengalami banyak perubahan menjelang kelahiran anak anda. Gejala-gejala lain hanya disebabkan saiz bayi dalam kandungan anda yang bertambah besar.

  • Payu dara anda terus membesar dan puting mungkin mula mengeluarkan kolostrum (cecair yang keluar sebelum susu badan, mengandungi nutrien dan antibodi penting untuk si manja anda).1,2
  • Berat badan anda akan terus bertambah , kira-kira 1 paun seminggu3 . Dalam trimester akhir ini, anda sepatutnya mengambil 450 kalori tambahan sehari. 4(Ini tidak sebanyak yang anda sangka. Seketul mufin gandum penuh dengan hirisan epal dan 2 sudu mentega kacang di atas sudah memadai.5-7)
  • Anda mungkin mengalami kontraksi Braxton-Hicksatau kontraksi palsu. Kontraksi ‘latihan’ ini menyediakan badan anda untuk menghadapi kontraksi bersalin yang sebenar. Kontraksi atau pengecutan otot lemah dan tidak boleh diramalkan – tidak seperti kontraksi kuat dan berterusan yang anda rasai bila ingin bersalin.1
  • Bahagian belakang anda mungkin rasa lebih sakit apabila berat kandungan anda bertambah dan hormon kehamilan mengendurkan ligamen yang menghubungkan tulang-tulang pelvik, menjadikan belakang anda tidak selesa. Tuam panas (tahap paling rendah) atau ais dapat membantu melegakan ketidakselesaan.1
  • Pedih ulu hati boleh bertambah pada bulan-bulan terakhir apabila uterus (rahim) membesar bersama pembesaran bayi dalam kandungan dan menekan perut anda.2
  • Pada minggu-minggu akhir kehamilan, anda mungkin menyedari kekurangan pergerakan. Ini adalah normal: Keadaan dalam uterus anda sempit, jadi tiada banyak ruang untuk bayi dalam kandungan bergerak. Tetapi kurang pergerakan juga boleh menandakan masalah.8 Jika anda rasa bayi dalam kandungan anda benar-benar kurang bergerak – dan bukan sekadar menggantikan tendangan kuat dengan regangan yang lebih lembut – segera hubungi doktor anda.
  • Kerap kencing, hemoroid (buasir), dan lelehan vagina atau faraj biasa berlaku pada hujung kehamilan.1

Persiapan Mental untuk Bersalin

Anda melalui pelbagai emosi dan perasaan apabila kandungan anda sampai ke peringkat akhir dan anda membuat persediaan untuk bersalin. Kelas antenatal (pendidikan sebelum bersalin) atau bimbingan boleh menenangkan perasaan dan mengurangkan kebimbangan, membuat anda rasa lebih lega.

  • Kelas antenatal (pendidikan sebelum bersalin)membolehkan anda dan pasangan anda membiasakan diri dengan beberapa peringkat sakit bersalin, kaedah menahan sakit bersalin dan bersalin, serta bentuk pengurusan kesakitan.9 Sesetengah kelas menumpukan kepada satu kaedah, seperti Lamaze; yang lain memperkenalkan anda kepada banyak kaedah berlainan. Sertai kelas paling sesuai dengan keperluan dan kepentingan anda.
  • Kelas bimbingan sesuai untuk ibu bapa yang bakal mendapat anak sulung dan belum berpengalaman. Kelas-kelas ini menumpukan kepada pendidikan asas, seperti memberi makan, memandikan dan menukar lampin anak anda.
  • Kelas adik-beradiksesuai untuk abang atau kakak yang ingin belajar tentang peranannya terhadap adiknya.10

