Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.

Kaki Bengkak Ketika Hamil? Ibu Boleh Cuba 7 Tip Mudah Ini Untuk Atasinya

Masalah kaki bengkak ketika hamil adalah normal untuk dialami kebanyakan ibu mengandung. Walaupun ia sering berlaku, namun keadaan tersebut pastinya boleh menimbulkan ketidakselesaan.

Dengan mengetahui punca dan cara hilangkan bengkak kaki ibu hamil sudah tentu akan membantu bakal ibu untuk mengekalkan keselesaan sepanjang tempoh kehamilan.

 

Fahami punca kaki bengkak ketika hamil

Masalah bengkak semasa hamil adalah perkara biasa. Walaupun keadaan ini boleh berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki, namun ia lebih cenderung terjadi pada bahagian kaki serta buku lali.

Secara umumnya, keadaan bengkak atau disebut sebagai edema1 ini berlaku kerana pertambahan cecair dalam badan dan tekanan daripada rahim yang semakin membesar.

 

Kaki bengkak ketika hamil boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Pun begitu, ia paling ketara dan lebih kerap dialami semasa trimester ketiga, terutamanya pada penghujung hari dan ketika cuaca panas.

Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah pembengkakan kaki ini1, seperti: 

  • Cuaca panas

  • Ketidakseimbangan diet pemakanan

  • Pengambilan kafein secara berlebihan

  • Kurang pengambilan air harian

  • Berdiri dalam jangka masa yang lama

 

Cara hilangkan bengkak kaki ibu hamil 

Sudah pasti ibu mengandung yang dibelenggu dengan masalah bengkak kaki ketika hamil ingin mengetahui cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa kaedah mudah yang boleh diambil supaya ibu berasa lebih selesa, sekali gus dapat mencegah daripada berlakunya pembengkakan pada kaki2. Antara langkah yang boleh anda cuba di rumah adalah seperti berikut:

1. Kaki bengkak ketika hamil dapat diatasi dengan posisi tidur mengiring

Selain untuk keselesaan para ibu, posisi tidur yang betul juga akan dapat membantu mencegah masalah kaki bengkak.

Jadi, pastikan anda tidur secara mengiring ke sebelah kiri. Ia bertujuan untuk menghilangkan tekanan pada urat besar yang mengembalikan darah daripada bahagian bawah badan ke jantung - inferior vena cava2

Di samping itu, anda juga boleh mengurangkan masalah pembengkakan pada kaki dengan meletakkan bantal sebagai pelapik bagi meninggikan bahagian kaki.

2. Pengambilan cecair dan nutrien penting

Pengambilan air mencukupi penting kerana setiap sel, tisu dan organ badan memerlukan cecair untuk berfungsi dengan baik3. Air juga berfungsi membantu nutrien beredar dalam badan dan menyingkirkan ia keluar daripada tubuh.

Untuk ibu mengandung, anda disarankan untuk minum kira-kira 12 cawan (2.8 liter) air sehari bagi membantu proses pencernaan dan menampung pembentukan cecair amniotik yang melindungi janin4

Bagi membantu tubuh memproses pertambahan cecair tersebut, ibu hamil perlu meningkatkan pengambilan nutrien dan mineral penting. Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan diproses.

 

Selain itu, pengambilan makanan berprotein seperti susu untuk ibu hamil juga amat penting bagi melancarkan proses kehamilan. 

Susu terbaik khas untuk para ibu hamil adalah susu yang mengandungi DHA, kolina, asid folik, protein dan kalsium yang tinggi5. Susu rendah lemak juga amat disarankan kepada ibu hamil kerana ia boleh membantu pengurusan berat badan.

3. Pengambilan makanan tinggi kalium, antara cara hilangkan kaki bengkak ketika hamil

Anda boleh cuba untuk mengurangkan bengkak kaki semasa berbadan dua dengan memasukkan makanan yang mempunyai kalium tinggi dalam diet pemakanan harian.

Mendapat kalium mencukupi adalah penting kerana ia membantu mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam sel badan6

Ini kerana kalium adalah mineral penting yang membantu mengekalkan nisbah antara garam dan air di dalam tubuh. Antara makanan kaya dengan kandungan kalium adalah seperti ubi keledek, ikan salmon, pisang dan kacang pistachio.

