Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.

Mencegah Kemurungan Selepas Bersalin Semasa Hamil

Kemurungan Selepas Bersalin: Maklumat Penting

Dengan menyedari risiko dan gejala kemurungan sekarang, anda boleh mencegah masalah ini dan mendapatkan bantuan secepat mungkin – supaya anda boleh meluangkan masa berharga bersama cahaya mata yang semakin hari semakin membesar.

Selepas bersalin, ramai wanita mengalami kemurungan dan gangguan emosi (meroyan) – puncanya mungkin paras hormon yang turun naik. Berasaskan kajian, kira-kira 20 peratus wanita mengalami kemurungan yang lebih teruk pada tahun pertama selepas bersalin.1 Wanita yang menghadapi risiko kemurungan yang tinggi perlu menjalani pemeriksaan semasa hamil (dan juga selepas bersalin), untuk mengenal pasti masalah dan mendapatkan bantuan. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil sekarang demi kesejahteraan anda?

 

Mengenali risikonya

Wanita yang pernah mengalami sebarang bentuk kemurungan menghadapi risiko lebih tinggi mengalami kemurungan selepas bersalin. Jika anda dalam golongan ini, berbincanglah dengan doktor sebelum bersalin. Bincangkan cara-cara untuk mengurangkan risiko dan melindungi kesihatan emosi anda.

 

Mendapatkan DHA yang disyorkan

Asid lemak omega-3 DHA yang ditemui dalam minyak ikan boleh mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin jika diambil semasa hamil.2,3 Ramai wanita biasanya tidak makan ikan berlemak seperti salmon dengan secukupnya semasa hamil untuk mendapatkan manfaat DHA. Wanita hamil disyorkan mengambil 200 mg DHA sehari4 oleh pakar kesihatan.

 

Mengurangkan tekanan

Salah satu gejala awal kemurungan selepas bersalin ialah stres atau tekanan. Pelajari teknik berguna untuk menangani tekanan seperti yoga, meditasi atau bertafakur, bernafas, meluangkan masa bersendirian.

 

Membina jaringan sokongan

Terima bantuan yang dihulurkan oleh keluarga dan rakan-rakan untuk mengemas rumah dan memasak atau menyediakan makanan. Dengan adanya jaringan bantuan keluarga dan rakan-rakan, anda tidak rasa terbeban dan keseorangan nanti.

 

Sertai kelas kehamilan

Anda berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan ibu-ibu mengandung lain sambil berkongsi pengalaman bersama.

 

Uruskan tidur dengan bijak

Kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko kemurungan. Pantau keperluan tidur anda. Tidur sebentar pada waktu siang dan tidur malam lebih awal. Cuba cari peluang untuk merehatkan fikiran dan juga badan anda.

 

Berbual dengan rakan-rakan ibu lain

Tanya apa yang mereka dapati paling sukar selepas bersalin. Jika masalahnya meluangkan masa bersama suami, cuba dapatkan nama beberapa pengasuh. Anda akan rasa seperti mampu mengawal keadaan jika sudah merancang untuk mengatasi halangan yang mungkin dihadapi.

 

Anda tetap diri anda yang dahulu

Semasa hamil, terus hadiri kelab buku atau kelas memasak. Tak kiralah apa jua aktiviti kegemaran anda. Cari jalan untuk meneruskan minat dan hubungan anda. Salah satu risiko kemurungan selepas bersalin ialah kehilangan identiti yang dirasai oleh sesetengah ibu.

 

Bincangkan sebarang gejala kemurungan dengan doktor anda

Jika anda rasa murung semasa hamil atau selepas bersalin, berjumpalah dengan doktor atau pakar terapi anda. Perhatikan kemunculan gejala-gejala5 berikut:

  • Insomnia (sukar tidur)

  • Rasa teramat sedih atau resah

  • Gangguan perasaan yang teruk

  • Menangis teresak-esak

  • Tersangat letih

  • Kurang mesra dengan anak

  • Menjauhkan diri dari rakan-rakan dan keluarga

  • Rasa terasing

  • Hilang selera sepenuhnya

  • Terfikir untuk mencederakan diri atau anak anda

  • Masalah untuk menjaga anak anda dan melakukan tugas harian

 

Anda tidak keseorangan

Jika anda murung, jangan rasa malu. Semasa hamil dan selepas bersalin, badan wanita mengalami perubahan hormon yang besar- di samping tekanan fizikal dan emosi akibat perubahan ketara dalam hidup. Anda perlu mengakui (dan tidak menyembunyikan) tanda kemurungan dan mendapatkan bantuan doktor. Kemurungan selepas bersalin akan boleh ditangani dengan rawatan yang sewajarnya, membolehkan anda rasa lebih bahagia bersama orang baharu dalam hidup anda.

 

 


Rujukan:

  1. Wisner KL, Sit DK, McShea MC, Rizzo DM, Zoretich RA, Hughes CL, Eng HF, Luther JF, Wisniewski SR, Costantino ML, Confer AL, Moses-Kolko EL, Famy CS, Hanusa BH Hasil penemuan tempoh masa permulaan, fikiran memudaratkan diri, dan diagnosis dalam kalangan wanita lepas bersalin dengan kemurungan saringan positif. Jurnal Persatuan Perubatan Psikiatri Amerika. 2013 Mei; 70(5):490-8
  2. Adakah terdapat sebarang manfaat daripada pengambilan makanan tambahan minyak ikan untuk kemurungan? - Mayo Clinic http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/depression/expert-answers/fish-oil-supplements/faq-20058143
  3. Judge MP, Beck CT, Durham H, McKelvey MM, Lammi-Keefe CJ. Kajian perintis untuk menilai pengambilan asid dokosaheksaenoik semasa mengandung: Simptom Kemurungan Lepas Bersalin Berkurangan. Jurnal Sains Kejururawatan Antarabangsa 2014;1:339-345
  4. Koletzko B, Cetin I, Brenna JT, et al Dietary fat intakes for pregnant and lactating women. Jurnal Pemakanan British 2007 Nov; 98 (5):873-7
  5. Mayo Clinic Kemurungan Lepas Bersalin (http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/basics/definition/con-20029130?p=1)
Sertai Kelab Enfamama A+