Menyatukan Minda dan Badan

Dengan menyusun pelan bersalin, anda boleh menzahirkan secara jelas idea dan fikiran anda tentang persediaan pengurusan sakit bersalin dan kelahiran – termasuk kaedah dan sokongan yang diperlukan. Anda boleh menyerahkannya terlebih dahulu kepada mereka yang akan menguruskan kelahiran, supaya perbincangan boleh diadakan sebelum bersalin. Pelan ini dikongsi dengan pasukan penjagaan kesihatan anda. Antara perkara yang dimasukkan dalam pelan bersalin 11:

  • Siapa yang akan hadir di bilik bersalin11
  • Pilihan melegakan kesakitan (lebih penting jika anda ingin cuba bersalin cara biasa), termasuk urut, teknik pernafasan, dan pengimejan positif12,13
  • Jika anda sedia untuk mengambil ubat penahan sakit, apakah jenis ubat yang anda mahu12,13
  • Pendapat anda tentang pembedahan caesarean14

Pelan bersalin memang satu persediaan yang baik tetapi anda perlu fleksibel.  Sakit nak bersalin dan proses bersalin boleh membawa kejutan, dan matlamatnya adalah untuk menjamin kesihatan ibu dan anak.

 


 

Rujukan:
1
Mayo Clinic. “Kehamilan Trimester Ketiga: Apa Yang Boleh Dijangkakan.” http://www.mayoclinic.org/healthy-living/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20046767
2
WomensHealth.gov (Pejabat Kesihatan Wanita, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan & Manusia A.S.). “Kehamilan, perubahan badan dan ketidakselesaan.” http://www.womenshealth.gov/pregnancy/you-are-pregnant/body-changes-discomforts.html
3
HealthyChildren.org (Akademi Pediatrik Amerika). “Persediaan Untuk Bersalin.” http://www.healthychildren.org/English/ages-stages/prenatal/Pages/Preparing-for-Delivery.aspx
4
EatRight.org (Akademi Pemakanan dan Dietetik). “Berat Badan Yang Sihat Semasa Mengandung.” http://www.eatright.org/Public/content.aspx?id=10933 
5
Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan untuk Rujukan Piawaian, Siaran 27. “18266, Roti English muffn, gandum penuh.”http://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/5770?fgcd=&manu=&lfacet=&format=&count=&max=35&offset=&sort=&qlookup=muffins
6
Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan untuk Rujukan Piawaian, Siaran 27. “09003, Epal, mentah, dengan kulit.” http://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/2122?fgcd=&manu=&lfacet=&format=&count=&max=35&offset=&sort=&qlookup=apple
7
Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan untuk Rujukan Piawaian, Siaran 27. “16098, Mentega Kacang, gaya licin, dengan garam.” http://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/4836?fgcd=&manu=&lfacet=&format=&count=&max=35&offset=&sort=&qlookup=Peanut+butter
8
FamilyDoctor.org (Akademi Doktor Keluarga Akademi). “Perkembangan Bayi Anda: Trimester Ketiga.” http://familydoctor.org/familydoctor/en/pregnancy-newborns/fetal-health/your-babys-development-the-third-trimester.html
9
WomensHealth.gov (Pejabat Kesihatan Wanita, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan & Manusia A.S.) “Kelas latihan bersalin, menyusukan bayi, dan keibubapaan.” http://www.womenshealth.gov/pregnancy/getting-ready/birthing-parenting-class.html 
10
Mayo Clinic. “Kesihatan Kanak-Kanak.” http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/new-sibling/art-20044270?pg=1&p=1
11
KidsHealth from Nemours. “Pelan Bersalin.” http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/childbirth/birth_plans.html
12
KidsHealth from Nemours. “Bersalin Secara Biasa.” http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/childbirth/natural_childbirth.html
13
KidsHealth from Nemours. “Epidural.” http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/childbirth/epidurals.html
14
Kolej Ahli Obstetrik dan Ahli Ginekologi Amerika. “Bersalin Secara Pembedahan (Caesarean).” https://www.acog.org/-/media/For-Patients/faq006.pdf?dmc=1&ts=20160204T2224163938

 

Sertai Kelab Enfamama A+