4. Kurangkan masa berdiri

Wanita yang sedang hamil perlu mengelakkan daripada berdiri terlalu lama2. Jika anda perlu berdiri dalam jangka masa yang lama, cubalah bergerak dan menukar kedudukan dengan kerap. 

Sebolehnya ketika duduk atau berehat, letakkan kaki di atas bantal atau tempat rehat kaki untuk meninggikan bahagian kaki7 sebagai cara hilangkan bengkak kaki ibu hamil. Sekali sekala, luruskan kaki untuk meregangkan otot betis secara perlahan-lahan.

5. Pakaian selesa bantu cegah kaki bengkak ketika hamil

Pakailah pakaian yang longgar kerana baju yang ketat boleh menyekat aliran darah. Elakkan daripada memakai stoking yang terlalu ketat pada bahagian pergelangan kaki atau betis2

Untuk mengurangkan bengkak semasa hamil dan juga sebarang ketidakselesaan, anda boleh memakai sarung pemampat di bahagian yang bengkak2. Anda juga disarankan untuk menggantikan kasut tumit tinggi dengan kasut yang lebih selesa.

6. Aktif secara fizikal

Seorang wanita yang sedang berbadan dua amat digalakkan untuk bersenam secara berkala setiap hari. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan kaki atau mengayuh basikal pegun2


Jika anda gemarkan aktiviti air, selain berenang cubalah berendam di dalam kolam – tekanan air boleh membantu memampatkan tisu pada kaki, memberikan kelegaan sementara daripada bengkak2.

7. Urutan kaki

Urutan kaki dan refleksologi juga dapat membantu mengurangkan bengkak kaki dan gejala yang berkaitan dengan masalah kaki bengkak ketika hamil2,8

Urutan dipercayai dapat memberikan kelegaan pada kaki yang bengkak kerana ia berpotensi untuk melancarkan sistem peredaran darah. 

 

Sentiasa menjaga diri dan pantau gejala bengkak

Walaupun masalah pembengkakan kaki semasa hamil adalah lumrah ketika mengandung, namun bengkak yang berlaku secara mendadak pada bahagian muka dan tangan boleh menandakan keadaan serius dikenali sebagai praeklampsia1. Segera berjumpa doktor jika anda mengalaminya.  

Waspada dengan bengkak menyakitkan yang dialami pada bahagian sebelah kaki, kerana ia menandakan darah beku, juga dikenali sebagai trombosis vena dalam9. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. 

Semoga panduan dikongsikan di atas dapat membantu ibu-ibu mengatasi masalah kaki bengkak ketika hamil, sekali gus mengurangkan ketidakselesaan yang dialami. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi!

Klik di sini untuk sertai.


Rujukan:
  1. Can Pregnant Women Do Anything to Reduce or Prevent Swollen Ankles? https://kidshealth.org/en/parents/ankles.html#, Accessed on June 12, 2023

  2. What causes ankle swelling during pregnancy — and what can I do about it? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/swelling-during-pregnancy/faq-20058467, Accessed on June 12, 2023

  3. Water: How much should you drink every day? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/water/art-20044256?pg=2, Accessed on June 12, 2023

  4. How much water should I drink during pregnancy? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/how-much-water-should-i-drink-during-pregnancy#, Accessed on June 12, 2023

  5. 7 Healthy Benefits of Dairy Foods. https://ingredia-usa.com/2021/10/24/7-healthy-benefits-of-dairy-foods/, Accessed on June 12, 2023

  6. Potassium during pregnancy. https://www.babycenter.com/pregnancy/diet-and-fitness/potassium-in-your-pregnancy-diet_655, Accessed on June 12, 2023

  7. What Are the Benefits of Elevating Your Legs? https://www.healthline.com/health/elevating-legs, Accessed on June 12, 2023

  8. Is Reflexology Safe During Pregnancy? https://www.whattoexpect.com/pregnancy-and-reflexology.aspx, Accessed on June 12, 2023

  9. What is VTE? https://www.cdc.gov/ncbddd/dvt/facts.html, Accessed on June 12, 2023

Sertai Kelab Enfamama A+