Zat besi membantu anda mengatasi risiko anemia ketika hamil.
Zat besi adalah komponen yang penting dalam haemoglobin, iaitu protein yang ada di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab menghantar oksigen ke seluruh badan dan kepada fetus anda. Disebabkan itulah, zat besi amat penting semasa kehamilan kerana isipadu darah anda akan bertambah kira-kira hampir 1.5 liter.i
Anda perlu makan makanan yang tinggi kandungan zat besinya sepanjang tempoh kehamilan anda bagi mengelakkan masalah anemia disebabkan kekurangan zat besiii. Wanita hamil mempunyai risiko yang tinggi menghidapi anemia disebabkan peningkatan penghasilan darah. Anemia ialah satu keadaan di mana badan tidak menghasilkan sel darah merah yang sihat dengan mencukupi untuk menghantar oksigen ke tisu badan. Apabila oksigen tidak mencukupi, anda akan berasa letih dan lemah, serta kelihatan pucat.
Bekalan oksigen untuk bayi dalam kandungan anda juga akan terjejas. Bayi dalam kandungan anda memerlukan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah, atau mereka tidak akan mampu bertahan. Kekurangan zat besi semasa hamil akan menyebabkan bayi dalam kandungan anda berisiko mengalami kelahiran pramatang dan berat lahir rendahiii.
Zat besi juga penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan anda dan diperlukan untuk aktiviti otak seperti myelination, penghasilan neurotransmiter dan metabolisma tenagaiv. Oleh itu, terus kekalkan pengambilan zat besi bagi meneruskan sokongan kepada perkembangan kemahiran kognitif dan motor bayi dalam kandungan anda sewaktu tahun-tahun awal kehidupannya.
Zat besi juga memainkan peranan menyokong sistem pertahanan badan andav dan membantu anda kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan.
Berapakah kandungan suplemen zat besi yang anda perlukan semasa tempoh kehamilan?
Oleh kerana wanita hamil mungkin mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan zat besi yang meningkat dalam sehari melalui sumber pemakanan dan juga disebabkan kesukaran untuk mengukur status pengambilan zat besi dengan tepat sewaktu hamil, Badan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan agar wanita hamil mengambil suplemen harian yang mengandungi 30 ke 60 mg unsur zat besivi.
Ingat, rujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua jenis suplemen semasa hamil.
Makanan apakah yang anda dan bayi dalam kandungan anda boleh mendapatkan zat besi?
Terdapat pelbagai jenis makanan yang bagus untuk anda mendapatkan zat besi:
-
Daging (seperti daging ayam, kembu)
-
Ikan (terutama sekali ikan sardin dan tuna)
-
Sayur-sayuran berdaun hijau (seperti bayam atau kubis)
-
Buah-buahan (seperti tembikai, kismis dan aprikot)
-
Kekacang (seperti kacang merah, kacang lentil, kacang soya dan kacang pis)
Rujukan:
- Chandra, S., Tripathi, A. K., Mishra, S., Amzarul, M., & Vaish, A. K. (2012). Physiological Changes in Hematological Parameters During Pregnancy. Indian Journal of Hematology & Blood Transfusion, 28(3), 144–146. http://doi.org/10.1007/s12288-012-0175-6
- Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. (2017, February 15). Retrieved April 25, 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/anemia-during-pregnancy/art-20114455
- Daily iron and folic acid supplementation during pregnancy. (n.d.). Retrieved April 10, 2017, from http://www.who.int/elena/titles/guidance_summaries/daily_iron_pregnancy/en/
- Georgieff, M. K. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. Am J Clin Nutr. 85(2):614S-620S.
- Fergus, C. (2003, May 1). Where Iron and Immunity Intersect. Retrieved April 10, 2017, from http://news.psu.edu/story/140743/2003/05/01/research/where-iron-and-immunity-intersect
- World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. Geneva: WHO Press. 2016.